Sep 7, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (18) Langsir Biji Remia


Penulis : Noor Suraya
Halaman : 262
Harga : RM 17.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2011


Secara ringkas :

Asalnya dia seorang gadis yang cantik, dikurniakan paras rupa yang memikat. Ramai orang yang memuji akan kelebihannya itu. Tetapi dia riak akan kelebihan yang diberikan kepadanya itu sehinggalah terjadi kejadian buruk yang menimpa dirinya. Dia hilang kecantikannya itu, siapa dia? Dialah Duha Hafa gadis yang menyembunyikan wajah sebenarnya disebalik purdah yang dipakainya.

Dari dulu Duha mengenali Umair, mereka teman sepermainan dan rakan bicara jendela. Umair dari dulu lagi menyukai Duha, dia suka memandang sepasang mata sayu kepunyaan Duha. Katanya mata Duha tu cantik, macam mata unta, sayu sahaja persis mata wanita arab. Sehingga dewasa, setelah 10 tahun Umair masih menanti Duha. Tetapi Duha bagaimana pula?

Duha yang sekarang tak sama seperti Duha yang dulu. Duha yang dulu naïf tak seperti Duha yang sekarang yang lebih realistiknya. Dia sedar akan kekurangan dirinya. Apabila Umair menyatakan hasrat hatinya, Duha bahagia hati perempuan mana tak tersentuh bila dilamar sang jejaka. Tetapi Duha sedar dia tak layak berganding dengan Umair. Duha berterus-terang dengan Umair akan keadaan sebenarnya. Umair sangat terkejut! Bagaimana penerimaan Umair? Dapatkah Umair menerima Duha seadaanya?

Umair bukanlah lelaki yang teguh imannya, diikat janjinya dengan Duha. Janji yang belum pasti dia dapat tunaikan. Ketika ini, Mohsin lelaki yang molek pekertinya muncul. Menawarkan hati kepada Duha ketika Duha masih menunggu jawapan dari Umair.

Siapa yang bakal dipilih oleh Duha, Umair lelaki yang kononnya sudah 10 tahun menati Duha dan telah lama hatinya diserah kepada Duha atau Mohsin lelaki yang baru Duha kenali ketika menunaikan umrah, lelaki yang ingin mengahwininya kerana wasiat ayahnya?

Duha Hafa telah membuat pilihannya dalam Langsir Biji Remia. =)


Komen saya :

Langsir Biji Remia sebuah cerita yang memberi kesedaran, yang mengajar kita bersyukur diatas setiap pemberianNya kepada kita dan mengajar kita agar tabah menghadapi dugaan. Bila saya membaca naskah LBC ni, buat saya sedar Tuhan tak akan menguji hambaNya melainkan kerana Dia sayangkan hambaNya dan tahu hambaNya mampu untuk menghadapi dugaan itu.

Jangan merendah diri dengan kekurangan kita sebaliknya bina keyakinan melalui kekurangan kita. Pengajaran nie paling saya suka. Sebabnya saya pun rasa nak cuba perbaiki kelemahan yang saya ada dan jadikannya sebagai sumber kekuatan saya. Memang susah tapi kalau Duha boleh buat saya pun boleh juga kan?

Watak-watak yang ada dalam LBR nie juga menarik minat saya. Watak Ain Najwa mengingatkan saya kepada karyanya yang sebelum ni dalam Kebun Mimpi. Saya tertanya-tanya apa terjadi dengan Adam dan Ain kemudiannya bila baca LBR barulah saya tahu apa yang terjadi kepada Adam. Sangat pilu hati bila baca kisah Ain yang tabah dan Adam yang malang. Boleh menitis air mata rasanya.

Nilai keikhlasan yang diterapkan oleh Noor Suraya ke dalam LBR bagi saya sangat berkesan, walaupun hanya melalui penulisan tetapi kita boleh rasakannya. LBR mengajar kita sayang itu hadir bukan melalui paras rupa tetapi keikhlasan hati. Kalau berdasarkan rupa, natijahnya akan jadi seperti Umair yang menyesal kemudian hari. Rasa puas hati bila Umair dapat balasannya, biar dia rasa apa yang Duha rasa.

Serasa saya tidak ada satu pun karya Noor Suraya yang telah saya baca saya tak suka. Semuanya menarik dan bahasa yang digunakan memikat hati. Sejujurnya, mula-mula tu ada rasa ragu-ragu, tertanya-tanya macam mana cerita siri Si Manis 17 nie? sebabnya selalu saya cuma baca novel umum keluaran JS yang biasa. Jadi bila saya dapat hadiah novel LBR nie sempena resensi buku sebelum nie, saya agak teruja untuk bacanya dan memang tak rugi saya bacanya. Rasa macam nak beli ja Siri Si Manis 17 yang lain, walaupun umur dah 18… terlebih setahun, tak apa kan. Lepas nie nak cari Siri Si Manis 17 yang lain pula. =)

XX Quotes : Sangat wajib dibaca… betul-betul beri pengajaran kepada kita. =)

---
Xana

0 comments: