Cinta 3 SukuHerna Diana
ISBN: 9789831245828
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ogos 2010
Halaman: ~ 512
Harga: RM 19.90
~ Rasaku… ~
Iman dan Arie bertemu kerana insiden perlanggaran. Masing-masing keras kepala, ego melangit hingga menjadikan semua pertemuan mereka yang berikutnya bagai medan perang antara si Minah Sewel dan si Mamat Tiga Suku. Mereka berdua tak pernah sehaluan. Tetapi siapa sangka kerana perbezaan itulah yang menjadi titik-tolak kepada keserasian pasangan ini.
Iman gadis comel yang agak nakal. Berperwatakan tomboy semata-mata mahu melindungi dirinya sendiri. Ayah Iman sudah tiada, meninggalkan dia sebatang kara manakala ibu tirinya pula tidak menyukai kehadirannya. Itu yang membuatkan Iman membawa diri ke kota dan di sini dia bertemu Suhaila. Menumpang kasih pada Suhaila yang dianggap sebagai kakak sendiri. Di situ juga dia bertemu Dr Razif, yang kemudiannya turut menyayangi Iman seperti adik sendiri.
