TIGA LOKASI ‘RASA’ DAN NADA DALAM WARNA
Membaca WARNA gabungan tiga cerita; 1. Bukan Dipaksa- Nazurah Aishah
2. Hikari Ainori – Rnysa dan 3. Karamel – Nasz, membawa saya menggembara ke tiga ‘alam’ yang punyai ruang rasa yang seakan sama. Ruang rasa kisah cinta tiga wanita muda lepasan universiti yang saya kira masih baru di alam pekerjaan.
1. Bukan Dipaksa – Nazurah Aishah.
Bermula dengan Bukan Dipaksa –Nazurah Aishah, saya ke ruang Kampung Melayu di timur tanahair, saya rasa. Cerita Ayu berlatarkan suasana harmoni kampung yang permai. Sebuah masyarakat yang aman. Bukan Dipaksa membawa saya ‘mengenal’ patah hati dan runtuh istana kasih yang dibina Nardine Zahiyyah atau Ayu pada dan dengan Affan Hakeem. Bagaimana hati degil dan keras Ayu akhirnya berjaya dipujuk Affan ketika dia berada dalam keadaan tersepit dan terdesak. Hatinya patah sebenarnya sudah lama pulih namun kerana akur dengan keadaan Ayu terpaksa mengalah pada kehendak hati. Bukan Dipaksa mengangkat isu cinta terhalang. Cerita tentang rahsia ‘hitam’ Ayu juga tentang semangat seorang wanita kental dalam menghadapi dugaan hidup.
2. Hikari Ainori – Rnysa
Hikari Ainori, seperti pemilihan bahasa tajuk yang dipilih ia membawa saya ke negara Jepun. Mengenal suasana kehidupan dan cara hidup anak-anak muda kita di sana, sehubungan itu memberi gambaran tentang suasana moden negara itu. Kisah Hazel, seorang arkitek muda yang sudah bertunang dan juga seorang anak yang taat pada pesanan ibu bapa. Juga melalui Hazel kita dibawa menyelami hati seorang perempuan yang kosong. Menghitung hari-hari yang bakal disatukan dengan tunang- Rafique. Mempertikaikan tentang hati dia yang masih degil untuk ‘lembut’ dengan usaha pujuk rayu Rafique.
3. Karamel – Nasz
Kalau aura rasa dalam Bukan Dipaksa adalah patah hati, Hikori Ainori aura rasa hati yang kosong, Karamel mengangkat aura rasa hati yang marah. Nada marah ini bergaung dari bab kedua awal cerita hinggalah ke detik-detik pengakhiran – bab tiga belas.
Mengenal hati Nory Ana atau aku yang sentiasa saja dalam suasana marah-marah pada bos dia menjadikan cerita Ana ini senada saja. Nada ini bersambungan hingga ke rumah Ana; marah dia pada adiknya Angah. Cerita Ana, cerita orang bawahan yang sentiasa dibuli ketua kerana tersalah anggap. Ia mengingatkan saya pada watak Lia dalam Sweet & Sour. Seperti sama saja orangnya kerana perwatakan yang diangkat seakan-akan serupa dan nada hati mereka juga seakan sama.
Cerita Nory Ana, seorang perempuan yang mempunyai ciri- ciri ‘maskulin’ pada pendapat saya mengangkat imej Nory Ana sebagai lasak. Pencirian ini berbeza dengan imej yang diangkat dalam Ayu dan Hazel. Namun begitu sifat-sifat wanita timur dan Islam dalam Nory Ana tetap dijaga oleh penulis.
Sumber : Ayu Abu Bakar

0 comments:
Post a Comment