
Tajuk Buku : M.A.I.D
Penulis : Suri Ryana
Penerbit : Kaki Novel
Muka Surat : 753
Ulasan novel
Novel ini mengisahkan tentang kehidupan Noorul yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang jurutera bernama Haris Tan Sri Hamdan. Noorul terpaksa meminta khidmat agensi untuk mendapatkan pekerjaan dan hanya seorang sahaja yang mahukan pembantu rumah tempatan. Noorul dikehendaki datang kerja awal pagi dan pulang pada sebelah petang dan dibayar gaji sebanyak RM1200. Majikannya digelarkan Mr.F bermaksud ‘fussy’ kerana sikapnya yang sangat cerewet. Noorul dan Haris pernah bertembung dan berselisih sewaktu masing-masing hendak ke tempat kerja tetapi Haris tidak mengetahui pertalian antara mereka iaitu majikan dan pekerja. Noorul dan Haris selalu berhubung melalui nota. Noorul menyimpan semua nota-nota daripada majikannya.
Haikal, adik kepada Harris sangat peramah. Haikal menyatakan perasaannya terhadap Noorul. Noorul buntul kerana dia mengerti dalam hatinya ada seseorang. Haikal tidak berputus asa untuk mengambil hati Noorul.
Angkara seseorang, tersebarlah satu fitnah yang membawa mereka ke alam perkahwinan. Haikal, pasrah dengan takdir dan belajar menerima Noorul sebagai kakak iparnya. Puan Sri Kirana tidak dapat merima Noorul sebagai menantunya, malah menghasut Elisa seorang perempuan gedik untuk menggoda anaknya, Harris. Pada Puan Sri Kirana, Elisa lebih padan dengan Harris berbanding Noorul, seorang pembantu rumah.



