Tajuk buku : Seredup Kasihmu
Penulis : Nia Azalea
Keluaran : Alaf 21
Ulasan Ain Sabrina :
Lea Haryani , gadis yang kurang bersosial dan lebih suka menyendiri. Bukan kerana sombong , tetapi kerana ada kisah silam yang menghantuinya. Dilahirkan tanpa ayah, menjadi dia dibenci dan dihina ahli keluarganya sendiri. Namun Lea Haryani pandai membawa diri , dia berjaya sampai ke menara gading. Tidak cukup itu , dia antara pelajar cemerlang yang seringkali mendapat anugerah dekan.
Dan siapa sangka kerana pencapaian itu , Lea dirisik Emir Safwan. Bukan untuk dijadikan teman berkasih tetapi Emir memerlukan Lea sebagai teman belajar. Keputusan Emir yang merundum memaksa Emir membuat keputusan drastik itu.
Lea yang sudah biasa keseorangan, terang-terangan menolak. Namun Emir tidak kenal erti putus asa. Dengan bantuan pensyarah mereka, Lea terpaksa menjadi guru merangkap teman belajar Emir.
Dari teman belajar dan seringkali berjumpa , ada rasa yang berputik . Emir cepat sedar dan meluahkan rasa tapi tidak buat Lea. Ada kisah silam yang menjerut hati. Lalu Lea berterus-terang , kisah silamnya , dia gadis yang tiada bapa . Namun tiada perubahan , Emir masih berlagak biasa , seakan tidak mengetahui kisah silam Lea.
Di saat yang sama , Mak Long Lea menerima tamparan apabila anaknya sendiri Meyza yang membawa onar , sehinggakan keguguran. Lea yg baik hati itu tidak menggunakan peluang itu untuk menyindir maklong dan sepupunya, sebaliknya dia berjaya memperbaiki hubungannya dengan Maklong dan Meyza.
Pertelingkahan berlaku antara Emir dan Lea dan tanpa sedar Emir telah melukakan Lea apabila dia mengungkit kisah silam Lea. Terguris , hubungan mereka ternoktah begitu sahaja.
5 tahun berlalu , mereka berjumpa kembali. Berjumpa dengan hubungan yang lebih pasti.
Komen Ain Sabrina :
Ini antara novel yang saya sangat suka. Suka dengan jalan ceritanya dan juga suka pada watak-wataknya. Tiada perasaan geram pada watak hero dan heroin. Rasa harmoni saja. ^^
Jalan ceritanya mudah. Tiada persengkataan yang meleret ala-ala cerita sinetron Indonesia. Tiada sesi simpan menyimpan perasaan yang meleret-leret mahupun perasaan jaga ego dan merajuk yang meleret-meleret macam cerita sebelum ini.
Watak Lea ada ciri watak heroin yang saya suka. Wataknya seakan ada identiti sendiri , tidak mengikut gerak gaya orang di sekeliling. Biarkan orang lain berpasang dua tiga namun Lea masih tegas dan tekun dalam pelajarannya sehinggalah Emir Safwan muncul. Dan munculnya Emir Safwan tidaklah dipinta-pinta atau dilayan berlebihan , kerana awalnya Emir hanyalah teman belajar. Watak Lea digambarkan sebagai ‘Beauty with Brain’ juga membuatkan saya ‘respect’ pada dirinya. Ya , AinSabrina yang konservatif ini suka watak wanita heroin sebegini. Ada identiti dan semangat yang boleh dicontohi.
Watak Emir Safwan juga menarik. Cara dia cuba memujuk Lea untuk menjadi teman belajarnya agak bijak , dari cara kasanova ke cara mengunakan pensyarah. Dan cara dia meluahkan rasa juga saya suka. Mudah namun sampai ke hati. Kalau jiwangnya berlebihan , geli pulak rasa. ^^ Dan akhirnya , cara dia kembali muncul di depan Lea juga saya suka. Kesimpulannya , saya suka la watak Emir Safwan ni.
Dan pastinya kisah ini nampak kesetiannya kerana Lea hanya untuk Emir dan Emir hanya untuk Lea. Kurang menonjol watak-watak tambahan di sebelah membuatkan konfliknya kurang dan itu membuatkan saya lebih suka.
Walaupun kisah novel ini saya ulang banyak kali , saya masih suka. Entah kenapa. Daya penarikannya dari zaman sekolah ke zaman universiti ini masih sama.
---
Ain Sabrina
Dec 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment