Sep 22, 2011

KK: Cabaran 50 Buku: (28) Zikir Rindu

Judul: Zikir Rindu
Pengarang: Azizi Abdullah
Penerbit: Alaf 21
Muka surat : 198 halaman
ISBN: 978-983-124-419-7
Harga: RM 10.00 (Sem M’sia) / RM 13.00 (S&S)

Kata kulit buku:

“sudah puluhan novel saya hasilkan, tetapi hati ini masih terasa kekurangan. Masih lagi tidak terasa nikmat bercinta, rindu dan kasih sayang. Jiwa tetap terlohong.

Tiba-tiba, dengan Zikir Rindu ini, saya mula merasainya. Adakah perasaan ini bagaikan ilusi? Tidak! Bagaikan halimunan malam? Juga tidak! Tetapi ia adalah satu reality hidup…agar anda dengan penuh rasa tanggungjawab bisa memahami gelodak rasa seorang tua dalam mencari erti kasih abadi…”

Azizi Abdullah, penerima anugerah SEA Write Award dan penerima anugerah MASTERA 2007 ini mengajak anda berkongsi rasa, bertingkah kata dalam karya terbarunya ini.

Novel ini memaparkan runtunan perasaan seorang tua, yang tiba-tiba diminati oleh seorang perempuan muda inilah anehnya dan aneh inilah yang dirasai oleh ‘aku’ hal ini ditokok pula dengan gambaran bagaimana tekanan seorang isteri jika keseorangan menghadapi suami yang terlantar sakit.

Zikir Rindu… menjelajah erti sebuah kehidupan dan memahami betapa luasnya erti sebuah kasih. Cinta adalah fleksibel, tetapi kasih sayang adalah kesetiaan dan abadi. Ia adalah hak semua. Hayatilah ‘aku’ dengan penuh khusyuk agar anda dapat memahami mesej tersirat di sebalik kisah tersurat.


Kata KK:

Sinopsis di kulit buku sangat jelas tetapi keseluruhan cerita kurang saya fahami apa yang penulis cuba sampaikan. Bagi saya, ‘Dee’ seorang perempuan muda terlalu misteri dan tiada watak lain selain ‘aku’ dan Dee. Zikir rindu terlalu sukar untuk saya gapai kerana ZR berkisar tentang lelaki yang sudah lanjut usianya. Mungkin kerana faktor inilah yang membuat saya tidak dapat menyelami seorang ‘aku’ tersebut. Malah, terlalu banyak monolog dari ‘aku’ yang sering berulang. ‘aku’ juga mula rajin beribadah tetapi ibadah yang dilakukannya adalah dorongan nafsu tanpa merujuk kepada sesiapa. Hanya Dee sebagai tempat untuk ‘aku’ mengadu. Oleh kerana kekurangan watak dalam ZR saya merasakan dunia ‘aku’ terlalu sunyi dan kosong. Pengakhirannya pula tidak disangka, bagi ia terlalu misteri. ZR terlalu banyak bermain dengan perasaan.

---
Khaulah Khalid

1 comments:

RinnTis said...

Al Fatihah... satu kehilangan yang besar dalam dunia kesusasteraan melayu. Tukya dalam Seorang Tua di Kaki Gunung dan Tukcai adalah karya-karya yang sangat menyentuh perasaan. oh ya, saya suka sangat Memoir Seorang Guru.