Rindu di Awan Biru
Meen Zulaikha
ISBN: 9789831246252
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2011
Halaman: ~ 518
Harga: RM19.90
~ Rasaku… ~
RDAB ada kisah poligami. Memang aku tak suka cerita begini tetapi mujurlah penulisnya memotretkan kisah ini dengan baik. Indah kah menjadi isteri kedua? Benarkah hanya isteri pertama yang selalunya didera fizikal dan mentalnya? Siapa pula yang sebenarnya paling banyak berkorban perasaan?
Hanan belajar daripada pengalamannya yang lalu. Melihat ibunya yang dimadukan menyebabkan Hanan rasa takut untuk jatuh cinta. Dia jadi dingin dengan semua lelaki kerana padanya lelaki itu hanya akan melukakan. Tetapi tabik juga dengan Hanan sebab walaupun dia tahu tentang kebenaran ayahnya tak pernah pula dia bersikap kurang ajar dengan orang tuanya sendiri.
Dalam pada itu, tugasnya membawa dia berkenalan dengan Akmal. Jejaka yang dalam diam dapat menggetarkan nalurinya. Puas sudah membina benteng, tetapi akhirnya Hanan jatuh cinta juga dengan Akmal. Berwalikan Adi; adik Hanan, mereka berdua dinikahkan di Masjid Biru.
Episod cinta Hanan-Akmal selepas itu memang nampak romantis habis. Mungkin tak pernah bercinta, jadi Hanan benar-benar bagaikan di awangan. Sayangnya, cinta Akmal padanya dibelah dua. Sakitnya hati bila ditipu. Lukanya jiwa kerana dipermain-mainkan. Hanan pasrah bila mengetahui statusnya sebagai isteri kedua. Walaupun sering kali menjeruk rasa, namun dia tetap tegar menjadi sang isteri yang setia. Benarkah kerana cinta, kita rela disakitkan berulang-kali?
Pada mulanya aku memang senang dengan watak Akmal tetapi bila sudah sampai ke konfliknya, aku jadi geram. Bukan rasa nak ketuk-ketuk kepala ke apa ke, tapi memang rasa nak fire terus hahaha Sebagai lelaki yang berkahwin dua, Akmal gagal menyempurnakan tanggungjawabnya dengan adil. Bertambah geram dengan Akmal yang tidak mampu mengawal emosinya dan sewenang-wenangnya menjatuhkan talak tiga pada Hanan! Sikap Akmal yang terlalu cepat menghukum itu memang buat aku bengang.
Hanan yang terluka menggagahkan diri untuk terus hidup. Kasihan Hanan kerana ditinggalkan suami dan kehilangan ibunya dalam masa yang sama. Kemunculan Ridz bagaikan membawa sinar baru. Tetapi sayang, hatinya terluka lagi. Apa sebabnya? Kenalah baca ya :P
Seperti kulit bukunya memang kita asyik dibawa ‘terbang’ je :D Seronok sebenarnya kalau baca kisah begini, lagipun mengenangkan watak heronya yang menjadi kapten kapal terbang. Terus teringat cerita Adam & Hawa. Maaf bukan nak membandingkan tetapi memang Kapten Adam; adalah juruterbang pertama yang lekat di hati :))
Jangan cari keserasian, tapi wujudkan keserasian, jangan cari apa yang kurang, tapi hargailah yang lebih dan jangan banyak mengajar tapi kenalah banyak belajar [page 492]
Ps: Ada berborak dengan Kak Meen, katanya KYS akan ada kesinambungannya. Tunggu ya kemunculannya, mungkin di KLIBF nanti :D
Happy reading (^-<)
Apr 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment