Apr 9, 2011

MQ : Cabaran 50 Buku : (9) Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor

Tajuk buku : Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor
Penulis : Lembaga Zakat Selangor
Penerbit : Lembaga Zakat Selangor
Tahun terbitan : 2010
Halaman : 139
Harga : Bukan Untuk Dijual.



Buku ini memuatkan tujuh (7) pembentangan yang berkisar tentang kepentingan integriti daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Skop perbincangan bukan setakat membincangkan maksud dan definasi integriti, malah integriti dibincangkan dengan lebih luas dan bijaksana.

Tajuk pembentangan adalah seperti berikut :

Pembentangan khas : Fungsi dan Tanggungjawab Pemegang Amanah.
Kertas Kerja 1 : Konsep dan Kepentingan Integriti dalam Amalan Budaya Kerja Cemerlang.

Kertas Kerja 2 : Tadbir Urus Insan (Human Governance)
Kertas Kerja 3 : Pelan Integriti Nasional (PIN) : Integriti dalam Pengurusan Zakat.

Kertas Kerja 4 : Perkaitan antara Akauntabiliti dan Hari Pembalasan.
Kertas Kerja 5 : Aplikasi Amalan Institusi Kewangan dalam Pengurusan Zakat.

Kertas Kerja 6 : Ancaman kepada Kecemerlangan Prestasi Pengurusan Zakat Selangor.

Pembentangan yang dimuatkan dalam buku ini bukan semuanya berbentuk perenggan. Lampiran slide show pembentangan juga disertakan dalam bentuk yang menarik dan mudah difahami oleh pembaca.

Pembentangan berbentuk ilmiah ini banyak diselitkan dengan petikan ayat al-Quran dan hadis sebagai hujahan dan rujukan. Pembentangan ada yang dibuat dalam Bahasa Melayu dan ada yang dibentangkan dalam Bahasa Inggeris.

Buku ini amat sesuai digunakan sebagai panduan oleh penjawat-penjawat awam dalam meningkatkan jati diri dan prestasi kerja. Juga amat sesuai digunakan salah satu bahan rujukan untuk penulisan tesis dan kertas kerja oleh mahasiswa.


sumber: Mariah

0 comments: