Feb 29, 2008
Ciptaan Logo and Moto UB Club - 3
Feb 27, 2008
Ciptaan Logo and Moto UB Club - 2
Assalamualaikum geng2 UB,
Nampaknya ciptaan logo dan moto kurang mendapat sambutanlah huhuhuhuhu.... Walaubagaimanapun masih ada yang sudi share their thoughts dan juga creativity. Sehingga hari ni ada 6 logo dan moto yang anim terima dan sudah pun di letakkan di dalam slide. Jadi kengkawan boleh lah vote yang mana satu logo dan moto yang paling suai gitu. Sila letak vote anda dalam komen. Logo dan moto yang punyai undian paling banyak kira winner lah yea. Tarikh tutup lambat lagi (21/3/08). Jadi kalau ada yang nak antar masih boleh lagi. Atau nak tutup aje dan vote yang 6 ini aje? Apa pendapat kengkawan semua?
Dirgahayu buat teman di seberang sana...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kakmOn.!
Allah selamatkan kamu...
Khas buat kakmOn yang berada diseberang sana... moga panjang umur murah rezeki dan senantiasa dalam lindungan Yang Mana Esa... ameen
note: kek besday ni wan curik dari oven dapur kakmOn... sorry ek!! hehehe
Feb 26, 2008
Akan datang dari JS
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi
Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.
Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.
Dan satu takdir yang tersimpul mati!
Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vu
Suatu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.
Kenapa setelah sepuluh tahun berselang
Ashraf harus mencari Laila yang hilang
sedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?
Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?
+ + + + +
Sebuah lagi karya segar daripada JOHN NORAFIZAN, seorang jurutera yang mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; pengarang yang sentiasa mendaulatkan bahasa ibunda pada setiap karya-karyanya.
---***---
Feb 25, 2008
Feb 22, 2008
SOKONGAN DARI SEBERANG TAMBAK
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wan kerana mengundang saya untuk memeriahkan lagi rumah ulat buku di sini. Walaupun saya berada jauh di seberang tambak, namun saya sering mengikuti perkembangan semasa ahli ulat buku di Malaysia. Seronok setiap kali melihat mereka mengadakan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara mereka, juga promosi2 novel Melayu yang sering mereka anjurkan. Sesekali teringin juga menyertai mereka. Namun apakan daya, keadaan selalu tidak mengizinkan!
Lalu di kesempatan ini, ingin saya melahirkan rasa kagum dan bangga di atas usaha yang telah mereka lakukan bagi merancakkan lagi dunia sastera tanah air. Harapan saya semoga ahli ulat buku akan terus bertambah seperti bertambahnya penulis2 baru tempatan. Jika tiada sokongan daripada mereka, tidak bersemangatlah para penulis untuk melahirkan karya2 bermutu dan tiada pula para pembaca yang teruja ingin membeli novel2 baru yang ada di pasaran.
Akhir kata dari saya... HIDUP ULAT BUKU! HIDUP BERSAMA USAHA YANG MURNI!
Feb 21, 2008
macam-macam...
` happy birthday n happy old day syud :-) *happy old day tu selalunya adik akak yang kembar tu bagi pada kakak-kakak dia yang sambut birthday*
` nampaknya geng UB makin maju ni...sesiapa yang berminat dan berbakat untuk mencipta logo n moto untuk UB leh la berbuat demikian...kan kak anim dah bagi due date tu...so boleh la mula mencipta...
` kakWan....bestnya idea akak tu...seronok dapat dengar lagu...tapi yang tak bestnya kekadang kat pc ni lagunya kedengaran, kekadang tak..tension betul...
` PSP...saya dah khatam dah semalam...*kakyah, buku dah dapat...nak sms takleh la pulak sebab airtime dah tamat, belum topup lagi...* ceritanya menarik...:-) tahniah manjlara!!
Hepi Besday Syud...
Hari ni dalam ramai-ramai yang sambut hari mereka dilahirkan termasuklah sorang adikku yang sungguh brutal and yet soo cool... *hehehe byk air mata yang gugur tengok VCD semalam? ahaks!!*
so to SYUD... HEPI BESDAY DEAR... hope everything that happens to be really special... just like you!
love,
kakwan
Feb 20, 2008
Ciptaan Logo dan Moto UB Club
Dah 10 hari dah blog UB ni aktif dan UB forum pun dah ada untuk geng UB luahkan pendapat dan idea masing-masing. Jadi rasanya macam tak lengkaplah pulak kalau dah ada UB fans Club tapi takde moto dan juga logo kan?
Oleh itu, anim dengan besar hatinya menjemput semua geng2 UB bersama-sama menyumbang idea untuk mencipta logo dan moto. Ini bukanlah pertandingan... sebab kalau ada logo atau moto yang terpilih tak delah hadiah grand2. Cenderahati mungkin kot tapi tak janji tau :p
Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:
Ciptaan Logo dan Moto mestilah asli dan bukan baik punya cilok dari ciptaan orang lain. Nanti tak pasai-pasai kena charge atas akta plagiat hehehe. Kalau Moto pulak janganlah panjang sangat macam ayat novel, rasanya cukup kot kalau dalam 6 patah perkataan. Tu kira maksimum dah tu.
Konsep pulak tak de yang khaslah...korang sume kan kreatif jadi mesti no hal punyalah.. nak wat konsep korporat ka, kontemporari ka, urban ka, techno, classic, atau apa sahaja yang korang fikir. Asalkan logo dan moto tu bersesuaian dan berkaitan dengan UB Clublah.
Setiap idea moto dan ciptaan logo perlu di email pada amalynputri@gmail.com or/and anim66@gmail.com. Dan kami akan siarkan di blog ini insyaallah. Lepas tu kita adakan poll untuk tentukan ciptaan mana yang terpilih.
Tarikh tutup penyertaan – kalau boleh nak lah sebelum pesta buku jadi kat sini anim bagi tempoh sampai 21/3/08.
So tunggu apa lagi.. leh mula dah ni...
persis sebutir pasir...
dengar-dengar khabar, ada antara teman-teman UB yang dah dapat novel sulung manjlara...dah baca ke? kalau dah baca leh la kongsi sikit apa yang teman-teman UB rasa....:-)
-adhan-
Feb 17, 2008
Karnival Ideal Kolej ke-17
Pagi tadi aku berpeluang ke serdang bagi memeriahkan karnival yang dianjurkan oleh para pelajar UPM. Tujuan utama aku ke sana kerana nak dapatkan naskah terbaru terbitan Jemari Seni yang menjadi penaja utama karnival tersebut. Novel hasil karya sulung ManjLara yang diterbitkan ini berjudul Persis Sebutir Pasir.
Aku sampai kat sana lebih kurang jam 9.30 pagi bersama Aysha. Nasib baik senang nak carik kerana tiada alamat khusus yang diberikan melainkan hanya sekadar Hospital Serdang sebagai signboard.!!
Meja JS diletakkan bersebelahan dengan meja PutraFM yang setiap khamis jam 12.00 - 1.00 tengah hari menyiarkan segmen Novel@Putra dan Jemari Seni adalah syarikat penerbitan yang menjadi tamu mereka.
Aku sampai awal... berbanding dengan kawan2 yang lain... hehehe sempat la buat permintaan lagu... iaitu lagu Aspalela-permintaan Aysha & aku sendiri pilih lagu UNGU-Cinta Dalam Hati. Tak perasan pukul berapa... nacha tiba ngan anak2nya... seronok tengok gambar nacha yang posing sakan kat Korea tuh... & thanks for the... *big hug 2 nacha*. Lepas tuh kaknOOr, kaknOtie dan ManjLara tiba sejurus selepas tuh & bermula la acara sign-menyain... & yay!! sekali lagi aku jadi orang pertama yang mintak tt dari penulis kita tuh.! & kak syda juga datang!! huhuhu windu sesangat ngan kak syda... lama tak jumpa dia... last jumpa face 2 face masa pesta buku..?? huhuhu memang lama!!
Aku bernasib baik kerana hari ni aku ada assistant yang tak bertauliah!! hehehe mana2 gambar yang aku segan+malu nak ambik... aku suruh si Aysha yang ambik... waaa rupa2nya tak sia2 aku bawak dia. Aku terpaksa mintak diri lebih awal dari kawan2 semua, memandangkan aku sudah janji ngan budak opis nak pegi beraya kat umah bos... so time to say gud bye!!
Lagu Pilihan
Irama & lagu tidak dapat dipisahkan... begitu juga dengan rumah UB kita... rasa sunyi pulak tanpa sebarang bunyi-bunyian kat sinikan??... so untuk memeriahkan rumah ni.. wan telah buat satu kolum kat sebelah yang diberi nama... PILIHAN MINGGU INI.
Pilihan lagu ini akan diganti setiap minggu dan untuk tujuan ini wan berbesar hati jika kawan2 semua sudi nyatakan lagu apa yang korang semua nak dengar untuk sepanjang tempoh seminggu tu. Jadi... sila kirimkan pilihan anda kepada wan. Susunan pilihan akan dibuat berdasarkan siapa yang hantar email pilihan lagu kat wan dulu... ok *wink*
So untuk pilihan minggu pertama ini... wan tanpa malu-malu buat pilihan sendiri... hehehe & wan telah pilih lagu dendangan QUEEN ~ we are the champion.!! wan pilih lagu ni sebab bagi wan kita semua adalah CHAMPION..!! so enjoy..!!
I’ve paid my dues -
Time after time -
I’ve done my sentence
But committed no crime -
And bad mistakes
I’ve made a few
I’ve had my share of sand kicked in my face -
But I’ve come through
We are the champions - my friends
And we’ll keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
’cause we are the champions - of the world -
I’ve taken my bows
And my curtain calls -
You brought me fame and fortuen and everything that goes with it -
I thank you all -
But it’s been no bed of roses
No pleasure cruise -
I consider it a challenge before the whole human race -
And I ain’t gonna lose -
We are the champions - my friends
And we’ll keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
’cause we are the champions - of the world -
salam sayang,
wan
t.h.a.n.k.s
Feb 16, 2008
Feb 14, 2008
Jemari Seni ke Udara di Radio Putrafm
Hari Terbuka Kolej 17 UPM
Untuk makluman kawan2 semua... pada hari ahad, 17 Februari 2008 nanti akan berlangsung Hari Terbuka Kolej 17 UPM. Acara akan berlangsung di area serdang *exact location tak sure, tp bleh masuk ikut susur Hospital Serdang* Acara berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tgh.
Insyallah jika tiada aral melintang, wan akan ke sana bagi memeriahkan lagi acara gilang-gemilang yang dianjurkan oleh siswa/siswi Universiti Putra Malaysia itu.
Wan nak jadi orang terawal yang mendapatkan naskah tersebut... hehehe so sapa2 yang berminat nak join majlis tersebut... datanglah beramai2 ke sana... nanti kita jumpa ek...
So kawan2... klu ada yang berminat nak pergi.. do sms me..??!! pleaseeee. Ok lah dulu... kalau ada apa2 lagi... wan akan inform korang semua...
salam sayang,
wan
PS 1:
~ kaknOtie, kaknOOr, syud, iejay, kaknim... jom jumpa kat sana... *tarik2 tangan kakanda & adindaku semua*
~ Lara... ada tak kat sana nanti...?? nak mintak TT hehehehe
PS 2:
Jangan lupa dengarkan kaksu & kakyah melalui radio streaming di www.putrafm.upm.edu.my tengah hari ni dari pukul 12.00 tgh ~ 1.00 ptg.
Feb 13, 2008
forum ulat buku....
11 februari terciptanya blog untuk semua geng ulat buku....ari ni pulak, pakar IT kita dah siapkan forum untuk ulat buku dan sesapa juga yang nak menyertainya...so...lepas ni makin aktifla semua ulat-ulat ek *wink* tahniah untuk pakar-pakar kita tu...secara tak langsung, geng UB boleh menambah ahlinya...*setuju tak?*
UB forum
suka tengok blog ni dah mula ada pengunjung :P harap-harapnya terus la ada... hehehe
by the way, atas cadangan beberapa orang tertentu *jeling2 kat org yg tertentu tu* a forum for UB is up. tapi the content kayap(miskin) sebab cik moderator dia tak begitu kreatif untuk meletakkan apa-apa yang patut...
here's the link UB Forum
moh le register sesama :) sesapa yg berminat nak jadi moderator can email/YM me.
ja ne ^-^
Seronoknya mengenali geng Ulat Buku
hehehe kita tak reti lah nak bermadah pujangga ke apa ke berceloteh panjang ke tapi nak le juga mencuba mencoret rasa hati kita yang teruja dan gembira sesangat dengan rumah baru ni. Apa-apa hal pun nak cakap opss bukan nak tulis dengan besar hati sebesar cakrawala ni kita suka sesangat berkawan dan mengenali kalian semua. Tiada kalian tiada le geng ulat buku.
Wah tak sangkanya akhirnya kita boleh bergebang di rumah sendiri. Tapi apa pun tabik - spring *toing2* le kat Pakar IT kita SYUD dan pakar pengelola majlis kita Pn Wan Malini. Sebab dengan idea bernas mereka berdua maka akhirnya kita boleh berkelah selalu di rumah kita ni. Seronok sesangat. Mengenali kalian semua pada saya, suatu yang tidak ternilai sesangat walaupun hanya kerana minat yang sama iaitu membaca novel tapi jalinan ukhwah ni membuatkan kita mengenali bukan sahaja org yang dekat malahan yang jauh juga seperti nun di kedah tu, nun di sebarang laut cina selatan tu malahan akhirnya kita boleh berlaga pipi berpeluk dan bertampar, bergelak ketawa dan bergebang sepuasnya walaupun pada mulanya tidak mengenali hanya bersapa dialam maya. Begitu cantiknya jalinan ukhwah yang telah terjalin ini. Apa pun semuga ianya berkekalan dan berpanjangan kemanisan uhkwah ini sehingga ke akhir hayat. Amin
Apa pun saya sayang baget seh sama kamu semua. 1000 kali muahhh buat semua geng Ulat buku. Hidup geng ulat buku. yeh yehhh majulah sukan untuk negara...hehehehe
Feb 12, 2008
Geng Ulat Buku @ Geng UB
` tahniah kakWan dan juga pembantunya syud kerana penubuhan blog rasmi untuk geng ulat buku *ye ke rasmi? leh la kan...* secara tak langsung bila kita nak tau aktiviti yang telah dan akan dijalankan leh la masuk umah ulat buku ni....
` saya sokong kak anim...ukhwah antara kita semua ni asalnya bermula dari blog...macam saya sendiri mengenali 'ulat-ulat' (kekanda, adinda n teman) yang awal melalui blog enovel, kemudian 'jangkit' kat ym pastu jangkit dari satu blog ke blog yang lain...kemudian bertemu di pesta buku dan seterusnya bertemu di pertemuan-pertemuan yang lain....semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua akan terus berkekalan dan abadi selamanya...geng kita memang unik kerana semua ulat terdiri dari pelbagai usia dan kerjaya namun begitu, ikatan antara kita terjalin erat kerana kita semua mempunyai minat yang sama...membaca novel...
` semoga ukhwah antara kita akan terus terjalin dan kita akan terus bersama-sama berkongsi minat yang sama iaitu membaca novel....
Geng Ulat Buku
Kalau tak silap Anim, silatulrahim ini bermula dari blog dan kemudiannya berlanjutan ke perjumpaan tak rasmi tak kiralah samada perjumpaan pelancaran buku ataupun perjumpaan makan-makan. Mungkin disebabkan minat yang sama kot yang menguatkan ukhuwah ni.
Secara peribadi Anim bersyukur sangat dan bebesar hati berada di kalangan kengkawan semua. Terima Kasih atas sebuah persahabatan. Ada yang dah lama kenal dan ada yang baru kenal pun. Tapi yang paling istimewa sekali pada Anim, geng ulat buku ni terdiri dari pelbagai usia. Itu yang buat geng ulat buku unik!
Salam Perkenalan...
Alhamdulillah... rupanya wan punyai ramai kawan2 yang begitu teruja dengan penubuhan rumah ini... hehehe ye ker teruja?? tak pa lah kalu xdak pon...!! Sebenarnya tujuan utama wan bina rumah ini, dengan bantuan dari pakar IT kita syud... adalah semata-mata untuk berkongsi dengan kawan2 semua akan segala aktiviti yang telah dan akan kita jalankan. Supaya senang dan mudah untuk kawan2 sekalian pantau dan ketahui akan aktiviti yang akan kita jalankan dimasa2 depan.
Selain dari itu... rumah ini juga bertujuan untuk menjadi medan tempat kita bersama2 postkan segala n3 yang dirasakan sesuai untuk pengetahuan kita semua... & kalau ada sebarang idea... komen... jangan ragu2 untuk utarakan bagi mencantikkan dan memeriahkan lagi rumah ini... dan untuk itu... terima kasih buat kakIja... yang menjadi orang pertama merasmikan rumah kita ini.... *tepuk tangan utk kakiJa* untuk n3 Buku oh Buku itu...
Oklah... cukup dulu untuk kali ini... Insyallah wan pasti... lepas ni akan banyak lagi n3 yang akan kita tunggu2kan dari kawan2 sekalian..!!
salam sayang,
wan
Feb 11, 2008
Buku oh Buku
- Puisi untuk penggemar novel.. -