Tajuk: Valentina Nervosa
Penulis: Nurul Syahida
Penerbit: Buku Prima
517 Mukasurat
Harga: RM19.90 (SM)/ Rm22.90 (SS)
Hubungan seperti permainan jigsaw puzzle, dalam banyak-banyak kepingan yang perlu dicari, kita perlu tengok gambar di kotak dahulu untuk faham kepingan mana yang patut dicari untuk melengkapkan jigsaw puzzle itu.
Valentina Nervosa merupakan karya pertama Nurul Syahida yang saya pernah baca. Entah kenapa, saya tidak ada keserasian dengan gaya dan penyampaian jalan cerita ( sebenarnya itu perkara biasa, sebab ada novel yang kita kata menarik, orang lain akan cakap tidak).Membaca naskah ini, seolah-olah membaca sebuah buku yang memerlukan saya memberi perhatian penuh, dengan tujuan untuk menduduki peperiksaan penting. Muka pun terasa tegang dan serius sepanjang masa. Tapi bagi pembaca yang baru hendak membaca karya ini, tidak perlu risau kerana penamatnya tetap positif dan turut melegakan hati saya.
Membaca novel ini, anda disajikan dengan watak-watak yang agak seimbang penampilannya. Mungkin juga watak Mariyyah agak lebih dibandingkan dengan yang lain. Mariyyah yang kecewa dalam kata lain fobia apabila menjelang hari valentine selama tiga tahun kerana pada hari itulah dia ditinggalkan Najmudin(kekasihnya selama 7 tahun) tanpa alasan yang logik. Selama tiga tahun itu lah dia akan menangisi perpisahannya dengan Najmudin. Fobia makin menjadi menjelang hari Valentine sehinggalah dia bertemu Amer yang seolah-olah dapat membuatnya merasa bahagia setelah sekian lama dia dibayangi oleh Najmudin.
Mariyyah bukan saja terpaksa berdepan dengan fobianya sendiri, malah dia turut merasa tempiasnya apabila Faizah ( rakan serumah ) putus tunang. Melihat keadaan Faizah yang seolah hilang arah selepas putus tunang, barulah Mariyyah menyedari dia juga mungkin berkeadaan begitu apabila ditinggalkan Najmudin walaupun dia tidak serapuh Faizah yang hampir berubah 90%. Mariyyah juga berdepan dengan Abang Aziz yang putus tunang dan juga mengetahui kisah duka Razif yang selalu dikutuknya juga membuat Mariyyah merasa lebih bersalah.
Disaat dia telah dapat melupakan Najmudin, dia terasa dikhianati oleh teman sebilik, Soraya.Disaat dia cuba menyampaikan rasa bahagia kepada Amer, dia baru mengetahui Amer bukanlah untuknya. Adakah Mariyyah akan bertemu kepingan jigsaw puzzlenya yang sesuai? Jawapannya dalam Valentina Nervosa.
---
Anita Sang
May 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment