Tajuk: Rindu Andalusia
Penulis: Radwa Ashour
Terbitan: Telaga Biru
Halaman: 395 muka surat
ISBN: 978-967-5102-20-2
Harga- RM 23.00 (Sem M’sia) / RM 25.00 (S&S)
Kata Kulit Buku:
Rindu Andalusia menyelami penderitaan keluarga Abu Jaafar di tengah keruntuhan kota Cardova. Ratusan kitab kesayangan beliau dibakar oleh tentera Castile di laman Bab el Ramlah. Badan Inkuisisi Granada merampas semua kitab berbahasa Arab dari masjid, pusat sumber, sekolah dan orang perseorangan. Masjid diubah suai menjadi gereja dan Katedral.
Kalau ingin selamat minta sahaja dibaptis menjadi Kristian. Anak cucu Abu Jaafar bertahan menjadi Muslim. Di dalam rumah mereka solat dan berkomunikasi dalam bahasa Arab tetapi di luar rumah mereka berbahasa Castile, menggunakan nama baptis dan menghadiri “misi suci” pada hari Ahad di gereja.
Sampai bila Saleemah, Saad, Hassan, Mariama dan semua keturunan Abu Jaafar sanggup mempertahankan iman? Suami Saleemah, Saad dipenjara. Dia sendiri difitnah mempraktikkan sihir kerana menyimpan ramuan herba tumbuh-tumbuhan dan biji-bijian yang didapati dari pelbagai kitab berbahasa Arab. Dia dihukum bakar hidup-hidup.
Bagaimana nasib Saad? Bagaimana Saleemah berhadapan dengan kehilangan nyawa di tangan penguasa biadap? Bagaimana pula si kecil, Aisyah yang dibela Bibi Mariama? Mampukah mereka bertahan daripada kekejaman yang bersembunyi di sebalik “misi suci” itu?
Rindu Andalusia merupakan buku pertama daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy).
Kata KK:
Lama sudah buku ini saya beli. Tapi kerana menyahut cabaran 50 buku. Saya mengumpul kembali buku-buku yang masih belum dibaca.Rindu Andalusia adalah salah satunya. Sabarnya saya membaca buku ini kerana bahasa sasteranya sedikit tinggi dan sedikit bosan untuk dihayati.
Sinopsis di kulit menjelaskan perjalanan novel ini. ia adalah trilogi novel.RA adalah buku pertama. Apa yang boleh saya katakana RA adalah mukaddimah untuk novel ini. ia menceritakan permulaannya kerajaan Granada. Ia tentang keluarga Abu Jaafar.
Walaupun Naem dan Saad pada awalnya adalah pekerja Abu Jaafar tetapi kemudian setelah penguasaan tentera Castile mereka menjadi sebahagian keluarga Abu Jaafar.
Paling memilukan saat buku-buku dibakar dan dibuang ke dalam sungai. Perasaan saya sama seperti Abu Jaafar. Kerana sedih dan terlalu cintakan dengan buku, Abu Jaafar meninggal dunia kerana terkejut dan terkilan.
RA terlalu banyak watak untuk dikisahkan. Kerana ia bermula dengan generasi Abu Jaafar sehinggalah cucunya sudah dewasa. Perubahan waktu telah menunjukkan terlalu lama tentrera castile menguasai kota Cordova. RA adalah permulaan tentang kota Cordova dimana penulis memperkenalkan watak dan keadaan Andalusia sendiri. Bagaimana mereka menjalani hidup dengan agama Kristian sedangkan masih Islam dan cuba mempertahankan Islam mereka.
Pengakhiran cerita benar-benar tergantung kerana ia diakhiri dengan Saleemah, cucu Abu Jaafar juga isteri Saad. Nasib Saad masih belum diketahui. Bagaimana anak Hassan dan hidup Naem juga masih belum diketahui. Mungkin novel selanjut mengisahkan tentang mereka.
Untuk keseluruhan, saya kagum dengan penulis kerana mampu membawa kisah sejarah dan menulis dengan terperinci.
---
khaulah khalid
Dec 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment