Penulis: Alina HaizarPenerbit: Kaki Novel Enterprise
ISBN978-967-5067-65-5
Harga: RM25.00 / RM28.00
M/S: 759
Cetakan 2 – Mac 2011
Cinta datang tanpa disedari…walaupun ditinggalkan, cinta tetap bersemadi di dalam hati.
Blurb:
Ikatan perkahwinan di antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
Apakah rahsia yang dipendamkan itu…?
Kak Chik menukil:
Bagi peminat kisah kahwin paksa pasti jatuh cinta dengan karya Alina Haizar. Perkahwinan yang terbina atas dasar terpaksa oleh kedua-dua pihak disebabkan asbab yang berbeza. Nia terpaksa membuat keputusan yang tidak pernah dijangkanya kerana tersepit antara keadaan keluarga dan ibu tercinta selepas Ani, adiknya melarikan diri sebulan sebelum majlis perkahwinan dengan Zaril Ikhwan, cucu orang kaya di Kampung Tambun Tulang, Puan Zainun.





