Dec 3, 2011

MB : Cabaran 50 Buku : (50) Rentong

Judul : Rentong
Penulis : SN Shahnon Ahmad
Terbitan : Penerbitan Abbas Bandong
ISBN : -



1. Yang memberikan semangat dan nasihat untuk Shahnon Ahmad menulis novel pertamanya ini adalah sahabatnya, Kassim Ahmad.

2. Pernah difilemkan dengan judul Harimau Harimau arahan Salleh Ben Joned.

3. Diterjemah ke dalam bahasa Inggeris, Rope Of Ash. Juga telah diterjemah ke dalam bahasa Mandarin dan bahasa Jepun.

4. Rentong adalah kisah kehidupan masyarakat di dalam sebuah kampung, Banggul Derdap, yang menjalani hidup dengan penuh ketidakamanan, hasad dengki, serta saling memusuhi.

5. Cerita yang mengangkat ketokohan seorang ketua kampung, Pa' Senik, dalam mengawal serta berusaha mengekalkan keharmonian di antara anak buahnya.

6. Kekuatan penulis mengawal bahasa serta pergerakan plot ceritanya begitu menyentuh emosi pembaca sehingga pada satu ketika saya tidak dapat menyangka adakah benar Semaun yang sering membuat onar di dalam kampung atau watak lain yang mengakibatkan Semaun bertindak sebegitu.

7. Penulis bermula dengan menulis mengenai pandangan orang kampung tentang watak Semaun yang jahat, suka buat kacau, tak campur masyarakat. Kemudian dalam bab seterusnya, penulis membawa pembaca mendalami watak dan diri Semaun pula. Sehingga dari situ pembaca mula dapat mengetahui bahawa setiap pandangan dan lontaran kata-kata keji orang kampung terhadap Semaun dan keluarganya adalah tidak benar.

8. Dogol merupakan watak antagonisnya. Yang selalu membuat fitnah dan mengadu domba orang kampung lainnya terhadap keluarga Semaun. Dogol yang telah mengakibatkan Semaun berkelakuan ganas dengan tindakannya tidak membahagikan lembu-lembu pemberian kerajaan kepada orang kampung dengan adil. Semaun tidak diberinya seekor lembu pun.

9. Apa yang dirasa setelah menamatkan novel ini? Cuma satu yang bermain di fikiran, bagaimanakah penerimaan khalayak pembaca terutama masyarakat kampung pada ketika itu dengan novel ini.

10. Kerana bagi saya novel ini mampu untuk berbicara secara tidak langsung kepada pembacanya agar selalu berwaspada terhadap cerita-cerita fitnah yang sering menjadi topik hangat di warung-warung kopi.

11. Sebagai pembaca saya seronok membacanya.

---
Melihat Buku

0 comments: