Penulis : Nuraqilah Syuhada
Halaman : 572
Harga : RM22.90
Terbitan : Buku Prima
Cetakan 1 - 2010
Cetakan 2 - 2011
Secara ringkas :
Novel ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Nurul Nadya yang menganggap cinta itu hanyalah mitos semata-mata tidak percayakan cinta serta lelaki. Baginya cinta tidak pernah berakhir dengan bahagia.
“Nak sebut cinta dan suka tu memang senang, Suraya. Tapi tak bagi saya. Cinta itu cuma mitos. Dan bagi saya, tak ada cinta yang berakhir dengan kebahagiaan. Saya takkan percaya lelaki semudah tu.” -Nurul Nadya
Percintaan orang disekelilingnya yang berakhir dengan perpisahan dan tragedi menyebabkan Nadya sentiasa berhati-hati dengan lelaki. Baginya satu-satu lelaki yang boleh dipercayai hanyalah bapanya. Kematian kakaknya dan perpisahan ibu bapanya merupakan suatu contoh yang menjadi pegangannya!
Semuanya berubah apabila Nadya memasuki universiti. Nadya berjumpa dengan Hafiz, lelaki yang telus dan menyenangkannya. Hafiz lelaki yang bersederhana dalam segala hal dan dianggap anak seorang nelayan walhal, hakikatnya bapanya berstatus Tan Sri. Hafiz yang telah jatuh cinta dengan nadya berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati Nadya dan dia tak bertepuk sebelah tangan. Nadya menerimanya.
Adam lelaki lain yang memburu Nadya. Pelbagai cara dilakukannya untuk mendapatkan Nadya. Adam juga bermusuhan dengan Hafiz kerana Nadya. Cara hidupnya yang bersosial berubah sekelip mata demi Nadya. Dia mula mendekati agama tetapi dendamnya terhadap Hafiz tidak pernah lupus!
Setelah tamat pengajian Nadya dan Hafiz bertunang. Adam yang kecewa dengan berita ini telah berubah menjadi orang yang pemarah dan baran. Suatu hari, Hafiz ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Kematian Hafiz membuka peluang kepada Adam untuk mendampingi Nadya tetapi pada masa yang sama Rafi, pelakon dan model terkenal cuba merebut hati Nadya. Dan sekali lagi Adam tewas dalam memenangi hati Nadya. Nadya memilih Rafi bukan dirinya meskipun Hafiz telah tiada.
Tetapi peristiwa Rafi ditangkap khalwat, membuatkan Nadya berpaling daripada Rafi dan menerima Adam menjadi suaminya. Perkahwinan mereka tidak seperti pasangan lain Adam masih tidak dapat memiliki hati Nadya dan kemunculan Rafi untuk merebut Nadya yang tak putus-putus. Sehinggalah Adam melakukan pengorbanan yang sangat besar kepada Nadya.
Pengorbanan besar apa yang dilakukan Adam kepada Nadya? Adakah Nadya menerima Adam selepas itu? Adakah Rafi masih menganggu mereka? Berbaloikah penantian Adam bertahun-tahun menunggu Nadya? Semuanya akan terjawab di dalam Kutemui Cinta.
Tunggu apa lagi dapatkan Kutemui Cinta sekarang..=D
Komen Saya :
Novel ni dah lama saya cari, marata tempat jugak la. Tapi last-last jumpa dekat kedai depan rumah ja. Haha.. first time tengok novel Kutemui Cinta dalam facebook buku prima. Sekali tengok ja terus jatuh hati. Cover dia comel! Dan akhirnya dapat jugak beli.
Novel ni merupakan novel pertama penulis. Tetapi tak bermakna tak bagus. Pada saya novel ni sesuai untuk bacaan ringan. Untuk kurangkan tekanan kerja atau belajar. Untuk santai-santai baca waktu petang sambil makan biskut hup seng cicah teh sangat sesuai. Jalan ceritanya yang ringkas dan ayatnya tak berbelit-belit menyenangkan orang yang membacanya. Senang nak hadam pendek kata.
Konflik yang dipaparkan walaupun banyak. Yala sekejap kawan tu kena belasah, kawan ni bergaduh, kemudian aksi si Romeo memujuk si Juliet yang merajuk. Adegan si heroin ditipu si hero. Muncul watak protagonis yang nak hancurkan hubungan Nadya dengan Hafiz. Kekasih Adam menyerang Nadya dan banyak lagilah konflik lain. Tetapi penulis tidak memanjangkan setiap konflik ni. Setiap konflik dimulakan dengan cepat dan dihabiskan dengan cepat.
So, bagi peminat novel yang tak suka konflik berjela-jela macam drama indon tu sangat-sangat disyorkan baca novel ni. =)
Kemudian watak novel digambarkan dengan baik. Cuma saya nak ulas mengenai watak Adam. Adam digambarkan seorang yang lepas laku, pendendam, pemarah, segala jenis perangai yang buruk-buruk lah pendek kata. Hehe.. tetapi kemudian berubah menjadi seorang yang taat agama dan pendiam. Agak klise. Tapi tu la yang peminat-peminat novel sukakan? Jadi penulis hanya menurut selera pembaca. Ok, sambung balik. Adam di penghujung cerita, lepas Hafiz dah mati berubah menjadi penyayang pulak. Nadya reject dia pun, dia steady ja tak macam dulu. Bila dah kahwin pun macam-macam dia buatkan untuk Nadya. Tapi Nadya ni hati jenis batu kut? Sikit pun tak jatuh hati kat Adam tu. Padahal Adam tu dah kategori suami mithali dah.. tapi nak jugak kat Rafi tu. *Rafi nama pun dah macam pelakon indon..hehe.. Watak Adam digambarkan sebagai manusia sempurna. Yala kalaulah semua lelaki macam Adam alangkah bahagianya hidup kaum hawa kat dunia ni.
Tapi ending cerita ni rasanya semua boleh agakkan… =)
Still, bagi saya novel ni best! Percintaan dalam novel ni comel sama jugak dengan novel ni sangat comel.
XX Quotes : Tak rugi beli.. boleh buat koleksi.. =D
sumber: Xana
Mar 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment