Apr 11, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (7) Surat Ungu Untuk Nuha

Penulis : Noor Suraya
Halaman : 484
Harga : RM20.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1, 2 - 2007
Cetakan 3 - 2008

Secara ringkas :

Surat Ungu Untuk Nuha atau SUUN menceritakan tentang Nuha yang kecewa dengan perkahwinan Engku Faisal dengan Raniya Wafa lalu membawa diri ke utara untuk bertugas sebagai jururawat desa. Ketika di dalam perjalanan ke utara itulah Nuha bertemu dengan Muzammil, Alang Rebus Tak Empuk di dalam tren KTM.

Perselisihan faham ketika kali pertama mereka bertemu dalam tren KTM mengundang dendam yang berpanjangan. Dunia ni kecil saja, rumah sewa yang Nuha menyewa tu rupanya rumah keluarga Muzammil.

Bermula saat itu, Nuha dengan Alang memang tak sebulu. Pada Nuha, penampilan Alang tu selekeh ditambahkan lagi dengan rambut Alang yang afro tu membuatkan dia lagi benci. Pada Alang, Nuha tu biasa saja tapi garang macam anak gergasi!

Alang yang suka mengusik Nuha membuatkan Nuha bertambah ‘anti’ dengan Alang. Tanpa mereka sedar bibit pergaduhan itulah mendekatkan mereka. Kemudian Alang ditimpa kemalangan yang membuatkannya buta. Ketika inilah hubungan mereka jernih semula. Nuha banyak membantu Alang walaupun orang kampung mengata yang bukan-bukan tentang mereka.

Alang kemudian membawa diri ke Tasmania setelah cintanya ditolak oleh Nuha. Perpisahan mereka menyebabkan masing-masing saling merindu dan menyedarkan Nuha tentang perasaannya. Sepanjang perpisahan inilah mereka diduga. Nuha hampir-hampir dirogol dan Alang nyaris-nyaris berkahwin dengan orang lain. Tapi adakah Alang akan kembali kepada Nuha? Adakah mereka akan bersatu? Tapi yang pasti Nuha tak kan lepaskan Alang semudah itu.

Komen saya :

Terus terang saya cakap, novel keluaran jemari seni lebih banyak realistiknya, penuh dengan pengisian hidup, bukan satakat cerita cinta semata-mata saja… tapi novel yang sama-sama mengajar manusia, senang cakap memang bukan novel kosong la, novel yg ada isi, dan isi tu tak merapu langsung tapi isi yang memotivasikan orang.

Saya suka watak alang rebus tak empuk, romantik yang pelik-pelik tapi buat kita tersenyum, Nuha yg garang tapi tegas walaupun hati baik… sangat sweet! Bila alang jadi buta, bahagian tu sangat sedih... air mata ni laju ja turun. Jarang kita jumpa novel yang ceritanya watak utama cacat. Pada saya ianya menarik, sebab lain daripada yang lain.

Watak sampingan seperti Faisal dengan Raniya yang pada saya berjaya buat pembaca rasa geram sangat dekat mereka. Anak sendiri pun nak buang. Buat saya rasa geram sangat. Masa mula-mula baca kita akan rasa kagum dengan Raniya ni, rasa macam dia ni bidadari, perempuan yang sempurna sangat tapi bila Ku Chik lahir… masa tu la automatik kita akan kondem Raniya kaw-kaw... rasa hormat dekat dia hilang. Cara saya cerita ni macam Raniya tu orang betul tapi sebenarnya dia cuma watak. Tapi penulis bijak memainkan ayat sampaikan kita yang pembaca ni terbawa-bawa.

Belum sentuh bab-bab mereka bergaduh lagi. Aduhai, tak tertahan rasanya… lawak sangat. Nuha yang sengaja masak gulai masin dengan ikan goreng hangit semata-mata nak kenakan Alang. Adegan paling ngilu apabila Nuha menjahit Alang hidup-hidup! Tak guna bius… mesti sakit. Adegan Alang membawa Nuha naik Merc buruk bapanya dan kemudian mengambil beberapa orang penumpang secara percuma semata-mata nak sakitkan hati NUha. Tak cukup dengan tu, dikenakan bayaran pula kepada Nuha hampir RM100… ish, ish… tak patut.

Senang cakap saya suka bila Kak Su tulis cerita santai macam nie… rasa lagi dekat dengan hati. =)

XX Quotes : Noor Suraya karyanya wajar dijadikan koleksi! =D

3 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Suka betul novel yang ni.



Tapi yang paling best bila dapat hadiah farewell dari kawan bezz iaitu Wan Roslila a.k.a Wan Amalyn.


Wan, kain ungu yang ko selitkan tu memanglah .......

~admin~ said...

Na, :) kain tu hadiah daripada kaksu untuk ko (psst ada simpan lagi ke?? hehehe)

Na, Pesta Buku nanti jom la jumpa... dah berjaman tak jumpa ko & kaksu ada buku baru tau! mesti ko suka juga.

~Wan Amalyn~

kaki komen said...

Tidak dinafikan, novel JS mengandungi banyak pengisian jika dibandingkan dengan karya2 publisher lain. Tetapi apa yang mendukacitakan adalah ramai pembaca2 muda yg lebih mementingkan keseronokan dan penghuraian istilah CINTA itu sendiri berbanding dengan pengisian yang cuba disampaikan oleh penulis.