Tajuk Buku : Lebih Dari 60 Mutiara Hikmah Al-Fatihah
Penulis : Dr. Muhammad bin Musa Alu Nashr
Terbitan : Pustaka Imam Asy-Syafi’i
Muka Surat : 132
Ulasan
Buku karangan Dr. Muhammad bin Musa Alu Nashr ini memaparkan hasil kajian dan ilmunya mengenai kelebihan dan hikmah yang terkandung dalam surah al-Fatihah. Surah al-Fatihah yang selalu diulang-ulang dalam solat kurang dihayati oleh pembacanya. Penulis berkongsi ilmu mengenai keistimewaan surah ini. Surah al-Fatihah ini merupakan doa dan setiap lafaz-lafaz kalimah dalam surah ini mempunnyai keutamaannya masing-masing.
Buku terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi’I ini disusun cantik dan teratur bagi memudahkan pembaca membaca dan memahami dengan mudah dan selesa membaca mengikut bab-bab dan bahagian yang dibahagikan. Selain itu, kelebihan dan hikmah al-Fatihah yang dipaparkan disertakan hadis mengenainya bagi meyakinkan pembaca dan memudahkan pembaca mengetahui rujukan yang digunakan oleh penulis. Sehinggakan hukum menyebut ‘amin’ dihujung surah ini juga dibincangkan. Penulis pasti dapat menambah ilmu dengan membaca buku ini. Buku ini sangan membantu saya memahami maksud al-Fatihah dengan lebih mendalam bukan sekadar bacaan di dalam solat sahaja.
Petikan Pilihan 1
Mutiara Hikmah Ayat 6 Surah al-Fatihah
Bermaksud:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus”
Lafaz ((اهدنا ertinya tunjuki dan tuntunlah kami, ilhamkan kepada kami, dan berilah kami taufik. Lafaz ini jug disebut dengan kata ganti berbentuk jamak (نا) “kami”, sehingga konteksnya sesuai dengan ayat sebelumnya. Dan penggunaan kata ganti bentuk jamak pada kedua ayat ini lebih tepat dan relevan. Alasannnya, kedua ayat ini menjelaskan tentang penghambaan dan kebutuhan makhluk kepada Rabb yang Maha Tinggi.
Adapun ubat bagi kesesatan dan kebodohan ialah ayat 6 daripada surah al-Fatihah iaitu “Tunjukilah kami jalan yang lurus”
Petikan Pilihan 2
Hukum Mengucapkan “amin”
Rasulullah s.a.w bersabda: (yang bermaksud)
“Apabila imam mengucapkan amin, maka ucapkanlah amin. Sebab siapa yang ucapan aminnya serentak dengan ucapan amin para malaikat, niscaya dosanya yang telah lalu akan diampuni”
Belakang Kulit Buku
Surah al-Fatihah adalah surah yang paling agung di dalam al-Quran. Disebut al-Fatihah kerana ia merupakan pintu gerbang untuk memasukinya dan mengharungi luasnya samudera al-Quran. Surah ini dinamakan juga Ummul Kitab, kerana ia memuat garis besar pesan-pesan seluruh al-Quran yang terdiri dari 114 surah.
Dalam sehari semalam, kaum muslimin membaca surah al-Fatihah minimum tujuh belas kali dalam lima solat wajib. Ertinya, tujuh belas kali minimum mereka diingatkan oleh pesan-pesan al-Fatihah melalui ayat-ayatnya. Seharusnya, jumlah itu sudah cukup bagi mereka untuk mengerti dan memahami pesan-pesannya.
Sudahkah anda memahami makna dan pesan-pesan yang dikandungnya?
Buku yang ada di hadapan anda ini mengupas tuntas mutiara ilmu dan hikmah surah al-Fatihah. Tidak kurang dari 60 mutiara hikmah diungkap secara panjang lebar dan detail berdasarkan kaedah-kaedah ilmu tafsir, akidah dan bahasa.
Membaca buku ini membuat kita seakan-akan sedang mengharungi samudera hikmah surah al-Fatihah yang demikian luas dan dalam.
Selamat membaca.
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment