Penulis: Hani Fazuha
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Price: RM18.00 / RM21.00
M/S: 451
Cetakan 1 - 2011
"Kenapa masih ada rindu di saat hati ingin melupakan?"
Blurb:
Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata?
Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.
Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.
Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dai terhenyak duduk tidak berdaya.
Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai suami?
Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka.
Review:
Mula baca tentang Fea-Fir ni dari blog Hani. Jenuh juga la menunggu Hani masukkan entry terbaru...heheh..kredit untuk DLa yang perkenalkan Kak Chik pada rumah Hani tu...sayang DLa...dan hampir sebulan juga selepas Hani tempek cover HSC kat blog dia...baru Kak Chik dapat novel nie...exclusive terus dari Hani...:) ...Terima kasih Hani....
Percintaan antara dua darjat Fea-Arman tidak kesampaian kerana ditentang oleh mak Arman. Lalu Fea dan ibu yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Arman di halau keluar.
Bertahun Fea memendam rasa kerana kekecewaan itu. Namun tidak pernah sekali pun terlintas di hatinya mahu mencari pengganti Arman kerana Arman tetap utuh di hatinya.
Perkenalan dgn Zura sejak di universiti menjadi sebab Fea rapat dengan keluarga Zura. Dalam diam sepupu Zura, Ikmal meminati Fea dan melamar Fea sebagai surinya sedangkan ketika itu dia sudah mempunyai kekasih hati. Hampir saje Fea menerima lamaran tersebut...tapi nasib baik juga dia tak terima kerana Ikmal bukan cinta kat Fea pun sebenarnya...
Dan pertemuan kembali Fea-Arman di pejabat keluarga Zura, makin melukakan hati Fea. Rupanya Arman sudah mempunyai penggantinya iaitu sahabat baiknya sendiri. Namun Arman pula masih mencuba utk meneruskan perhubungan mereka yang tidak pernah ada kata putus. Namun selepas penolakan kali kedua mak Arman, menyebabkan Fea nekad tidak akan menerima Arman lagi. Namun keadaan yang terdesak kerana satu ofis telah menjadi penghalang.
Lalu muncullah Zhafir yang mengajak Fea berkahwin untuk memastikan Arman tetap milik Zura. Namun perkahwinan tersebut tidak seperti yang dipinta. Masih ada derita yang terpaksa ditempuhi.
Mengapa Zhafir tega jatuh miskin demi dia...Siapa Jessica di hati Zhafir... semuanya menjadikan Fea makin tertekan...
Sungguh seronok baca novel ketiga Hani ni tapi macam tak puas kerana Kak Chik jangkakan ceritanya panjang..Belek-belek punya belek dah sampai last page...huhuhuhu...Plot cerita seperti sedikit berkurangan berbanding dengan BK dan HSC seperti kurang sedikit skop-skop suspent...
Tapi apa pengakhiran bagi kisah Arman-Zura yea????
P/S: Hani..tahniah...menanti kehadiran Zhafran....:) & TQ for signature & lovely bookmark...
LiFe iS a LoNG JouRNeY
~Kak Chik~
Feb 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment