Tajuk Buku : Siri Cerita-cerita Agama (Bil.3)
Penyusun : H. Luqman Hakim
Terbitan : Perniagaan Jahabersa
Muka Surat : 98
Ulasan
Buku terbitan Perniagaan Jahabersa ini menghimpunkan 28 cerita-cerita berkaitan dengan agama dan nabi-nabi. Cerita yang dipaparkan banyak memberikan faedah dan pengajaran kepada pembaca selain itu pembaca dapat menambah ilmu pengetahuan tentang Islam di zaman dahulu sewaktu Islam sedang berkembang. Antara tajuk-tajuk yang dimuatkan dalam buku ini ialah Pelawak Zaman Rasulullah s.a.w, Nabi Ibrahim Dengan Raja Namrud, Qabil Membunuh Habil, Pemerintah Yang Bertanggungjawab, Raja Untuk Kanak-kanak dan Nabi Yunus (as) Dengan Kenderaan Perak.
Buku susunan H. Luqman Hakim ini bersaiz 10.6cm x 15cm mudah di bawa ke mana-mana. H. Luqman Hakim mendekatkan pembaca kepada agama dan nilai murni yang ada dalam ajaran agama itu sendiri dengan cara santai iaitu menerusi cerita-cerita pendek tentang agama yang penuh dengan pengajaran. Cara pendekatan ini sangat disukai oleh sebahagian besar masyarakat yang suka membaca dan menimba ilmu melalui bacaan. Ibubapa juga boleh menggalakkan anak-anak mereka membaca buku-buku cerita seperti ini agar anak-anak lebih dekat dengan nilai-nilai agama yang ingin diterapkan dalam diri mereka. Selain itu, cerita yang dipersembahkan adalah cerita-cerita pendek tentang agama. Cerita seperti ini sangat diminati oleh kanak-kanak.
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment