Apr 2, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (12) Kaca Jendela Ainnur

Tajuk: Kaca Jendela Ainnur
Penulis : Diya Nordin
Penerbit : Jemari Seni (Januari 2011)
414 Mukasurat
Harga: RM18 (SM)/ RM21 (SS)

Kaca Jendela Ainnur bukanlah kisah kasih dan sayang sepasang kekasih atau suami isteri. Membaca novel ini saya di bawa untuk menyelami perasaan seorang anak yang begitu merindui kasih seorang ibu dan ayah yang tidak pernah dia rasai selama ini. Peritnya rasa ditidakkan hak sebagai anak, dianggap anak yang tidak diingini dan penyebab kepada semua permasalahan. Selama lebih 20 tahun Ainnur Shahirah cuba meraih kasih ibu kandungnya sendiri dan apabila dia dipertemukan dengan ayah kandungnya juga dia turut tidak diberi hak sebagai seorang anak.

Ada masanya saya terhenti membaca dan cuba menilai semula di mana silapnya Ainnur sehingga dia langsung tidak dipedulikan oleh ibu dan ayah kandungnya yang telah mempunyai keluarga masing-masing?Sehingga dia begitu dibenci oleh keduanya. Sehingga ke penghujung cerita saya masih tidak menemui alasan konkrit untuk Syuhairah ( ibu kandung Ainnur ) dan Amir Iskandar ( ayah kandung Ainnur ) tidak menerima Ainnur Syuhairah. Mungkin juga kerana mereka malu untuk mengakui kesilapan masa lampau mereka. Mungkin.

Namun walau dibenci oleh ibu dan ayah kandungnya, Ainnur tetap menerima kasih sayang yang sama rata dari Papa tirinya, kemudian Umi isteri ayahnya, begitu juga Tok Mama & Tok Baba tetap menyayangi Ainnur.Cuma apa yang kurang adalah penerimaan dan kasih sayang dari ayah dan ibu kandungnya sendiri.

Mampukah Ainnur terus bertahan mengemis kasih sayang ibu dan ayah kandungnya? Hati yang terluka terus berdarah kerana status dirinya dikatakan sebagai anak tanpa ikatan yang sah. Akhrinya Ainnur pasrah & membawa diri kerana sedar ada tiada dia tetap tidak membawa erti kepada ibu dan ayah kandungnya.

sumber : Anita Sang

0 comments: