Sep 7, 2011
XX : Cabaran 50 Buku : (17) Jaja & Din
Penulis : Noor Suraya
Halaman : 481
Harga : RM 20.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2009
Cetakan 2, 3 - 2010
Cetakan 4 - 2011
Secara ringkas :
Jaja & Din… dua orang yang berbeza watak, berbeza cara hidup, berbeza kedudukan bak kata Nini adik Jaja, tak sekufu!
Hanya kerana sekeping gambar lelaki yang berkopiah di tanah perkuburan hidup Jaja berubah! Jaja dengan gigih cuba mencari lelaki yang redup pandangannya itu. Lelaki yang dia sendiri kosong maklumat tentangnya.
Tapi kalau dah memang jodoh mereka dah tertulis di Loh Mahfuz siapa yang boleh nafikannya. Jaja memang tercipta untuk lelaki berkopiah itu, iaitu Din dan Din memang tercipta untuk membimbing Jaja. Biarlah orang nak kata Jaja nie tak tau malu tapi kalau Jaja tak bertindak dulu mana mungkin Din akan jadi miliknya.
Jaja sedar bilamana dia membuat keputusan untuk bersama Din, kehidupannya akan berubah! Dia perlu zuhud. Tapi bagi Jaja asalkan Din disisinya dia sanggup apa saja termasuklah bertukar menjadi gadis melayu terakhir. Jaja sanggup belajar hidup secara zuhud asalkan Din ada disisinya. Malah Jaja sanggup menyuruh mak dan ayahnya meminang Din! Jaja betul-betul dah jatuh cinta dengan ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suaminya.
Din terima Jaja seadanya, dia cuba membimbing Jaja tentang cara hidup islam yang sebenar. Bermula dari alam perkahwinan merekalah bermacam-macam dugaan yang Jaja perlu lalui termasuklah hendak memenangi hati mentuanya. Maklumlah Jaja kan menantu bukan pilihan. Tetapi demi Din, Jaja sanggup.
Ketika Jaja dan Din bergembira menyambut berita kehadiran mujahid kecil yang bakal Jaja lahirkan, Din terpaksa ke Afghanistan untuk berjihad di sana selama setahun. Jaja sedih tetapi dia kan terpaksa merelakannya. Menambah pilu di hati, Din dikatakan telah mati syahid di sana! Hancur luluh hati Jaja mendengarnya tetapi Jaja tetap tabah, dia berjanji akan berjumpa dengan Din di ‘sana’ kelak.
Persoalannya… betul ke Din dah tiada???
Komen saya :
Jaja & Din memang terbaik! Quotes paling sesuai dengan novel nie bagi saya. Don’t judge the book by its cover… yes, sangat setuju!
Cover luaran nampak sangat comel, nampak seolah-olah Jaja & Din nie cerita remaja yang comel-comel ja tapi bila dah baca isinya jauh lebih comel dari yang disangkakan. Sangat cantik dan indah untuk dibaca. Betul tak tipu… memang best.
Tema seorang ustaz dan gadis metropolitan yang berbeza dunia mereka akhirnya berkahwin bagi saya menarik. Kemudiannya heroin yang datang meminang hero tak macam kisah novel yang kita selalu baca. Paling saya suka cara Kak Su bercerita. Penggunaan aku dalam menceritakan kisah Jaja & Din nie memang berkesan. Kemudian Kak Su buat pembaca tertanya-tanya, buat pembaca nak tahu lagi apa yang terjadi seterusnya sampai habis.
Paling saya terharu dan sedih masa Jaja balik raya dekat rumah Din buat pertam kalinya, Jaja dan Din kena tidur dekat bilik belakang yang sempit sebabnya bilik Din anak-anak saudara perempuan Din duduk. Memang sedih bila baca bahagian tu. Kemudian satu lagi masa Jaja sanggup berkorban beri kasut dia untuk ibu Din masa kasut ibu Din kena curi dan Jaja terpaksa balik rumah dengan berkaki ayam! Mulianya hati Jaja… walaupun Jaja dengan Din terpaksa tidur dekat bilik yang sempit, bilik yang layak kita panggil store!
Betul Kak Su pandai bermain ayat, ayat yang Kak Su guna lembut saja tapi kesan dia mendalam. Sekejap-sekejap saya tersenyum, kemudian rasa sedih, kemudian rasa insaf pula… bila baca bahagian Din tegur Jaja mengenai solat tu, barulah sedar diri kerdil sangat, banyak buat dosa. Main-main dalam tunaikan solat.
Kagum dengan watak Jaja yang betul-betul tekad nak dapatkan Din sampai sanggup suruh mak ayahnya pinangkan Din. Boleh pengsan agaknya kalau saya pulak suruh mak ayah saya buat macam Jaja… hehe =)
Penamatnya pula, best! Mula-mula tu dah sedih lah mengenangkan Din mati syahid, Jaja jadi balu… tapi tiba-tiba Din… err, kalau nak tau kenalah baca Jaja & Din. =)
XX Quotes : Saya dah beli dan rasa untung beli novel Jaja & Din. Sangat berbaloi-baloi… Jaja & Din kisah hero heroin abad kini. =)
---
Xana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment