Sep 26, 2011

KK: Cabaran 50 Buku: (29) Rahsia Ummi

Judul: Rahsia Ummi
Pengarang: Faisal Tehrani
Penerbit: Ameenbooks
Muka surat: 248 halaman
ISBN: 978-983-3991-86-0
Harga: RM 19.00

Kata kulit buku:

Sharifah Aini; namanya diambil daripada biduanita Negara yang begitu disanjungi oleh umminya: Faizah. Syed Hassan; majikan dan bapa kekasihnya turut meminati bintang seni suara yang sama. Ada misteri di sebalik namanya, tetapi ummi merahsiakan. Dia bingung; masakah seorang sharifah berbapakan seorang lelaki yang bukan syed? Apakah ada cinta terlarang dan terhalang yang dirahsiakan daripadanya?

Kata KK:

Rahsia Ummi adalah Sharifah Aini. Sharifah Aini adalah artis yang umi minati. Lalu, Ummi tumpahkah minatnya dengan menamakan dia sebagai Sharifah Aini. Namun, kerana namanya Sharifah Aini tanpa Syed maka timbullah persoalan. Rahsia Ummi adalah masa silam Ummi dengan dengan Syed Hassan. Sejarah kembali berulang bila Sharifah Aini menyukai seorang Syed.

Kata Faisal Tehrani, karya ini sedikit aneh tetapi dia membiarkan keanehan itu. Namun bagi saya ia luar biasa kerana jarang-jarang dapat saya membaca karya FT seperti ini. Konflik yang dialami terlalu berat seperti karya-karya sebelum ini. Cuma, terkilannya Ummi tidak mengetahui siapakah ayahnya yang sebenar walaupun ia bukan satu perkara yang penting tetapi disitulah bermulanya rahsia Ummi dan persoalan ini benar-benar bermain dalam minda saya.

Apapun. Rahsia Ummi adalah karya lain dari yang lain dari FT.

---
Khaulah Khalid

0 comments: