Feb 14, 2011

MiszA : Cabaran 50 Novel (4) : Lafazkan Kalimah Cintamu

Tajuk : Lafazkan Kalimah Cintamu

Penulis : Siti Rosmizah

Yehaaa...selepas 2 buku beliau aku grab awal J akhirnya buku ketiga juga aku dapat grab...actually masa orang lain sibuk bershopping raya tahun lepas, sempat gak aku rembat, ingat time tue plan nak jumpa ngan my cousin, Ili and Hanum plan berbuka dan menuju ke rumah teman rapat untuk mengambil kuih raya dan seterusnya pulang ke rumah. Masa memula membaca buku ini, apa yang terfikir dalam kepala..oh ok! Mungkin kahwin kontrak lagi...ok fine tak per lah...mungkin gaya penceritaannya berbeza.

Setelah hamper 3 kali mebaca, dan baru-baru ini (semalam) habis membaca terus terfikir kali ini berbeza sikit. Watak Tengku Aqilah, yang dahagakan kasih seorang ayah membuatkan aku hiba sikit (hiba..cet ayat baru untuk aku) kasihan akan dirinya yang selalu disisih atas perkara yang telah ditentukan di atas sana. Apalah dosa yang di buatnya, semua kesalahan terpaksa di pikul dan di galas sejak kecil lagi. Bagi aku ianya tidak adil langsung. Mempunyai ayah seperti Tengku Hisham membuatkan aku rasa macam mahu menumbuk mukanya dan sepak sahaja. Ini bukan salah Aqilah, inikan ketentuan Ilahi untuk menguji sejauh mana kita mampu menghadapi ujiannya. Tapi, Tengku Hisham lemah!

Tengku Natasha sengaja membakar api kemarahan yang membara di antara Tengku Hisham dan Aqilah. Cemburu yang tidak bertempat. Bagi aku Natasha sengaja membangkitkan bibit kemarahan. Dasar anak manja, semua perilaku keburukan di pejam mata sahaja. Kesalahan yang dibuat, tapi adik yang menjadi mangsa.

Nasib ada jejaka kacak yang di ceritakan, Tengku Ryan Ameer, yang merupakan kekasih Natasha (kekasih ker? :p). Sejak Aqilah pulang dari luar Negara, setelah Berjaya menggulung ijazah, beliau bekerja di syarikat ayahnya. Di bawah pemerhatian Ryan. Huh? Bakal menantu dan abang ipar yang agak sombong bagi aku. Kesombongan ini lah yang menjerat kasih antara aqilah dan Ryan.

Sejak aqilah pulang dari luar Negara, pelbagai cara beliau buat untuk mengelak dari membuat pertembungan dua mata dengan ahli keluarganya. Gayanya yang bersahaja, dan sentiasa bersolek tebal membuatkan aku ketawa tidak henti-henti. Teringat kes di padang golf. Hehehe...rambut kerinting besar macam sarang tebuan terbang! Huh! Hehehe..

Tapi jika aqilah tidak bersolek, ada seseorang yang memerhati dari jauh, ooohh.. tahupun kasih. Tapi kenapa tidak mahu mengucapkannya? Mungkin inilah yang aqilah harapkan dari dulu, adakah sinar kebahagian buat dirinya. Setelah disisih hamper bertahun lamanya, mampukah beliau menagih kasih?

Sumber : Miszagent

0 comments: