Oct 13, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (35) Kaca Jendela Ainnur

Kaca Jendela Ainnur
Diya Nordin
Penerbit: Jemari Seni
terbitan Januari 2011

Kepekaan saya:

Kaca Jendela Ainnur mengisahkan kehidupan seorang gadis yang tidak mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari kedua-dua orang tuanya. Ainnur di layan seperti bukan anak kandung oleh ibunya. Ainnur betul-betul merasakan dirinya terpinggir sejak kecil lagi dari keluarga sendiri. Setelah ibunya berkahwin dengan ayah tirinya, barulah Ainnur dapat merasa sedikit kasih sayang dari ayah tirinya itu.

Sungguh perit kehidupan yang perlu di lalui oleh Ainnur apabila ayah kandungnya iaitu Amir Iskandar juga tidak pernah ambil peduli tentang kewujudan Ainnur di dunia ini. Ainnur juga telah di anggap sebagai penyebab segala masalah yang melanda ibunya, Syuhairah dan ayahnya Amir Iskandar.

Ainnur sangat merindui kasih seorang ibu dan ayah. Lebih 20 tahun Ainnur Shahirah cuba meraih kasih sayang dan perhatian dari ibu kandungnya sendiri dan apabila Ainnur dipertemukan dengan ayah kandungnya juga tidak diberi hak dan perhatian seorang anak.

Ibu dan ayah Ainnur Shahirah juga telah mempunyai keluarga masing-masing. Sememangnya setiap masa dan saat Ainnur dibenci oleh ibu dan ayahnya. Walaupun tidak mendapat kasih sayang dari ibu dan ayah kandung, Ainnur tetap mendapat kasih sayang dari ayah tiri dan ibu tiri. Tetapi, Ainnur tetap menyepi dan terus membawa diri sendiri. Ainnur tidak merapatkan dirinya dengan mana-mana ahli keluarganya.

Mampukah seorang insan yang bergelar anak untuk terus menempuhi hidup tanpa kasih sayang kedua ibubapa kandungnya? Mampukah hati yang luka berdarah kembali sembuh seperti hati seorang bayi yang baru dilahirkan? Kaca Jendela Ainnur dapat merungkaikan segala pahit getir kehidupan Ainnur seorang diri jauh dari bumi kelahirannya.

---
Noor Hekmat

0 comments: