Mar 15, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (8) Cinta Datang Lagi

Cinta Datang Lagi
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan: Alaf 21
Cetakan Pertama 2009

Cinta Datang Lagi (CDL) adalah hasil nukilan Bikash Nur Idris. Watak hero adalah Fariz yang pernah diwujudkan dalam novel Ria Qistina (RQ). CDL mengisahkan kisah cinta 4 penjuru diantara Fariz, Raisya, Shereen dan Jaspal. Pada awalnya, Fariz mempunyai buah hati yang bernama Shereen, manakala Raisya adalah kekasih hati Jaspal. Tetapi, mereka semua terpaksa berpisah kerana Shereen dan Jaspal dipaksa berkahwin oleh keluarga mereka.

Fariz dan Raisya bertemu di majlis perkahwinan Shereen dan Jaspal. Mereka berdua iaitu Fariz dan Raisya telah menyimpan duka kerana pasangan masing-masing telah menjadi hak milik orang lain. Tanpa pengetahuan Fariz dan Raisya, sebenarnya Shereen dan Jaspal terpaksa berpakat menerima kehendak dan bercaturan yang telah dibuat oleh keluarga masing-masing. Sebenarnya, Jaspal dan Shereen mahu berkahwin sementara sahaja dan berazam untuk kembali kepada kekasih masing-masing.

Fariz mempunyai niat terselindung disebalik kebaikan yang di tonjolkan di hadapan Raisya. Fariz cuba untuk menjalinkan hubungan yang mesra bersama Raisya kerana mahu membuat rancangan supaya Raisya kembali kepada Jaspal dan dia boleh kembali merebut Shereen ke pangkuannya. Namun, rancangan Fariz ini menjadi kucar-kacir dan haru-biru setelah adik Fariz iaitu Neesa yang nakal dan Dona sahabat baik Raisya kerana mereka mahu menyatukan Raisya dan Fariz. Raisya akhirnya menyedari bahawa dirinya mempunyai rasa cinta pada Fariz. Fariz pula, disedarkan oleh Shereen bahawa dia juga mempunyai rasa cinta terhadap Raisya.

Maka bermulalah adegan seterusnya menuju ke ambang perkahwinan sehingga mengecohkan kedua-dua keluarga tersebut. Keluarga cina mualaf dengan keluarga india mualaf. Shereen dan Jaspal pula menghadapi konflik yang agak banyak. Kisah Shereen dan Jaspal amat menarik ,ada konflik, ada misteri , dan pada akhirnya dua hati yang sebenarnya sejak kecil telah dijodohkan bersatu dengan kebahagiaan. Paling syahdu bila keduanya dalam masa yang tidak diduga telah lama menyimpan hasrat untuk bertukar agama ke Agama Islam.

Terselit juga adegan-adegan lucu dalam CDL, antaranya apabila adik Raisya, Raahah menjerit kepada ammanya di dapur untuk melaporkan perkembangan Raisya yang asyik menangis sejak semalam kerana terasa hati dengan sikap Fariz. Sehinggakan ammanya naik angin dan marah dengan Raahah yang terlalu nakal ini, ibunya sudah berpesan, jangan cakap kuat-kuat, cukup sekadar bisik ke telinga dan bukan mencanang ke seluruh kampong seperti suara orang tertelan mikrofon.

Sebenarnya, halangan cinta Fariz dan Raisya tidak sehebat halangan cinta Jaspal dan Shereen. Sememangnya saya akui, CDL memang sebuah novel komedi romantik. Hilang terbang melayan segala keresahan dan kedukaan saya sepanjang menjelajah CDL ini. Heroin yang mempunyai kereta kelisa yang dipenuhi oleh patung-patung ladybird sehinggakan heronya segan untuk menumpang naik.

sumber: nOOr hEkmAt

0 comments: