Feb 17, 2011

CR: Cabaran 50 Novel : (1) Bukit Kepong ~ Ismail Johari

Penulis : Ismail Johari
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Pertama kali mengulas buku. Agak kekok. Mungkin selepas ini boleh diperbaiki.

Buku ni wajib dibaca masa tingkatan empat sebab nak SPM =)
Bila tengok muka depan dan tajuknya macam belajar Sejarah tetapi
apabila dah mula membacanya kita secara tidak langsung dapat menyelami
keperitan dan kepayahan watak utama, Othman dan anggota polis yang
lain dalam mempertahankan rumah pasung Bukit Kepong.

Kekejaman komunis tidak mengira tempat apabila menyerang bas yang
dinaiki oleh Limah semasa pulang dari Pagoh. Sikap bertanggungjawab
Othman sebagai suami dan seorang anggota polis wajar dipuji.
Pelbagai konflik dan adegan suspens dalam novel ini.

Novel ini memang menarik! Walaupun ada difilemkan, tetapi bagi saya
lagi terasa perasaannya kalau kita membaca sendiri novel ini.
Sinopsis lebih panjang ada di sini.

Sumber: Aminah

0 comments: