Aug 4, 2011
KK: Cabaran 50 Buku: (26) Duka Tuan Bertakhta
Tajuk: Duka Tuan Bertakhta
Penulis: Isa Kamari
Terbitan: Ameenbooks
Muka surat: 568 halaman
ISBN: 978- 967- 362- 078-4
Harga: RM 24.90 (Sem M’sia) / RM 26.90 (S&S)
Kata kulit buku:
Batu Bersurat Singapura bersepai. Serpihannya mendarat di atas kepala pembesar istana. Tanjak di kepalanya terlucut dan dipijak oleh Gabenor dalam suasana yang membingungkan itu. Dia terpaku. Tiba-tiba dia merasakan sejarah tidak akan melupakan dan mengampunkannya.
“Masyghul sangat hatiku melihat manusia ini. Hidup di dunia tidak, akhirat pun tidak, duduk dengan mengeraskan hawa nafsu sendiri sahaja. Seperti kata Arab : jahil murakab, ertinya jahil bersusun dua kali, bodoh sekali, bodoh tiada tahu, dua kali bodoh, orang memberitahu pun dia tiada mahu turut.” – kata – kata Munsyi Abdullah terhadap orang Melayu Singapura.
Isa Kamari mengadun sejarah pembukaan SIngapura pada abad ke-19 dalam bentuk naratif cerita yang epic; berani, imaginative dan provokatif. Novel ini memberi rasa dan haruman baharu terhadap untung nasib bangsa Melayu pada masa kini.
Isa Kamari merupakan penerima S.E.A Write Award oleh kerajaan Thailand dan Pingat Budaya oleh pemerintah Singapura.
Kata KK:
Kisahnya tentang sejarah singapura. Tentang Raffles yang mengaku menemukan dan membuka Singapura. Malah menjanjikan Tengku Hussein akan mendapat takhtanya balik dengan mengangkat baginda menjadi Sultan Singapura bersama Temenggung. Tetapi malanglah bahawa Sultan dan Temenggung amatlah kurang bijak dengan tipu helah oleh penjajah British itu. Raffles juga membawa Farquhar sebagai residen singapura untuk membangunkan singapura. Namun, hati jahat si Raffles itu menjatuhkan Farquhar dengan menggantikannya dengan Crawfurd yang lagi jahat dan licik. Adapun begitu, Singapura masih selamat dengan datang Habib Nuh yand dikenali juga sebagai wali Allah. Adanya Habib Nuh di singapura, agama Islam juga turut terjaga. Namun, sejarah tetap tiada apa yang dapat diubah.
Hakikatnya, DTB membawa rasa dukacita, kecewa dan marah. Dukanya apabila orang melayu dipermainkan oleh British. Kecewanya bila Sultan dan Temenggung terlalu mementingkan harta dan pangkat tanpa memikirkan nasib orang melayu di tanah Singapura. Marahnya kerana sejarah yang lampau tidaklah dapat diubah. Walaupun sebelum ini sejarah Singapura tidak dihadam dengan baik. DTB mengimbau kembali sejarah Singapura yang dikuasai British. DTB bukanlah bercerita tentang Habib Nuh tetapi ia bercerita tentang tanah Singapura ditawan oleh British.
---
Khaulah Khalid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment