Feb 7, 2011

A&N : Cabaran 50 Novel (3) : Rindu Belum Berhenti



Rindu Belum Berhenti
Dhiya Zafira

ISBN: 9789831243602
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Catakan Pertama 2008
Halaman: ~479
Harga: RM18.00

~Rasaku… ~

RBB kisah romantis yang disuntik elemen action. Mengisahkan Zack@Izz Karami [Izz]; seorang penjenayah yang sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kesilapan lalunya tak perlu diceritakan, memang banyak… tak terkira kejahatannya. Tetapi Izz menyesali kerja-kerjanya dulu dan mula keluar daripada dunia kotornya.

Sayangnya dalam dia mencari dirinya kembali, dia dikejutkan dengan berita yang menggemparkan. Seorang gadis yang pernah singgah di hatinya kini menjadi buruan bekas kumpulannya. Disebabkan gadis itu dia kembali menentang. Cuba menyelamatkan gadis muda yang dipujanya dalam diam. Adni Zuhayra [Adni] adalah sang adik, bekas jirannya dulu. Ketika Izz masih menuntut di universiti, Adni baru mencecah 15 tahun.

Cinta tak mengenal usia. Tepat sekali ungkapan itu dalam kisah Izz-Adni. Adni yang masih budak sekolah itu jatuh cinta pada Izz tetapi Izz menolaknya. Dia tidak yakin yang dia sebenarnya juga sudah menyayangi Adni lebih daripada adiknya sendiri. Kisah mereka tamat ketika Izz melangkah pergi ke luar negara. 'Kematian' Izz menyebabkan Adni hilang punca. Dan waktu itulah Khairy Hashimi [Khairy], adik Izz menjadi tulang belakang Adni.

Kini bila dia bertemu Adni, pastinya cerita lama disingkap kembali. Kisah kematian palsunya, kisah jenayah hitamnya… semuanya menjadi satu. Hidup Adni yang pada mulanya tenang kian berkocak. Nyaris dibunuh tetapi diselamatkan oleh jejaka berjaket serba hitam membuatkan dunianya tunggang terbalik. Siapa sangka jejaka yang menyelamatkannya itu adalah Izz Karami; lelaki pertama yang dicintainya. Luka lama berdarah kembali tetapi dalam pada masa yang sama hatinya kini berwarna-warni. Cinta yang disangka sudah pergi rupanya masih wujud dalam hati.

Menjadi pelarian bukanlah mudah. Apatah lagi mereka bukan saja diburu oleh penjenayah tetapi juga pihak polis. Izz sehabis daya melindungi dengan bantuan Tony; teman sepenjenayah [ada ke frasa ni? :P] lama. Tetapi apa yang lebih mengejutkan apabila mereka yang kita sayang, rupanya dalang kepada semua ini. Bila manusia diselebungi dendam kesumat, tak mustahil lagaknya tak ubah seperti binatang. Apa kisah pelarian ini? Dan apa pula kesudahan cinta Adni pada Izz, akan bersambutkah hulurannya kali ini? Ha, kenalah baca ok!

Novel kedua tulisan Kak Dhiya ini adalah cubaan pertamanya dalam genre thriller-romantic. Percubaan yang harus diberi pujian kerana ianya menjadi walaupun tidak perfect tetapi tak dapat dielakkan ia memang mendebarkan! Kredit pada penulisnya kerana berani meletakkan sisi hitam dalam watak sang heronya :D

Cuma aku tak berapa suka dengan scene Adni yang sewenangnya mengikuti langkah Izz. Maksud aku ketika dia dengan beraninya mendiami rumah Izz dalam prosesnya cuba memujuk Izz. Adni aku kira gadis yang santun, jadinya perbuatannya itu kelihatan kurang manis :P

Nilai seseorang itu sesuai dengan kadar tekadnya. Ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya. Keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kepekaannya terhadap kehormatan diri [page 454]

Ps: Tinggal satu lagi karya yang belum dibeli. Eh, akan masuk dua la sebab NBF bakal diterbitkan :D Congratulation sis!

Happy reading (^-<) Sumber :Airina

4 comments:

airina said...

Salam Kak Adhan,
Buku saya dah masuk 4, rasanya ada 1 novel yang akak tak masukkan :)

adhan said...

1 tu enovel ke? kalau yang enovel tu nnt akak tny pada kak wan..leh masukkan sekali ke tak..

airina said...

Tak la kak, e-novel saya tak masukkan. Kalau tak silap saya novel FP kot! Tulisan Ana Sofiya-Tak Mungkin kuhindar kot huhuhu

Wan Amalyn said...

Adhan & geng lomba baca semua...

Seronoknya tengok kalian berlomba-lomba baca (huhuhu kakwan jugak yg stuck! :( )

Apa-apa bahan bacaan pun boleh asalkan ada sumber yang sahih...