Feb 14, 2008

Jemari Seni ke Udara di Radio Putrafm

Salam semua,

Sebagaimana Wan dah war-war kan kat artikel bawah tu. Sebentar tadi bermula pukul 12 hingga 1 pm, Kak Su dan Kak Yah (Em) ke udara di Radio Putrafm. Amboi wan... awatlah chomey sgt font tu org tak perasan. Lagi lah orang rabun cam Anim ni. Anim dah dengar sore lemak merdu Kak Yah kita. Manja aje bunyi nye. Sore Kak Su yang lembut, manis aje sedap meresap ke telinga Anim.

Tapi kengkawan, apa yang nak di beritahu di sini. Jemari Seni bukannya ke udara pada hari ini sahaja. Setiap hari Khamis kengkawan akan berpeluang mendengar sore kakak2 kesayangan kita ni. Sehingga berapa siaran tak pasti lah pulak. Tapi bermula dari minggu depan Jemari Seni akan membawa penulis keudara di putrafm. Kalau tak silap setiap penulis Jemari Seni akan di jemput untuk bersama2 dengan pendengar radio putrafm. Jadi jangan lupa minggu depan, Khamis tepat pukul 12 buka radio putrafm http://www.putrafm.upm.edu.my/
Next thursday, Khairyn Othman akan keudara secara live from Scotland di putrafm

0 comments: