Assalamualaikum kengkawan semua,
Dah 10 hari dah blog UB ni aktif dan UB forum pun dah ada untuk geng UB luahkan pendapat dan idea masing-masing. Jadi rasanya macam tak lengkaplah pulak kalau dah ada UB fans Club tapi takde moto dan juga logo kan?
Oleh itu, anim dengan besar hatinya menjemput semua geng2 UB bersama-sama menyumbang idea untuk mencipta logo dan moto. Ini bukanlah pertandingan... sebab kalau ada logo atau moto yang terpilih tak delah hadiah grand2. Cenderahati mungkin kot tapi tak janji tau :p
Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:
Ciptaan Logo dan Moto mestilah asli dan bukan baik punya cilok dari ciptaan orang lain. Nanti tak pasai-pasai kena charge atas akta plagiat hehehe. Kalau Moto pulak janganlah panjang sangat macam ayat novel, rasanya cukup kot kalau dalam 6 patah perkataan. Tu kira maksimum dah tu.
Konsep pulak tak de yang khaslah...korang sume kan kreatif jadi mesti no hal punyalah.. nak wat konsep korporat ka, kontemporari ka, urban ka, techno, classic, atau apa sahaja yang korang fikir. Asalkan logo dan moto tu bersesuaian dan berkaitan dengan UB Clublah.
Setiap idea moto dan ciptaan logo perlu di email pada amalynputri@gmail.com or/and anim66@gmail.com. Dan kami akan siarkan di blog ini insyaallah. Lepas tu kita adakan poll untuk tentukan ciptaan mana yang terpilih.
Tarikh tutup penyertaan – kalau boleh nak lah sebelum pesta buku jadi kat sini anim bagi tempoh sampai 21/3/08.
So tunggu apa lagi.. leh mula dah ni...
Feb 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment