Feb 12, 2008

Geng Ulat Buku

Camner leh form Ulat Buku? Anim sendiri pun tak pasti bila dan siapa Chairmannya. Wan ka? Walau apa pun apa yang nak Anim sampaikan di sini ialah Anim senang sangat join geng ulat buku ni. Sebabnya? Ada aura kot *wink*

Kalau tak silap Anim, silatulrahim ini bermula dari blog dan kemudiannya berlanjutan ke perjumpaan tak rasmi tak kiralah samada perjumpaan pelancaran buku ataupun perjumpaan makan-makan. Mungkin disebabkan minat yang sama kot yang menguatkan ukhuwah ni.

Secara peribadi Anim bersyukur sangat dan bebesar hati berada di kalangan kengkawan semua. Terima Kasih atas sebuah persahabatan. Ada yang dah lama kenal dan ada yang baru kenal pun. Tapi yang paling istimewa sekali pada Anim, geng ulat buku ni terdiri dari pelbagai usia. Itu yang buat geng ulat buku unik!

Anim doakan moga ukhuwah yang terjalin ini akan berterusan hingga akhir hayat.

2 comments:

wanamalyn said...

kaknimmmm... mana ada.!! ulatbuku mana ada chairman... yg ada ahli2 saje... & sapa2pun bleh jadi ahlinya :P

wan juga bertuah kerana dipertemukan dengan kawan2 semua yang semuanya baik2 belaka..!! siapa kata melalui alam maya kita tidak boleh kenal kawan.?!

"selagi hati kita ikhlas dan sentiasa berbaik sangka pada sesiapa jua... insyallah itulah yang akan kita dapat sebagai balasannya"... itulah yang wan pegang dan insyallah akan sentiasa wan amalkan... & terima kasih sekali lagi kerana sudi terima diri ini sebagai sebahagian dari korang semua..

salam sayang,
wanAmalyn

iejay said...

dengan itu saya cadangkan diadakan pilihanraya untuk memilih lelaki-kerusi@chairman... hahahaha