Feb 26, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (5) Kaca Jendela Ainnur

Penulis: Diya Nordin
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Harga: RM18.00 / RM21.00
M/S: 414
Cetakan 1- Jan 2011

Blurb:

"Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik."

Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mam. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.

Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.

Kata Zhafran, " Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga pada Uncle Luqman. Salah ke mereka sehingga turut terhukum?"

Apa yang Zhafran tahu?

Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?

Kaca Jendela Ainnur

DIYA NORDIN memeta watk Ainnur Shahirah dengan baik sekali. Kaca Jendela Ainnur membaca anda memahami hati seorang perempuan yang tabah. Benarkah hati perempuan itu hening bak kaca?


REVIEW:

Ingatkan ini karya pertama Diya Nordin tp dia kata yang kedua...yang pertama apa ya?

Diya mengolah cerita yang sedikit berbeza daripada novel-novel yang ada di pasaran masa kini kerana sangat jarang penulis muda mahu memeta kisah yang berkisar kekeluargaan walaupun dlm KJA ini tetap ada sedikit berkisar kisah biasa yang selalu kita baca seperti jodoh dari pilihan orang tua.

Ainnur anak sulung kepada Syuhairah yang tidak pernah disayangi oleh mamanya sendiri. Dia jadi tertanya-tanya, kenapa mama begitu tega menidakkan haknya sebagai anak? Kenapa mama begitu membenci Ainnur?

Namun semua itu Ainnur telan selama bertahun-tahun...Ainnur sanggup mengambil jurusan undang-undang demi mama. Ainnur sentiasa mahu cemerlang demi mahu membanggakan mama. Namun semua itu belum mampu mengubah sikap mama terhadapnya.

Dan ketika Ainnur di UUM, kedatangan yang bernama Ili Fatin itu makin membawa berita yang makin menambahkan luka di hati Ainnur walaupun umi sangat baik terhadapnya. Ainnur kira ayahnya sudah tiada selama ini kerana selama 19 thn hanya Papa Uncle yang menjalankan tugas sebagai bapanya walaupun sekadar bapa tiri. Rupanya ayah, Amir Iskandar itu dekat sahaja dengan Ainnur. Tetapi ayah juga seperti mama, tidak pernah mahu menerima kehadiran Ainnur di dunia.

Lalu kerana peristiwa-peristiwa yang melukakan dan kerana Ainnur terlalu letih menagih kasih dari ibu bapa sendiri, Ainnur nekad membawa diri selepas mama sedar dari koma. Kerana itu janji Ainnur dan kerana itu yang mama mahukan selama ini.

Namun sejauh mana Ainnur pergi, tetap ada juga yang menemui...nak tahu kisah Ainnur selanjutnya...hehehehe...sila la beli KJA ya...kerana memang berbaloi untuk kisah yang sungguh berkesan di hati.

Diya Nordin mampu membuatkan Kak Chik bagaikan hanyut bersama liku-liku yang dilalui Ainnur...memang meleleh baca kisah Ainnur nie...sangat berharap Kak Chik tetap dan akan sentisa menjadi ibu yang tidak pernah terleka untuk memberi kasih sayang pada anak.

Tapi kan...kenapa ya nama-nama anak perempuan dalam kisah ni macam nak sama aje...Ainnur Shahirah...Ain Suhana...Ainnun Qasidah...macam janji-janji pula Syuhairah dan Amir Iskandar tu...

Yang sedikit kecewa tak dijelaskan pula kenapa ibu bapa Ainnur tu berpisah walaupun kita tahu Tok Mama dan Tok Baba dah ada calon menantu. Tapi kenapa ya mereka berpisah?...

Sangat suka karektor Zhafran Huwaidi yang cukup memahami dan tegas dalam diam....


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-

0 comments: