Tajuk : Qantan Biru Langit
Penulis : Muliati Abdul
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Sinopsis belakang buku :
Qantan Biru Langit? Dia itu siapa? Anak orang kayakah? Atau anak raja?Oh! Qantan Biru Langit bukan orang ternama. Bukan juga anak orang kaya. Jauh sekali anak raja. Dia Cuma seorang gadis biasa. Namun yang menjadi kemusykilan, kenapa 3 orang jejaka boleh diserang penyakit angau setelah bertemu dengannya? Apa istimewanya Qantan Biru Langit di mata mereka?
Razif Khuzaini – Seorang pilot ‘cabuk’. Bekas rakan sekelas Qantan Biru Langit dan nyaris menjadi suami Qantan Biru Langit gara-gara wasiat keluarga. Namun di saat akhir Razif memilih gadis lain untuk menjadi isterinya. Setelah isterinya dijemput Ilahi, hadir perasaan aneh di dalam hatinya setelah bertemu dengan Qantan semula. Kata Razif : Saya akan menjadi lelaki paling bahagia andai kata diberi peluang kedua. InsyaAllah, saya tak akan sia-siakan seperti dulu.
Rafael Vivarte – Businessman kacukan Melayu-Perancis. Pertama kali bersua Qantan Biru Langit hatinya sudah menyanyikan lagu cinta. Dia bertuah kerana memiliki Karin sebagai ‘kabel jodoh’. Namun dia juga bernasib malang kerana tinggal jauh di Kota Perancis. Kata Rafael : Abang tak pernah jatuh cinta selama ni, Karin. Jadi abang tak tahu apa rasanya bila hati dipenuhi rasa cinta. Tapi aang boleh mengaku hati abang sudah dibawa lari oleh seorang perempuan bernama Qantan Biru Langit.
Khalid Zhafran – Pemain tenis bertaraf dunia. Hati beku, pendiam dan agak sombong. Pernah menjadi musuh kepada Razif Khusaini sewaktu berada di bangku sekolah. Amat terkenal dengan jolokan ‘kera sumbang’. Namun Qantan berjaya mengubah persepsinya terhadap erti sebuah persahabatan. Kata Khalid : Qantan Biru Langit satu dalam sejuta. Dia lain daripada perempuan di luar sana. Dia adalah teman terbaikku. Jadi salahkah apabila aku ingin mengubah frasa teman terbaik kepada kekasih terbaik?
__________________________________
Sepanjang membaca cerita ini, saya asyik terfikir; ‘secantik manakah Qantan Biru Langit ini?’ Ya lah, ketiga-tiga orang jejaka yang ingin merebut cintanya semuanya berdarah kacukan! Razif Khusaini kacukan Melayu-Jepun, Rafael Vivarte kacukan Melayu-Perancis, dan Khalid Zhafran pula kacukan Melayu-Swedish. Oh, beruntungnya si gadis bernama Qantan ini, dikelilingi cowok-cowok ganteng saja, aww! Hehehe…
Qantan Biru Langit adalah satu nama yang sangat pelik bagi saya, dan saya tidak pasti wujudkah orang yang bernama begini? Namanya begitu kerana ibunya suka bunga kantan, dan langit sewaktu kelahirannya sangat biru, itu sahaja sebab namanya begitu. Apabila usianya menginjak 24 tahun, keluarganya mula risau tentang jodohnya, dan kepada ahli keluarganya Qantan memberitahu: dia ingin mencari lelaki terbaik Malaysia untuk menjadi calon suaminya!
Dia bertemu semula dengan Razif, teman sewaktu di sekolah rendah dahulu yang telah kematian isteri dan punya seorang anak lelaki, Hafeez. Dia juga dipertemukan dengan Rafael, abang kesayangan teman baiknya merangkap teman serumahnya juga. Dan dia juga bertemu semula dengan Khalid, juga rakan sekelas ketika darjah enam, yang kini telah berjaya sebagai pemain tenis bertaraf dunia. Ketiga-tiganya ada kaitan antara satu sama lain, dan saling mencemburui satu sama lain dalam memenagi hati Qantan, TETAPI….ya…tetapi si Qantan ni kenapa la naïf sangat, langsung tak dapat mengesan rasa hati mereka, terutamanya Rafael, kesian kat Rafael…
Apabila tinggal ¼ lagi nak habis, saya mula tertanya-tanya, kesudahannya nanti Qantan akan pilih siapa? Padahal saya boleh je terus belek di muka-muka terakhir untuk mengetahui kesudahannya, namun saya tetap sabarkan hati dan teruskan membaca tanpa skip atau tengok belakang. Dan akhirnya, SURPRISE!!!
Hehehe…saya tak nak bocorkan di sini endingnya, nanti tak thrill orang lain nak baca. Apapun, pilihan Qantan bagi saya tepat…dan barulah saya terfikir, antara ketiga-tiga jejaka kacukan tersebut si dialah yang paling banyak diceritakan dalam buku ini, jadi kenapa saya tak boleh agak yang ‘dia’ lah ‘lelaki terbaik Malaysia’ untuk Qantan itu? J
Tapi,kan..ada satu lagi kemusykilan saya yang tidak terjawab dalam buku ini : Hubungkait antara Razif-Rafael dan Rafael-Khalid. Semasa perlawanan terbuka di Malaysia, Razif terasa seperti dia pernah menemui Rafael sebelum itu, tapi sampai ke akhir cerita tidak ada pun penjelasan untuk hal tersebut. Begitu juga ‘pertarungan’ antara Khalid dan Rafael, tidak dinyatakan mengapakah mereka berdua seolah-olah berdendam antara satu sama lain.
Sumber : Arirada
Sumber : Arirada
0 comments:
Post a Comment