Feb 25, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (4) Kau Curi Hatiku

Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Harga: RM20.00 / RM23.00
M/S: 518
Cetakan 1 - Jan 2011

"Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya."

Blurb:

Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata orang, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dengan Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dengan Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu, akhirnya.

********

Kata orang hati perempuan itu sukar ditafsirkan. Jadi biarlah IMAN XARA membuka rahsia itu untuk anda fahami, dengan membaca Kau Curi Hatiku.


REVIEW:

Sangat suka karya terbaru dari Iman Xara nie kerana rasanya sangat relevan dengan kehidupan realiti kita. Tidak ada watak2 yang terlampau2 yang biasanya menjadi hero @ heroin dalam KCH. Dan dengan cover yang sungguh cantik dengan sakura yang merimbun makin teruja untuk mengetahui pengakhiran kisah Arissa-Zamil walaupaun pada permulaan cerita rasanya sedikit perlahan dengan plot2 yang sedikit mendatar.

Arissa anak bongsu yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai pegawai kewangan syarikat dan Zamil pula bertugas di bahagian pemasaran dalam syarikat yang sama. Entah apa la yang menjadi isu sehingga mereka tidak boleh bertemu muka. Mesti ada sahaja yang tidak memuaskan hati mereka.

Namun dalam kebencian, tertunas perasaan suka Zamil terhadap Arissa selepas Ain terang2 tidak pernah menyukai Zamil lebih dr seorang sahabat. Tapi heran juga ya bagaimana Zamil tetiba pulak macam berubah arah kepada Arissa. Zamil makin berjaya mendekati Arissa dengan bantuan teman baik Arissa, Zulfa.

Dalam pada itu, Arissa makin rasa kehilangan selepas bekas kekasihnya, Firdaus berkahwin dengan Nurin. Jadi perasaan kehilangan dan kesepian itu menjadikan Arissa resah.

Nak jadi cerita pulak, Arissa dimasukkan ke wad kerana demam denggi. Masa ni la Zamil bukan main romantik lagi dengan bunga ros bagai masa melawat Arissa. Arissa lak macam dah tersuka dengan Zamil bila Zamil hari2 dok melawat dia.

Dan...dengan perjanjian bagai antara mereka...bersatu juga akhirnya...walaupun pada hati kecil ma Arissa tu macam terselit perasaan kurang enak terhadap Zamil...

Namun...dalam Arissa bahagia menjadi ibu...Zamil mula membuat olah...aduh..boleh jadi meroyan kalau tak kuat semangat nie. Sampainya hati Zamil mencari hempedu di luar dari menghirup manisnya madu yang halal. Pelbagai usaha dilakukan oleh teman-teman untuk menyelamatkan rumahtangga mereka. Walaupun mereka mampu bertahan sehingga lahirnya Safya Hani...akhirnya?????

Aduh sungguh Iman sudah menyebab air mata tidak pernah berhenti untuk sama2 merasai penderitaan Arissa selama menjadi isteri Zamil selepas kelahiran Alif Rayyan. Tega Zamil menduakan Arissa selepas dia bersusah payah untuk merebut hati Arissa dulu. Iyalah, wanita walau seteruk mana suami melukai hatinya tetap juga mahu bertahan demi kebahagian anak2 tetapi kalau Allah SWT sudah menetapkan itu, maka itulah yang terjadi...

Untuk pengakhiran kisah yang sungguh relevan dengan kehidupan kita ini...sila-silalah mendapatkan KCH...memang berbaloi...

Thumbs up untuk Iman...aduh memerah aja mata putih sepanjang menyusuri liku2 perjalanan hidup Arissa...

P/S: Allah mengambil apa yang kita suka hari ini, mungkin untuk perkara yang lebih kita suka untuk hari kemudian...


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-

2 comments:

iman_xara said...

terima kasih kak chik atas ulasan ini. :)

aimie_afifah said...

iman...
sama-sama...terima kasih kerana singgah baca resensi ni..:)