Apr 2, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (23) Kerana Terluka

Penulis: Aida Adriani
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM19.90/RM22.90
M/S: 519
Cetakan 1 - 2008
Cetakan 2 - 2009

Setelah kau balut luka ini, mengapa kau jua yang merobeknya?

Blurb:

NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.

Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagian di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan?

"Cinta bukan matematik, Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."

"Saya juga bimbang Is, kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini."


Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh... tapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebik baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!

Kak Chik menukil:

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga membaca novel ini selepas hampir 2 minggu mencuri-curi masa dalam kesibukan. Novel yang penuh melukakan pada penghayatan Kak Chik. Satu karya yang pada Kak Chik sungguh mengganggu gugat status seorang wanita, anak, menantu, isteri, madu dan cucu. Namun permulaan pembacaan Kak Chik sedikit terganggu dengan masalah printing yang tidak dijelas pada muka surat tersebut: 14, 15, 18, 19, 22, 23, 26 dan 27. Walaupun begitu semangat untuk mengetahui kisah Nudra-Iskandar ini tetap membara.

Nudra Haneem...anak yang bagaikan ditidakkan haknya kerana peristiwa lampau yang menimpa ibunya, Munirah. Kehidupan Nudra yang terkongkong oleh segala larangan neneknya, Wan Anum Sophia (nama yang sungguh moden bagi seorang pada pandangan Kak Chik) kerana status diri yang menjadi rahsia Sophia. Sophia, si tauke kedai emas yang termasyhur di sekita Johor itu sungguh berpengaruh dalam keluarganya. Padanya, Nudra adalah pembawa malang dan mencalit noda dalam sejarah keluarga mereka sehingga semua tentang Nudra itu salah. Sophia tidak membenarkan Nudra bekerja atau belajar lagi selepas Nudra habis SPM. Nudra hanya berperuk di banglo kayu keluarga Sophia. membantu menjaga Munirah yang lumpuh. Nudra sentiasa tertekan Munirah juga tidak pernah menunjukkan kasih sayang sebagi seorang ibu. Dan kehadiran Fadhil menjadi penyebab Sophia sekali lagi menghantar Nudra ke rumah tok ayah.

Di rumah tok ayah, Nudra menolong tok ayah mengajar mengaji anak-anak kampung dan di sana juga Iskandar bertemu Nudra selepas bertahun menyimpan rasa cinta terhadap gadis itu. Iskandar berguru dengan tok ayah selama tiga bulan sebelum dia mendapat tawaran kerja. Rasa cinta yang mendalam terhadap gadis yang diimpikan bertahun itu disuarakan pada tok ayah dan ibu bapa Iskandar juga menerima Nudra dengan senang hati.

Namun, kerana kelancangan Sophia telah menjadi sebab rancangan pernikahan telah dibatalkan walaupun sebulan lagi majlis walimah tersebut. Iskandar terpempan dan Nudra terpaksa meredakan dalam diam. Status diri yang dicanangkan Sophia dan Safuan sungguh menjadikan Nudra kecil dan tidak sekufu dengan Iskandar. Kerana status diri itu juga, Dr. Mardhiah menghalang keras niat Iskandar untuk menjadikan Nudra surinya.

Kebenaran status diri yang dibawa Syameer menjadi pengubat diri Nudra dan Munirah juga sudah mampu untuk menerima Nudra sebagai anaknya. Walaupan pada pandangan Kak Chik, Munirah sungguh seorang yang tidak pernah untuk mempertahankan kebenaran. Dia bagaikan hanya menerima suratan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Walaupun dihalang keras oleh uminya dan tanpa restu, Iskandar tetap mengangkat Nudra sebagai isterinya. Dan selepas itu penderitaan Nudra masih bertali lagi, walaupun pada awal pernikahan mereka kebahagian sentiasa mewangi walaupun mereka tinggal berjauhan, Iskandar ti Kuala Lumpur dan Nudra di Muar. Sehinggalah Iskandar yang kononnya terpaksa menikahi Melissa untuk menyelamatkan akidah sepupunya itu selepas dipaksa uminya.

Pada Kak Chik, ketaatan Iskandar pada uminya bagaikan tanpa taranya sehingga dia sanggup mengabaikan Nudra berbulan-bulan lamanya. Kak Chik sungguh-sungguh sakit hati apabila Iskandar sanggup meninggalkan Nudra di Shah Alam tanpa khabar berita ketika dia ke Jerman selama setahun dan membawa Melissa dengan alasan kerana menjaga hati uminya. Bagaimana ya seorang ibu yang mempunyai latar belakang yang baik dan tinggi ilmunya seperti Dr. Mardhiah sanggup melakukan perkara seperti itu terhadap anak menantunya?

Nudra terus terhimpit antara kasih sayang Iskandar dan perasaan kecil hati selepas berkali-kali ditinggalkan suami tanpa khabar berita. Nasib baik kehadiran tok ayah dan Hannah sedikit sebanyak mampu meredakan perasaannya. Nudra terpaksa reda dalam paksa. Ketika dia berbadan dua dengan suami yang entah ke mana, hampir-hampir membunuh kesetiaannya namun entah...cinta Iskandar yang terlalu tebal atau hati Nudra yang terlalu mulia? Nudra tidak pernah menyimpan dendam walaupun hatinya sudah hancur lumat kerana terluka.

Aduh...banyak sungguh yang mahu diulas tentang Kerana Terluka ni. Pada Kak Chik, kisah dalam cerita ini lebih menonjolkan kepincangan nakhoda sebagai suami: Iskandar yang terlalu mentaati uminya sehingga dia menidakkan hak isterinya sendiri (Bolehkah begitu?...maaf ye Kak Chik masih tertanya-tanya tentang hal ini?)...Dan Prof. Khalidi yang terlalu mengikut segala kehendak isterinya sehingga dia sanggup memujuk Iskandar untuk menduakan Nudra. Dia tidak bertegas dengan Dr. Mardhiah di saat isterinya bagaikan hilang pedoman.

Selain itu, kekuatan watak Sophia yang akhirnya terpaksa menanggung malu kerana perbuatan anak dan cucu kesayangannya. Sudah lumrah alam, yang bersalah akan menerima hukumannya. Nabila dan Syahirah menerima hukuman kerana perbuatan mereka.

Errr...dah terpanjang dah ni..Kerana Terluka..sungguh membuat Kak Chik sentiasa berfikir...apakah hukumnya yang dilakukan Iskandar, menikahi Melissa untuk menyelamatkan akidahnya, lalu dia tidak menjalankan tanggungjawab terhadapa Nudra kerana ketaatan kepada uminya?...Pada yang mempunyai ilmu yang lebih tentang ini, boleh tolong jelaskan tak?

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^_^)

0 comments: