Penulis: Syud
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Price: RM21.00
Page: 544
Blurb:
Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi
Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.
Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan.
Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?
Menurut Dhiya, Azril tu:
Tipikal groupmate: tak datang diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!
Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini.
Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.
Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!
Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?
Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah...jika itu yang terbaik!
Syud ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang...Dhiya.
Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.
Review:
Karya pertama dari Syud ini memang mampu menarik minat Kak Chik... mengingatkan zaman suka duka di tanah kampus untuk menuntut ilmu...
Dhiya @ Lisa...tak suka orang memanggilnya dengan nama pertama kerana nama itu mengingatkan dia pada org yang dikagumi Faiz...Lisa anak yatim piatu yang menumpang kasih pada keluarga Ayah Ngah Zahim...perjalanan yang sungguh berliku bagi anak tunggal ini...namun dia cuba bertabah hati... kelemahan Lisa ialah dia tak berkongsi rasa hati dengan sesiapa kecuali mereka yang dirapat atau yang dia suka seperti Faiz...namun akhirnya dia terluka juga apabila Faiz menganggapnya sebagai 'masalah'.
Pertemuan dengan Azril ketika kelas elektif EOP, Lisa sudah menetapkan kata hati 'first impression'nya pada Azril memang teruk dan tidak akan berubah. Bagi Lisa, Azril itu tidak bertanggungjawab terhadap tugasan berkumpulan, bena tak bena...jadi penilaian itu dijadikan kayu pengukur pada tugasan terakhir bagi kertas tersebut...dan peristiwa itu juga yang mengubah hati Lisa...
Azril...anak lelaki yang mengalami kepayahan emosi selepas perceraian papa dan mama kerana dia anak yang paling rapat dengan papa. Bagi Azril apa yang dimarahkan sgt oleh Lisa hingga gadis itu tidak pernah bermanis muka dengannya. Jangankan tersenyum manis, bercakap pun tidak pernah lembut dengannya. Namun bagi Azril, senyum itu sedekah.heheheh... Dia tersenyum hanya untuk membuatkan orang lain juga gembira.
Kata-kata terakhir Lisa sebelum mereka terpisah dek rasa bersalah yang terungkap merubah dia menjadi yang lebih baik. Kata-kata yang membuka hati Azril untuk bertemu papa selepas 3 tahun tidak pernah bertemu dan bertanya khabar...
Selepas 3 tahun terpisah...pertemuan yang tidak dijangka di rumah Puan Hajah mengubah segalanya...
Sungguh berkesan cara pengolahan dari Syud walaupun pada pertengahan cerita sudah dapat mengagak pengakhiran cerita Azril-Lisa....
Watak-watak seperti Ezwan dan Faiz tidak cukup kuat utk menggugat kukuhnya watak Azril di hati Lisa...pengakhiran yang sungguh manis....
Buat Kak Chik jatuh hati lagi....
LiFe iS a LoNg JouRNeY
~Kak Chik ~
Feb 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment