Feb 22, 2008

SOKONGAN DARI SEBERANG TAMBAK

Assalamualaikum!

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wan kerana mengundang saya untuk memeriahkan lagi rumah ulat buku di sini. Walaupun saya berada jauh di seberang tambak, namun saya sering mengikuti perkembangan semasa ahli ulat buku di Malaysia. Seronok setiap kali melihat mereka mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara mereka, juga promosi2 novel Melayu yang sering mereka anjurkan. Sesekali teringin juga menyertai mereka. Namun apakan daya, keadaan selalu tidak mengizinkan!

Lalu di kesempatan ini, ingin saya melahirkan rasa kagum dan bangga di atas usaha yang telah mereka lakukan bagi merancakkan lagi dunia sastera tanah air. Harapan saya semoga ahli ulat buku akan terus bertambah seperti bertambahnya penulis2 baru tempatan. Jika tiada sokongan daripada mereka, tidak bersemangatlah para penulis untuk melahirkan karya2 bermutu dan tiada pula para pembaca yang teruja ingin membeli novel2 baru yang ada di pasaran.

Akhir kata dari saya... HIDUP ULAT BUKU! HIDUP BERSAMA USAHA YANG MURNI!

0 comments: