Jul 1, 2011
AMAL : Cabaran 50 Buku : (5) M.A.I.D
Tajuk Buku : M.A.I.D
Penulis : Suri Ryana
Penerbit : Kaki Novel
Muka Surat : 753
Ulasan novel
Novel ini mengisahkan tentang kehidupan Noorul yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang jurutera bernama Haris Tan Sri Hamdan. Noorul terpaksa meminta khidmat agensi untuk mendapatkan pekerjaan dan hanya seorang sahaja yang mahukan pembantu rumah tempatan. Noorul dikehendaki datang kerja awal pagi dan pulang pada sebelah petang dan dibayar gaji sebanyak RM1200. Majikannya digelarkan Mr.F bermaksud ‘fussy’ kerana sikapnya yang sangat cerewet. Noorul dan Haris pernah bertembung dan berselisih sewaktu masing-masing hendak ke tempat kerja tetapi Haris tidak mengetahui pertalian antara mereka iaitu majikan dan pekerja. Noorul dan Haris selalu berhubung melalui nota. Noorul menyimpan semua nota-nota daripada majikannya.
Haikal, adik kepada Harris sangat peramah. Haikal menyatakan perasaannya terhadap Noorul. Noorul buntul kerana dia mengerti dalam hatinya ada seseorang. Haikal tidak berputus asa untuk mengambil hati Noorul.
Angkara seseorang, tersebarlah satu fitnah yang membawa mereka ke alam perkahwinan. Haikal, pasrah dengan takdir dan belajar menerima Noorul sebagai kakak iparnya. Puan Sri Kirana tidak dapat merima Noorul sebagai menantunya, malah menghasut Elisa seorang perempuan gedik untuk menggoda anaknya, Harris. Pada Puan Sri Kirana, Elisa lebih padan dengan Harris berbanding Noorul, seorang pembantu rumah.
Pada awal perkahwinan Noorul dan Harris, mereka hidup bersama tetapi tidak seperti suami isteri tetapi dalam hati mereka wujudnya cinta dan masing-masing tidak mahu meluahkan. Pelbagai dugaan datang melanda rumahtangga mereka tatkala kebahgiaan telah terpancar di mata mereka. Fitnah datang lagi untuk menghancurkan rumahtangga mereka. Noorul sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya. Iman, sahabatnya sentiasa disisi Noorul sewaktu susah dan senang.
Komentar
Novel karangan Suri Ryana ini sangat menarik dari segi jalan ceritanya. Pada awal bacaan sudah tertanya-tanya apa yang akan terjadi seterusnya. Saya berjaya menghabiskan novel ini selama 2 hari sahaja. Tahniah kepada penulis. Saya sangat enjoy sepanjang bacaan saya.
Sinopsis
Terdesak untuk melucutkan gelaran pengaggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (fussy).
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara. Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai manantu, Elisa – perempuan ‘plastik’ yang tergedik-gedik memburu cinta Mr.F, Nurina- bekas kekasih Mr.F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang memharu-birukan hidupnya.
Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pencaroba ini? ‘Kuali’? ‘Sudip’?
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment