Feb 13, 2008

Seronoknya mengenali geng Ulat Buku

Assalamualaikum,
hehehe kita tak reti lah nak bermadah pujangga ke apa ke berceloteh panjang ke tapi nak le juga mencuba mencoret rasa hati kita yang teruja dan gembira sesangat dengan rumah baru ni. Apa-apa hal pun nak cakap opss bukan nak tulis dengan besar hati sebesar cakrawala ni kita suka sesangat berkawan dan mengenali kalian semua. Tiada kalian tiada le geng ulat buku.

Wah tak sangkanya akhirnya kita boleh bergebang di rumah sendiri. Tapi apa pun tabik - spring *toing2* le kat Pakar IT kita SYUD dan pakar pengelola majlis kita Pn Wan Malini. Sebab dengan idea bernas mereka berdua maka akhirnya kita boleh berkelah selalu di rumah kita ni. Seronok sesangat. Mengenali kalian semua pada saya, suatu yang tidak ternilai sesangat walaupun hanya kerana minat yang sama iaitu membaca novel tapi jalinan ukhwah ni membuatkan kita mengenali bukan sahaja org yang dekat malahan yang jauh juga seperti nun di kedah tu, nun di sebarang laut cina selatan tu malahan akhirnya kita boleh berlaga pipi berpeluk dan bertampar, bergelak ketawa dan bergebang sepuasnya walaupun pada mulanya tidak mengenali hanya bersapa dialam maya. Begitu cantiknya jalinan ukhwah yang telah terjalin ini. Apa pun semuga ianya berkekalan dan berpanjangan kemanisan uhkwah ini sehingga ke akhir hayat. Amin

Apa pun saya sayang baget seh sama kamu semua. 1000 kali muahhh buat semua geng Ulat buku. Hidup geng ulat buku. yeh yehhh majulah sukan untuk negara...hehehehe

0 comments: