Feb 23, 2011

Berita Baik..... 'Jom Lomba Baca' sudah ada PENAJA....

Salam semua,

Wah! Sememangnya ini adalah berita baik yang tidak dijangkakan. Acara 'Jom Lomba Baca' kita ini telah mendapat perhatian khusus daripada pihak Jemari Seni Sdn Bhd dan pihak Jemari Seni Sdn Bhd (JS) telah berbesar hati menaja acara 'Jom Lomba Baca' kita ini.

Saya bagi pihak Ulatbuku ingin merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JS yang sudi menaja acara yang tidak seberapa ini. Moga acara ini akan mendapat sokongan daripada anda semua. Dan masih belum terlambat untuk anda menyertai acara ini. Penyertaan anda amat-amat dialu-alukan untuk turut serta memeriahkan lagi acara 'Jom Lomba Baca' ini.

Jomlah Lomba Baca!!!

* * * * * * * *


CABARAN 50 BUKU
Anjuran
ULAT BUKU
Logo UB

tajaan
JEMARI SENI SDN BHD



Sepuluh Hadiah Bulanan:
10 buah buku Jemari Seni Sdn. Bhd. terbitan terkini untuk sepuluh resensi buku pilihan.

Hadiah Utama:

Hadiah Pertama
(a) Baucar bernilai RM200 untuk membeli buku di Toko Buku JS
(b) Hadiah hamper barangan solek bernilai RM200 – Body Shop
(c) Koleksi kerongsang bernilai RM100 daripada Pulau Nami 

Hadiah Kedua
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

Hadiah Ketiga
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

* * *

Syarat-syarat:

(a) Cabaran 50 Buku - ‘ Jom Lomba Baca’ terbuka kepada semua pembaca buku di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia (sila lawat laman sesawang http://ulatbuku-06.blogspot.com/ )
(b) Anda boleh mengulas buku apa sahaja daripada mana-mana penerbit pun, serta daripada apa-apa genre juga.
(c) Buku pilihan mestilah menggunakan bahasa Melayu dan ulasannya juga menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
(d) Anda berhak menerima cenderahati bulanan berupa sebuah buku daripada Jemari Seni Sdn. Bhd. sekiranya ulasan anda terpilih sebagai resensi pilihan bulanan.
(e) Pilihan resensi terbaik bergantung pada bagaimana anda dapat meyakinkan pembaca, buku tersebut patut dimiliki. Ini tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik cuma komen serta saran yang positif adalah lebih digalakkan.
(f) Resensi pilihan bulanan akan dicalonkan untuk hadiah utama hujung tahun selari dengan tamatnya Cabaran 50 Buku – ‘Jom Lomba Baca’
(g) Walau bagaimanapun, penganjur (Wan Amalyn) dan kakitangan Jemari Seni Sdn Bhd tidak layak untuk menerima hadiah utama.
(h) Hadiah akan dikirimkan melalui pos.

Jom Lomba Baca!!!

11 comments:

adhan said...

cepat kawan-kawan...apa lagi..hadiah galakan dah ada tu...motivasi untuk korang lebih rajin membaca dan mengulas...

*pengendali ni tak payah hadiah takpe sebab takde hadiah pun tetap bava novel tiap2 bulan maklum le ulat buku..tak baca tak boleh duduk diam..(betul tak kaum-kerabat?)*

RinnTis said...

ya. memang bagus utk membakar semangat membaca :)
Setuju ngn Adhan, pengendali nak gak mencabar adik2 supaya berlomba dgn lebih bersemangat :) Boleh sambut cabaran ni? ADA BERANI? hehe.

agent_sesat said...

akaaaakk!!! dgn ini saya akan bersemangat waja!! yer... :p dapat penaja!!!

adhan said...

rinn : cepat2 sahut cabaran..tp sy tertinggal dah ngan awak ni hehehe

agent_sesat : jom..jom..jom..

the sun said...

salam wbt


waaah. menarik ni! tapi saya kurang faham. mahu ulas di mana ya?

airina said...

wah2... makin bersemangat rasanya! hik3 lalala5

adhan said...

the sun : kena letak ulasan tu kat blog awak..kemudian emailkan juga kepada alamat email yang tertera kat dlm http://ulatbuku-06.blogspot.com/p/jom-lomba-baca.html

airina : hehehehe

Anonymous said...

mcm mn nak join cabaran nie?? i mean nk anta ulasan tue kat sape esp for those yg xde blog?? n bl last date utk cbrn nie??

adhan said...

kena ada blog la sbb ulasan tu kena pos kat blog then email pada email yg tertera dlm link kat tab blog ni utk kami publsih kat blog ni..

Nurul Majdah said...

berpa bnyk buku yg kne ulas? x berape nk faham n bile due date cntest nie?

adhan said...

ikut la bper buku yang awak dh baca..baca syarat2 kat sini ye..
http://ulatbuku-06.blogspot.com/p/jom-lomba-baca.html