Sep 20, 2011

Keputusan Cabaran 50 Buku : Ogos 2011

Salam semua,

Salam lebaran diucapkan pada dinda Geng Lomba Baca semua... moga lebaran ini disambut dengan penuh ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Di kesempatan ini kakwan ingin memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap kakwan selama mengendalikan acara ini. Sering melanggar janji, terlewat menghantar kiriman buku (pada pemenang)... mohon ampun sangat-sangat! :(

Raya, raya juga, tapi jangan lupa pada acara lomba baca kita yang masih berbaki lebih kurang 4 bulan lagi ya... harap masih sempat untuk mencukupkan jumlah 50 buah buku yang dibaca sepanjang tahun ini. Peringatan untuk kakwan juga...huhuhu

Okeylah untuk 10 ulasan terpilih bagi bulan Ogos, inilah senarai pemenangnya.

1- Aimie - Indahnya Hidup Tanpa Derita
2- Ain - Nuansa Kota Merah
3- AS - Bening Merah Jingga
4- KK - Duka Tuan Bertakhta
5- MB - Sebelas Patroit
6- Rinn - Langsir Biji Remia
7- SS - Untuk Awak Teja Aulia
8- UA - Baju Melayu Hijau Serindit
9- WA - Baju Melayu Hijau Serindit
10-XX - Kebun Mimpi


Tahniah ya pada pemenang. Pada mereka yang tidak terpilih itu, jangan berputus asa, masih ada masa lagi untuk menghantar ulasan-ulasan terbaik kalian semua.

ps: kakwan masih menunggu kiriman email daripada Fisya Zulfifli yang sampai sekarang masih belum memberi alamat tempat di mana bungkusan hadiah boleh dikirimkan.

Salam sayang,

5 comments:

Anita said...

Terima kasih sekali lagi kepada semua yg terlibat,Kakwan, panel penilai, Jemari Seni dan pembaca-pembaca yg lain....rezeki yg sentiasa disyukuri. :)

RinnTis said...

saya juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua kalau2 ada tulisan yang menyentuh perasaan. Thanks for everything :)
kak wan, bila nak salam real-real?

aimie_afifah said...

Alhamdulillah.Terima kasih pada panel2 penilai yang memilih resensi saya. Terima kasih juga pada pihak JS dan KakWan yang sentiasa mencuri masa untuk acara ini...Tahniah juga pada pemenang yang lain...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin andai ada bicara tinta mengguris di hati...

Kha said...

alhamdulillah dan terima kasih.sangat berterima kasih.
rezeki- duit raya pula kali ini. :)

salam aidilfitri maaf zahir dan batin buat geng lumba baca semua..

airina said...

*clap*clap*clap*

Congrats for those winners :))
Wah! Kak Rinn & Aimie menang lagi..cayalah :D

T/kasih kak wan yang tak cemuih2 hehe 4 bulan lagi ek? InsyaAllah, dapat cukupkan C50 ni. Amin.