Feb 17, 2011
Ain : Cabaran 50 Novel/Buku : (2) Street Vendetta
Tajuk Buku : Street Vendetta
Penulis : Mazni Aznita
Keluaran : buku prima
halaman : 631 m/s
buku ni dibeli semasa ada satu program di uni..masa program tu ada pesta buku 'kecik" (tak banyak buku pun dijual)..
memandangkan ainsabrina memang pantang tak beli buku sedangakn buku2 banyak di depan mata-jadi ainsabrina beli jugak sedangkan duit dalam poket saat itu takda la banyak mana..
beli buku sbb tajuk dia unik semacam..tajuk nya tak jiwang..geli sikit kalu tajuk jiwang2 ni ^^
ok jom sembang2 sinopsis buku ni :
~ANABELLA~
membaca mengenai watak ANABELLA yang suka bershopping sakan,berlagak kaya-mengingatkan saya pada watak rebecca blomwood dalam confession of shopaholics,
mungkin watak ANABELLA tak seteruk watak rebecca namun agak berat juga masalah yang dihadapi ANABELLA apabila dia sentiasa diekori KOJIE -yg diberi tugas menarik keta ANABELLA -keta waja campro 1.6 berwarna hitam metalik-
~KOJIE~
wataknya selekeh dan serabai habis - berjambang tidak kemas,pakai kasut berlubang-
sampaikan ANABELLA salah sangka ingatkan si KOJIE ni peminta sedekah saat pertama kali mereka bertemu..
dialah penarik kereta ANABELLA..
taktahu nak katakan ANABELLA ni memang pandai menipu ataupun KOJIE ni senang ditipu-namun usaha KOJIE untuk menarik keta ANABELLA beberapa kali gagal..
oleh sebab itu, KOJIE bertegas dan terikut perjalanan ANABELLA ke Cherating..
ANABELLA ke cherating dengan niat untuk menghalang pertunangan IQBAL & MIRA..
~IQBAL~
sekampung dengan ANABELLA..ANABELLA meminati IQBAL sejak dari zaman sekolah..
jadi bila dengar berita dari MIRA mengenai pertunangan mereka, maka ANABELLA buat rancangan mengejut ke Cherating..
~MIRA~
juga sekampung dengan ANABELLA..musuh ketat ANABELLA memandangkan mereka meminati orang yang sama..
suka menulis namanya sebagai MIRA edora sedangkan nama betulnya tuMIRAh..gelak sendiri saya bila baca ayat ni..^^
on d way, ANABELLA & KOJIE ke cherating-ada kisah hantu menarik diceritakan penulis-saya suka ceritanya-buat saya gelak dan tertanya-tanya ja kesahihan ceritanya =)
di cherating, rahsia lama terbongkar..rupa-rupanya IQBAL & ANABELLA menyimpan perasaan yang sama lalu majlis pertungan dibatalkan..namun pada masa yang sama ada rasa yang berputik antara KOJIE & ANABELLA..namun ANABELLA pergi meninggalkan Cherating bersama IQBAL tanpa menunggu KOJIE sedar selepas satu kemalangan berlaku di Cherating..lalu perpisahan mereka hanya diiringi surat dari ANABELLA..
5 bulan berlalu..
kerana satu peristiwa ANABELLA terjumpa KOJIE dalam versi yang berbeza..
namun lelaki di hadapan ANABELLA 100% kontra dengan penampilan KOJIE hanya muka mereka sama- pelanduk dua serupa..lelaki itu memperkenalkan diri sebagai FAKRUZI
ANABELLA bertukar syarikat- menjadi pembantu kepada Puan Sofea,makcik kepada FAKRUZI..maksudnya satu syarikat dengan FAKRUZI..
ANABELLA kemudian dikejutkan dengan berita kematian KOJIE..jadi ternyata FAKRUZI bukan KOJIE..jadi siapa FAKRUZI?
setelah lama di situ, ada kasih wujud antara ANABELLA dan FAKRUZI..ada rasa keliru dalam hati ANABELLA saat itu-adakah kasih ini timbul kerana wajah FAKRUZI mirip KOJIE atau kerana peribadi FAKRUZI sendiri??rasa keliru itu akhirnya tamat sendiri apabila dia tahu FAKRUZI ternyata berkait rapat dengan KOJIE..siapa sebenarnya KOJIE?dan siapa sebenarnya FAKRUZI? dan siapa pula FEIRUZ?nak tahu lebih lanjut kena baca sendiri la..susah saya nak cita pun sebab citanya agak complicated ^^
komen ain sabrina :
cita ni bagi saya sangat2 menarik..citanya lain daripada yang lain..
ada genre lawak..
ada genre hantu-at first macam takut gak tapi bila tahu cita betul jadi genre lawak pulak..
ada genre aksi-ada waktu saat ANABELLA 1st time masuk syarikat FAKRUZI -ada scene aksi kejap..
ada part2 sedih- ada part ANABELLA dapat tahu pasal kematian KOJIE dan dapat kaset luahan hati KOJIE..memang hujan la saya waktu tu =)
memang cukup korum la cita ni bagi saya..BEST BANGAT..
ayat2 best dalam cita ni :
" CINTA harus dikejar atau akan hilang di gugus-gugus waktu "
" LOVE is always a beautiful things in our hearts. Sweet and sour ! "
Sumber: Ain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment