Tajuk: Dia & Dia
Penulis: Bunick Firdaus
Penerbit: Jemari Seni (Februari 2011)
584 Mukasurat
Harga: RM21(SM)/ RM24 (SS)
Akhirnya selepas beberapa hari, akhirnya saya berjaya menghabiskan bacaan novel Dia & Dia. Mungkin inilah antara novel yang mengambil masa yang agak lama untuk saya habiskan. Tidak cukup menarikkah novel ini? Sudah tentu novel ini menarik, Cuma mungkin hanya saya yang bermasalah untuk menyelami dan turut merasai apa yang watak-watak dalam novel ini rasa. Saya gagal untuk bersama berkongsi rasa dengan Arissa. Saya juga gagal untuk memahami setiap tindakan yang Arissa buat. Sehinggakan saya dengan sewenang-wenangnya menghakimi setiap perlakuan Arissa dan Fazril. Tetapi apa yang peliknya, masih ada rasa simpati terhadap Irfan dalam pada saya turut sakit hati dengan kegoyahan hati seorang suami.
Memanglah Fazril adalah cinta pertama Arissa. Dia juga lelaki pertama yang melamarnya. Namun sebaik saja dia mengambil keputusan untuk menikahi Zhaliya maka saya anggap Arissa sudah belajar untuk melupakan Fazril. Lagipun kalau dikira, mereka benar-benar bercinta tidak sampai 3 bulan kerana sebelum itu mereka hanyalah sekadar teman walau Fazril sudah lama menyimpan perasaan terhadap Arissa.
Namun saya agak kecewa kerana walaupun bibir mengucapkan sayang kepada Irfan, namun jauh di lubuk hatinya Arissa sebenarnya masih ada nama Fazril. Jadi bagi saya, sebagai suami Irfan wajar dapat merasai adanya nama lain di hati isterinya. Wajar juga dia berasa jauh hati kerana dia tetap ada egonya sendiri. Wajar juga dia berasa gagal sebagai seorang suami apabila dia merasakan isterinya tidak bahagia disampingnya. Sehinggakan dia bertindak untuk mengalah dengan melepaskan Arissa walaupun Arissa adalah cinta pertama baginya.
Jadi, kesimpulannya kali ini saya tidak dapat harus berpihak kepada siapa. Pertama kerana saya gagal untuk menyelami apa yang setiap watak itu rasai. Kedua saya menganggap ketiga-tiga watak melakukan kesilapan dalam perhubungan mereka. Jadi pada kali ini saya sangat neutral dengan tidak berpihak kepada mana-mana watak.
Maaf andai ada yang tidak suka dengan apa yang saya luahkan. Rasa dan pandangan kita berbeza. Selamat membaca agar anda dapat merasai apa yang Arissa, Fazril atau Irfan rasa.
sumber : Anita Sang
Apr 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment