Jan 27, 2012

Keputusan Cabaran 50 Buku : Disember 2011

Salam semua,

Pertama sekali kakwan mohon ampun dan maaf atas kelewatan ini. Maaf. Maaf. Maaf...

Tahun baru ini, jadual kakwan benar-benar berantakan. Kesibukan kerja (pejabat) yang melampau, cuti liburan yang telah dirancang lebih 6 bulan yang lalu, benar-benar telah membuatkan jadual kakwan jadi huru-hara. Ampun dan maaf sekali lagi kakwan pohon.

Oklah. Inilah dia 10 ulasan terpilih untuk bulan Disember yang lalu.

1) Ain – Contengan Jalanan
2) Aimie – Angin Dingin Dari Utara
3) Ati – To Kill A Mocking Bird
4) A&N – Awek Chuck Taylor
5) Amal – Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W.
6) KK – Rindu Andalusia
7) MB – Rentong
8) Rinn – Menunggu Hujan
9) UA – Bening Merah Jingga
10) XX – Rooftop Rant


Tahniah pada kalian yang berjaya.

Dan inilah pula senarai pengulas yang telah berjaya membaca 50 Buah (dan lebih) berserta menyediakan ulasannya. Dan secara automatiknya telah memenuhi syarat untuk ulasannya dipilih antara 3 ulasan yang terbaik.

1) Aimie (Aimie)
2) Airina (A&N)
3) Anita Sang (AS)
4) Ain Sabrina (Ain)
5) Nur Amalina (Amal)
6) Melihat Buku (MB)
7) RinnTisan (Rinn)
8) Khaulah Khalid (KK)
9) Xana (XX)


Pemenang hadiah utama akan diumumkan kemudian. Kakwan benar-benar berharap agar semua geng Lomba Baca dapat bersabar ya?! :(

PS: Hadiah untuk 10 ulasan ini akan dipos (Insyallah) esok (sabtu). Rinn hadiah-hadiah Rinn masih dengan kakwan... bila nak jumpa dengan kakwan ni??

Salam sayang,

Kakwan

3 comments:

aimie_afifah said...

Terima kasih KakWan atas segala keringat yang dikerah.

Dan tidak lupa juga penilai yang memilih resensi saya..

Tahniah buat pemenang yang lain juga..:)

RinnTis said...

kak wan... thanks for everything. rindu nak baca review kengkawan semua :) masuk 2012 terus jadi malas nak baca buku adusss... kakwan... aku rindu...

cambodia tours said...

Interesting post. Keep it up