Tajuk: Dedalu di Hati
Penulis: Anita Aruszi
Harga: RM25.90 (SM)/ RM28.90 ( SS)
791 Mukasurat
Salah satu karya dari Anita Aruszi yang saya sangat minati.Bagi saya, Anita Aruszi mempunyai cara penulisan yang tersendiri.Setiap novel yang dihasilkan membawa kelainan. Bagi saya Dedalu di Hati (New Version) ada tarikan yang tersendiri, masih membawa pembaca merungkai misteri yang mengikat watak-watak dalam cerita ini.
RingkasanKu:
Biarlah saya hanya berkongsikan apa yang dapat ringkaskan dari pembacaan saya sendiri.Sekiranya anda semua inginkan sinposis dari kulit buku itu sendiri,anda boleh terus membaca dari blog Anita Aruszi sendiri.
Aliya Murni merupakan anak yatim piatu yang kematian ibu bapa kerana kemalangan jalan raya. Walaupun tinggal di rumah yatim namun dia tidak pernah kekurangan dari segi material kerana sentiasa ada 'Daddy' yang sentiasa menjaga kebajikannya. Tidak pernah mengenali siapa 'Daddy' namun di hati Aliya mereka begitu dekat kerana sering berhubung melalui YM.
Kehadiran Adam Hazril sebagai pensyarah pengganti Doktor Aidit telah sedikit sebanyak mengubat kerinduannya terhadap 'Daddy' nya.Perhatian Adam Hazril telah meninggalkan kesan di hati Aliya & pada masa yang sama Haikal turut menagih cinta dari Aliya.Siapakah Irina bagi Adam Hazril? Walau dua hati mengungkap cinta tetapi perlukah dikorbankan demi membalas orang yang telah banyak berbudi seperti Doktor Badrul kepada Adam Hazril?Mungkinkah kewujudan Doktor Badrul adalah 'Daddy' yang diharapkan oleh Aliya?Apakah kaitan yang mengikat hati Adam Hazril kepada Aliya walaupun dia pasrah untuk menikahi Irina?
* * * *
Begitu banyak persoalan yang perlu dijawab. Untuk mendapatkan jawapan silalah baca Dedalu di Hati (New version). Dapatkan terus dari penulis :)
sumber: Anita Sang
Mar 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment