Judul: Dia & Dia
Pengarang: Bunick Firdaus
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Muka Surat: 584 halaman
ISBN: 978-967-5118-54-8
Harga: RM 21.00 (Sem M’sia) / RM 24.00 (S&S)
Kata Kulit Buku:
“Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”
Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?
Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?
Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!
Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?
***
Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!
Kata KK:
Sinospsi Dia & Dia di kulit buku sudah jelas tentang Fazril dan Irfan yang menjadi Dia dan Dia seorang Arissa. Secara ringkas, Arissa menerima lamaran Fazril tetapi atas sebab tertentu, Arissa terpaksa melupakan Fazril dan muncul Irfan yang sentiasa di sisi Arissa sehingga mereka sempat melewati alam perkahwinan bersama-sama. Tetapi Arissa sendiri tidak tahu siapakah Dia untuk Arissa. Dia dan Dia memberikan jawapan.
Pada awalnya, jalan ceritanya agak menarik. Namun, lama-kelamaan ia menjadi bosan dan pengakhirannya sangat mengecewakan kerana apa yang BF cuba sampaikan masih tidak kuat. Ada keliru ditengah-tengah cerita itu. Alasan- alasan untuk setiap yang terjadi masih tidak kukuh. Atau ayat mudah, jalan ceritanya masih tidak kuat.
Sejujurnya, saya banyak menyalahkan Arissa dalam pemilihan Dia dan Dia. Istikharah itu sendiri seharusnya menyakinkan dirinya untuk memilih Dia dan Dia.
Apa yang lain dari yang lain dair D&D adalah BF berani menggunakan loghat Kelantan walaupun sedikit pelik.
---
Khaulah Khalid
Sep 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment