Penulis: Hani Fazuha
Publisher: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM19.19 / RM22.90
M/S: 502
"Kehadiranmu mula kurasa menjelma di taman hatiku yang sunyi"
Blurb:
Dya dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.
Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.
Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!
Sebenarnya, Zarif mahu mengubat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.
Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?
Review:
Karya kedua Hani Fazuha masih mengekalkan tema kahwin paksa seperti novel pertama MB.
Dya bagaikan anak yatim piatu walaupun dia masih mempunyai ayah ibu, kakak dan abang. Namun kerana enggannya Dya menurut segala perintah ayah dia menjadi anak terbuang dan ayahnya juga seperti tidak pernah mengiktiraf dia sebagai anak sendiri.
Dya sentiasa tertanya-tanya sendiri, kenapa dia dilayan seperti anak tiri? Kenapa yang buruk itu semuanya dia? Kenapa ayah terlalu membencinya?
Peristiwa dinodai sejak kecil juga menjadikan dia seorang yang pendendam. Namun status diri pada keluarga membuatkan Dya takut untuk membongkar rahsia itu. Abang Ari terus menjadikan Dya tempat memuaskan nafsu walaupun Dya sudah bergelar isteri.
Kerana tersilap sedikit langkah, keluar lunch bersama Syamir telah menjadi isu apabila dia terserempak dengan Helmi, abang iparnya bersama perempuan lain. Lalu Dya dituduh sebagai perosak rumah tangga orang, sedangkan dia tidak tahu yang Syamir masih lagi 'suami orang'. Dan Dya telah dikurung di rumah kerana peristiwa itu.
Ayahnya telah membuat keputusan untuk menikahkan Dya dengan anak rakan niaganya setelah peristiwa itu. Dya terpaksa menerima setelah dipujuk ibu dan tidak mahu ibu menangis lagi kerananya.
Setelah mengetahui yang tunangnya itu, Zarif iaitu orang yang paling dia benci. Dya mengambil keputusan utk memutuskan pertunangan tersebut dan melarikan diri ke Australia. Namun peristiwa ibu jatuh tangga sekali lagi menjadi penyebab mengapa Dya terpaksa menerima Zarif walaupun lelaki itu amat dibencinya.
Kegilaan Abang Ari makin menyulitkan keadaan dan segala kebaikan Zarif juga membuatkan Dya makin tertekan. Zarif terlalu baik terhadapnya namun Dya menjadi takut apabila Zarif menuntut haknya sebagai suami.
Apabila Dya disahkan hamil tapi bukan anaknya, Zarif memang marah gila dan dia suspect Syamir ayah kepada anak yg dikandung Dya. Opppsss.....tp last2 macam senang la pulak dia terima Dya selepas tahu tentang hal yang sebenar tu....
Cara pengolahan plot dalam novel ini sungguh menarik walaupun macam ada sedikit yang mengganggu kerana terlalu banyak peristiwa kecelakaan yang melibatkan kemalangan jalan raya.
Penamat cerita juga menjadikan kita tertanya apa yang terjadi kepada watak2 lain dalam novel ini seperti Kak Reen, ayah Dya....pengolahan yang sedikit kurang terhadap peristiwa pembunuhan Abang Ari, apa yang terjadi kepada ayah Dya selepas anak lelaki kesayangan dibunuh dengan kejam sekali....
Namun ada kemajuan yang banyak dari Hani bagi karya yang kedua nie...
P/S: Kredit to Hani utk signature dan kata2 cinta di dlm buku ini untuk Kak Chik...hehehh...cam sudah terjatuh hati dgn karektor Dr Zarif yang cukup tenang dan sangat baik...tetapi masih wujudkah lelaki sebaiknya di muka bumi ini????????
LiFe iS a LoNG JouRNeY
~Kak Chik~
Feb 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment