Tajuk : Kerana Cinta Harus Memilih
Penulis : Burhan Sodiq
Penerbit : Gazza Media (Indonesia)
Kemilau Publika (Malaysia)
Muka surat : 111
Sinopsis belakang buku:
Ini bukan judul sinetron, bukan pula opera sabun. Tapi judul buku ini akan memgingatkan kamu pada hal-hal yang biasa anda alami. Bagaimana memilih di antara 2 pilihan, menjadikannya kekasih atau hanya teman. Tentu saja akan ada perasaan bimbang, ragu campur perih. Lengkap dengan air mata yang bergenang di kelopak mata, tetapi pilihan ini harus dipilih. Pilihan ini juga sebagai sebuah neraca iman di dada kamu. Agar kamu semakin tunduk, semakin cinta hanya kepada Dia, Allah S.W.T. Jadikan cinta yang menyucikan jiwa, bukan hiasan dunia penabur dosa. Cinta remaja yang indah dan penuh pahala.
Buku ini setidaknya menjadi teman mencipta haluan. Berkata semahunya dan memberi makna sebaik-baiknya. Mendialog apa yang kamu rasakan dan member kesesuaian atas pilihan yang kamu tentukan. Kerana masa remaja kamu akan tersia-sia, manakala kamu tidak boleh memandunya. Jangan sampai kerana asyik dengan cinta yang salah, hidup kamu menjadi tidak indah.
***
Saya mendapat judul buku ini melalui forum di Halaqah.net dalam satu topik yang membincangkan tentang novel yang bagus dan baik untuk bacaan. Salah seorang ahli forum telah menyebut judul buku ini dan ia amat menarik perhatian saya. Semasa berkunjung ke Kota Kinabalu pada bulan Ogos tahun lalu, saya terjumpa buku ini di Kedai Buku Popular di Centre Point, tanpa fikir panjang terus saya ambil dan bayar.
Semasa dalam penerbangan dari KK ke Tawau, saya buka pembalutnya dan ingin memulakan pembacaan. Tetapi saya sangat terkejut (dan kecewa juga) apabila mendapati ia bukanlah sebuah novel, tetapi sebuah buku motivasi! Belum pun sempat baca satu muka, saya terus tutup dan simpan, dan memilih untuk zzzzzz……
Sampailah 2 minggu lepas, saya check mana2 buku saya yang belum dibalut, saya terjumpa semula buku ini. Dalam hati saya terdetik, “ok, kali ni saya nak baca buku ni, SAMPAI HABIS!” Saya balut buku ini dan kemudiannya bawa ke katil, saya akan cuba baca setiap kali sebelum tidur, sampai habis.
Alhamdulillah, akhirnya selepas 3 malam saya berjaya juga habiskan buku ini (padahal bukan tebal pun, huhu…) dan saya sangat kagum dengan cara penyampaian penulis ini, ringkas tetapi menyentuh hati kesan penggunaan kata yang halus dan puitis.
Buku ini disasarkan untuk remaja, berkenaan keutamaan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan menolak ke tepi dahulu soal berkasih-kasihan. Melalui buku ini juga penulis seolah memberi penegasan kepada para remaja, bahawa kita hanya punya satu cinta iaitu cinta yang mendekatkan diri kepada Tuhan. Beliau juga memberi panduan bagaimana untuk mengawal perasaan dan perhubungan apabila hati disinggahi rasa cinta, dan bersabar untuk menikmati rasa cinta pada waktu yang sesuai, suatu hari nanti.
Antara petikan kata-kata yang amat saya gemari dalam buku ini :
Ingatlah, siapa yang menciptakan hati kita? Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta di hati kita. (ms. 62)
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini hal itu, maka tidak ada ragu di hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita. (ms. 63)
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islami, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan segenap hati. (ms.63)
Bingkai mimpi dalam langit rumah kita tidak mampu disimpan dalam hati yang sempit. Maka luaskan rumah hati kita dengan banyak bersyukur kepada Allah. Syukur atas apa yang sudah kita dapat sebagai tenaga untuk bertahan. (ms. 75)
Berjalanlah seperti pedagang, yang mengayuh basikal perlahan dengan harapan tinggi di ujung anan-angan. Bermimpilah mendapat pendamping sehati, serasa, sejiwa dan segala-galanya. Kerana dunia yang berputar masih meninggalkan banyak hati yang perlu dikenali, adakah salah satunya yang rela menua bersama kita? (ms. 76)
Oh, saya tak sabar untuk dapatkan buku-buku Burhan Sodiq yang lain, terutamanya ‘Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri’ dan ‘Kamu Memang Cantik’...
Sumber: Arirada
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
halooo... :)
Post a Comment