Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts
Showing posts with label Norhayati Berahim. Show all posts

Dec 20, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (41) EGOIS

EGOIS
Penulis : Norhayati Berahim
Halaman : 310
Harga : RM 12.00
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 1 & 2 - 2001
Cetakan 3, 4 & 5 - 2002
Cetakan 6 - 2004
Cetakan 7 - 2005


Secara ringkas :

Atia dan Fikri, mereka bersahabat sejak dari sekolah lagi. Fikri sememangnya menyukai Atia dari dulu lagi tetapi sikap Atia yang seperti tak endahkannya membuatkan Fikri tertanya-tanya akan perasaaan Atia yang sebenarnya. Fikri akhirnya nekad mereka sebuah cerita tentang pertunangan palsunya kepada Atia.

Tapi semuanya tak berjalan seperti yang Fikri rancangkan. Atia yang menyangka Fikri betul-betul sudah bertunang mula menjarakkan dirinya dari Fikri. Lokman, salah seorang pelanggan Atia mula jatuh hati dengan Atia.

Kemudian Atia mula rapat dengan Azali pula iaitu sepupu Atia sendiri. Dari sehari ke sehari hubungan Atia dengan Azali mula rapat tetapi perhubungan mereka tidak disenangi Haji Idris. Lelaki tua tu merasa bimbang sekiranya Atia dan Azali nekad mahu berkahwin. Seolah-olah ada rahsia tersembunyi mengapa dia membantah perhubungan Atia dan Azali tetapi kenapa?

Fikri pula setelah kelam-kabut cuba membetulkan segala masalah yang berpunca darinya. Apabila dia cuba menjelaskan perkara sebenar Atia tak mahu mendengarnya dan keadaan makin parah bila Atia meletak jawatan. Akhirnya Fikri terpaksa membuat satu keputusan demi memperbaiki hubungannya dengan Atia dan supaya Atia menjadi miliknya. Fikri nekad menculik Atia!

Mampukah Fikri membetulkan segala kemelut yang diciptanya sendiri? Apakah rahsia yang cuba Haji Idris sembunyikan?


Komen saya :

Norhayati Berahim nama penulis yang tak asing lagi peminat novel. karya-karya beliau semuanya tidak mengecewakan bagi saya termasuklah naskah Egois.

Memang terbaiklah idea NB kali nie, hero culik heroin sebab nak tawan hati heroin. Sangat sweet! Tapi mula-mula baca tu kita akan rasa geram sikit lah dengan Atia dan fikri nie sebab dua-dua orang macam main tarik-tarik tali. Kalau dah suka tu cakap saja lah kan tak payah nak reka cipta cerita dah bertunang segala bagai sampai masalah jadi meleret-leret. Lepas tu yang Atia pun satu dah suka tu bukan nak mengaku. Diamkan diri ja. Tapi tu tandanya memang terkesanlah emosi kita baca novel nie.

Kemudian cerita nie pun ada unsur kekeluargaan. Konflik keluarga yang penulis cetuskan memang menarik. Watak Azali tu bagi saya memang menghidupkan lagi jalan cerita novel nie dan semestinya watak Fikri dan Atia diolah dengan baik. Bagi saya mereka nie pasangan comel ja. Main tarik-tarik tali mula-mula tu padahal suka sama suka. =)

Paling saya suka novel nie nipis ja, tak makan masa pun nak baca sekali baca ja dah boleh habis. Jadi, siapa-siapa yang suka baca novel tapi tak suka baca novel yang tebal novel nie lah yang paling saya syorkan baca. Memang berbaloi.


XX Quotes : Tak rugi baca sebab memang best. =)

Nov 29, 2011

Aimie:Cabaran 50 Buku: (71) Aku Bukan Billy Milligan

Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
ISBN 978-967-5229-08-4
Harga: RM25.90 / RM28.90
M/S: 770
Cetakan 1 – Ogos 2009

Dendam itu membuat dia sering gelisah

Blurb:

Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!

Kak Chik menukil:

Pertama kali baca tajuk novel ini dah tertanya-tanya siapa Billy Milligan dan siapa pula Warren Buffet. *Ceh, sungguh Kak Chik cetek ilmu pengetahuan tentang watak-watak tersebut dan terpaksa guna pertolongan pakcik google*. Walaupun begitu sesuatu yang Kak Chik suka tentang karya NB adalah kerana kelainan jalan cerita dan pengisian yang berbeza. Itu yang membezakan penulis muda sekarang dengan penulis yang berpengalaman.

Watak Adam yang dibangunkan dengan ego yang tersendiri apatah lagi pada umur yang masih mentah dia sudah bergelar jutawan. Dia bias memiliki apa sahaja yang diingini. Dia berjaya kerana usahanya dan kerja keras dia selama ini. Ketika orang lain seusianya sibuk berhibur tetapi dia sudah mempunyai impian yang mahu dikejar. Dia memiliki segalanya, harta kekayaan, nama dan juga nama tetapi dia tidak pernah memiliki ketenangan. Apatah lagi rumah tangga yang dibina tidak mampu memberi kebahagian kepadanya. Dia tersilap dalam menilai sikap manusia, kisah duka dan sejarah hitam keturunan tetap menjadi igauan dalam hidupnya sehingga dia hilang harga diri pada isteri sendiri. Kerana keegoan juga dia melupakan Allah, kerana padanya segala yang dimiliki kerana usahanya sendiri.

Laura yang sentiasa selamba, gembira dan tegar dengan cabaran hidup tidak pernah berputus asa dalam hidup. Kekecewaan selepas putus cinta dengan Yazir telah menjadi titik tolak untuk dia membina syarikat lagi apatah lagi duit tersebut adalah cagaran dari ibu Yazir supaya dia menjauhi Yazir. Pada dia untuk apa dia meratap pilu sedangkan dia pasti memang Yazir sudah pasti tidak akan menjadi miliknya.

Pertemuan Adam dan Laura kerana urusan hartanah juga menjadi titik tolak untuk jalan cerita yang seterusnya. Kenapa Laura menggelarkan Adam, makhluk dari planet Neptune? Apakah sikap Billy Milligan itu akan sentiasa mengekori Adam seumur hidupnya? Siapa pula Julie dan Richie dalam hidup Laura? Siapa pilihan Laura antara Adam & Yazir yang kembali menagih kasihnya selepas kematian ibunya?

Apa yang pasti karya ini tidak mengecewakan apatah lagi kita pasti menemui sesuatu yang manis.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-

(^__^)

Oct 25, 2011

Aimie:Cabaran 50 Buku: (69) Sejam RM2.50

Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
ISBN 978-967-5226-25-1
Harga: RM29.00 / RM32.00
M/S: 867
Cetakan 1 – April 2011

Sengsara itu ada ganjarannya

Blurb:

“Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali.”

“Apa salahnya Haron tu? Dia bukan kejar orang, orang yang kejar dia!” Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!

“Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebanyak sepuluh bilion!”

“Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun.”

Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan yang utama. Bukannya pekerti lelaki itu.

“Aku hairan sungguh kau ni.”

“Hairan apanya?”

“Apa yang kau benci sangat dengan Haron tu? Aku tak faham. Kau tahu tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutp mata saja dengan apa yang Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionair!”

Bodoh, mahu saja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Orang bodoh macam Safina sahaja yang tergila-gilakan lelaki macam Haron. Aku tidak sebodoh itu!

Ya memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki bukannya harta. Itu semua dia sudah ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yang ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yang singkat ini?

Kak Chik menukil:

Aimie:Cabaran 50 Buku: (68) Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN 978-983-893-935-5
Harga: RM22.90 / RM25.90
M/S: 444
Cetakan 2011

Kasihnya jauh tercicir

Blurb:

Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayah lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kepada empayar yang dibina. Tercabar dan dicabar; tidak menjadi kudis padanya. Melayan rasa sakit hati jua hanya membuang masa. Dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya.

Kak Chik menukil:

Dia menyisihkan diri dari ayah sendiri kerana terlalu kecewa. Apatah lagi mama yang selama ini menjadi tulang belakang ayah tega dilukai sebegitu. Kenapa harus kemewahan yang dikejar ayah selama ini menjadikan ayah lelaki yang tidak dia dan mama kenali lagi?

Dia tega menempuh segala cemuhan namun untuk kembali kepada si ayah tidak sekali dia merayu. Orang sekeliling tidak pernah tahu bahawa dia sememangnya anak tunggal kepada ayah yang terkenal; terkenal kerana harta tetapi lebih dia malu kerana si ayah lebih terkenal kerana sikap yang sering menjadi gossip di dada media masa.

R: Cabaran 50 Buku (70) Sejam RM2.50


Sejam RM2.50
Penulis: Norhayati Berahim
Editor: Anida Daud
RM29.00
Sabah/Sarawak: RM32.00
867 mukasurat
Terbitan NBKara
9789675229251


"Sengsara itu ada ganjarannya"


Sudah menjadi cara Norhayati Berahim sekarang ini untuk bercerita tentang watak-watak utamanya sejak zaman kanak-kanak, sehinggalah ke alam dewasa dan berumah tangga. Mungkin sebab itulah novel-novel baru beliau sering mencecah 800 muka surat. Cara begitu membawa kita lebih dekat mengenali watak-watak dalam ceritanya. Ceritanya terasa padat walaupun ketebalannya tak agak-agak. KEbelakangan ini banyak juga novel-novel baru bersaiz tebal. Semakin ramai penulis suka menghasilkan karya yang tebal-tebal. Masalahnya kadang-kadang ceritanya best tetapi cerita menjadi 'dragging' atau berulang-ulang membuatkan keseronokan cerita hilang begitu saja.


Keluarga Sean dan keluarga Wafa ada dugaan tersendiri dalam menempuh hidup sejak zaman kanak-kanak. Sean sering kecewa dengan bapanya yang selalu mengenepikan haknya sebagai anak hanya kerana ibunya isteri kedua. Tan Sri itu lebih mengutamakan isteri dan anak-anak di sebelah sana sedangkan dia lima beradik bersama ibu mereka memendam rasa kecewa yang menggunung.


Tan Sri Fakrul perlu menjaga reputasinya sebagai orang terkenal agar tidak terjejas dengan terbukanya rahsia yang disimpan sekian lama. Dia menahan diri dari berlamaan dengan Puan Nori sekeluarga. Dia lebih menumpukan perhatian kepada Puan Sri Fatimah dan dua anak mereka.


Kematian adiknya, Ashraf, membuat Sean lebih membenci bapanya. Ashraf pergi tanpa sempat bertentang mata dengan bapa mereka. Ashraf begitu mengharapkan kehadiran bapa mereka untuk memberi kata-kata semangat bagi dia meneruskan sisa-sisa hidup yang tidak lama. Perkenalan Ashraf dengan Wafa mengubat sedikit lara di hati Ashraf dan Sean. Walaupun masih kecil, Wafa pandai mengambil hati sedangkan dia sendiri menanggung derita penyakit yang membawa maut.


Haron, anak isteri pertama Tan Sri Fakhrul, ada pakej lengkap sbg anak org kaya yang kacak bergaya. Tapi dari segi pekerti, Haron sangat tercorot. Walaupun pandai mengaji, dia gemar bertukar-tukar pasangan. Banyak persoalan mula terungkai selepas kematian Tan Sri Fakhrul.


Wafa dalam dilema pada mulanya apabila mengetahui yang rupa-rupanya ibunya sekarang adalah ibu tirinya. Ibu sebenarnya sudah berkahwin lain dan mempunyai anak. Dia tidak pernah menyangka perjalanan hidupnya selepas itu menjadi gembira dengan kehadiran dua orang ibu yang terbaik untuk dirinya walaupun bapa kandungnya bukanlah seorang yang 'supportive' terhadap minatnya dalam bidang lukisan.


Lebih separuh pembacaan aku masih lagi tak menemui 'sejam RM2.50' tu. Suku terakhir barulah kita bertemu dengan tajuk cerita ini. Demi menyuburkan semangat Islam di US, Wafa menggunakan kuasa "Sejam RM2.50" untuk menarik anak-anak kecil dan remaja US ke surau. errr bukan United States ya? US tu Ulu Saritan di mana keluarga di situ bukanlah kaya raya dan tahap sosial kehidupan masyarakat Islam di situ sangat menyedihkan. Di situlah juga Wafa bertemu Hussin, anak muda yang luhur hatinya. Kalau diorang kawin, diorang akan dapat 4 orang ibu kandung/mertua/tiri yang baik-baik belaka :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


"Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali."


"Apa salahnya Hraon tu? Dia bukan kejar orang, org yg kejar dia!" Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!


"Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebyk sepuluh bilion!"

"Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun."


Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan utama. Bukannya pekerti lelaki itu.


"Aku hairan sungguh kau ni."
"Hairan apanya?"
"Apa yg kau benci sangat dgn Haron tu? Aku tak faham. Kau tau tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata saja dgn apa yg Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionaire!"


Bodoh! Mahu saja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Org bodoh macam Safina saja yang tergila-gilakan lelaki mcm Haron. Aku tidak sebodoh itu!


Ya memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki dan bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yg ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yg singkat ini?

Oct 17, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (36) Tidak Aku Bersuara

Tidak Aku Bersuara
Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
cetakan 3 – Februari 2008

Kepekaan saya:

Tidak Aku Bersuara hasil coretan Norhayati Berahim sangat menarik bagi saya. Jalan cerita yang sangat teratur. Pembawaan watak yang cukup sempurna. Menceritakan kisah hidup seorang gadis yang bernama Jeslina atau lebih dikenali sebagai Jes. Jes merupakan anak perempuan tunggal milik sepasang ahli koporat yang berjaya iaitu Encik Azman dan Puan Khatijah.

Disebabkan tuntutan kerja dan tanggungjawab pada kerja, Encik Azman sekeluarga terpaksa meninggal bumi Malaysia dan merantau ke negara luar. Mereka sekeluarga terpaksa berpisah dengan Jeslina kerana tidak mahu Jeslina membesar di negara asing. Jeslina ditinggalkan dan dibesarkan oleh neneknya di kampung. Dari kecil lagi Jeslina membesar dengan suasana kampung.

Jeslina begitu rapat dengan sepupunya yang bernama Odin. Kemana sahaja Odin berada, mesti Jeslina turut serta. Mereka berdua seperti belangkas. Odin anak kepada Mak Long Juriah, kakak kepada Encik Azman.

Oct 6, 2011

Aimie:Cabaran 50 Buku: (65) Nota Cinta Buatmu

Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN983-124-151-7
Harga: RM17.00
M/S: 418
Cetakan 1-3 - 2004

Ketuklah pintu hatiku dan aku sedia membukanya

Blurb:

Perpisahan…terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih saying, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih saying yang kau perlukan.

Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.

Kalutnya rasa bila cinta dating kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta dating semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu dating menagih hati, menagih simpati!

Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali.

Ahh…cerita luka… duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!

Kak Chik menukil:

Sakitnya hati apabila suami sendiri sanggup menjatuhkan maruah diri pada wanita lain yang dinikahi tanpa pengetahuannya. Luka Johanna bukan mudah untuk diubati Dihrran lagi apatah lagi suami yang dinikahi kerana cinta itu sanggup mencemuh dirinya ketika dia masih bergelar isteri sedangkan selayaknya dia dilindungi. Johanna tekad dilepaskan walaupun dia tahu tidak mudah untuk meningkah arus bergelar ibu tunggal saat diri masih muda. Kenapa derita yang menimpa umi kini menimpanya pula? Tiada langsungkah kebaikannya pada suami sehingga begitu hina dia dijatuhkan? Lalu dia mesti kuat untuk bangun sendiri tanpa lelaki bernama suami di sisi kerana untuk pada suami kalau hanya melukakan hati.

Dia lelaki yang berjaya tetapi dia tidak pernah mempercayai agama dan Tuhan. Hidupnya berlangsung kerana kelangsungan hidup. Pertemuan dengan jiran sebelah rumah selepas berpindah ke Kuala Lumpur memberi sinar yang selama ini tidak pernah dicari. Dia senang dengan kehadiran wanita itu dan anaknya yang penuh sopan dan tertib.

Bagaimana seorang wanita yang lemah pada zahirnya mampu berdiri sendiri dengan perniagaan sendiri dan pada masa yang sama mampu mendidik anak menjadi seorang yang begitu penuh tata tertib. Tetapi pada saat hati sudah pasti dengan kemahuan hati ada halangan yang merentangi. Apakah pemergiannya ke bumi Bandung buat selama selepas dititip nota cinta buat insan yang berjaya mendiami hati?

Apakah keputusan yang dibuat Johanna untuk membuka pinta hati buat kali kedua tepat dengan pilihan insan yang mampu melindunginya dan Aiman? Apakah perlu dia memberi peluang kali kedua buat Dihrran yang kerap kali merayu menagih cintanya kembali?

Sudut pandang Kak Chik:

Memang sakit hati sangat pada Dihrran bila menghayati kisah ini. Isteri mana yang tidak terluka dan sakit hati apabila lelaki yang bertahun bergelar suami sanggup menduakan diri tanpa diketahui tambah lagi direndahkan maruah dan dicemuh depan madu dan orang lain. Memang patut sangat apabila Johanna memutuskan untuk berpisah dengan Dihrran kerana rasa hormat pada Dihrran sudah tinggal sifar. Sifat bertolak ansur Johanna selama ini langsung tidak dihargai malah sikap Dihrran yang tidak pernah menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga menjadikan Dihrran senang-senang memburuk-burukkan Johanna. Mungkin silap Johanna juga kerana selama hidupa berumahtangga dia tidak pernah bertegas tentang perkara tersebut di samping Dihrran saudara baru yang perlu diberi peringatan.

Tetapi lelaki kadang kala memang mudah terleka apatah lagi kalau yang ditemui wanita pada hemah mereka lebih segalanya daripada isteri sendiri. Namun Dihrran tersilap tingkah kerana Nora bukanlah sebaik Johanna. Isteri barunya seorang yang suka membentak sehingga selalu menengkingnya. Ini menyebabkan Dihrran selalu melarikan diri daripada berada di rumah dan menyebabkan Nora sakit hati. Manusia memanselalu begitu, apabila sudah terlanjur barulah menyesal. Sikap Dihrran yang suka mereka-reka cerita tentangnya dan Johanna kepada Nora makin menyemarakkan rasa dengki dan sakit hati Nora terhadap Johanna.

Selain itu sikap Johanna yang sentiasa positif dan berdikari selepas peristiwa sedih itu patut menjadi contoh. Dia bernasib baik kerana sejak awal lagi dia tidak bergantung kepada Dihrran. Walaupun Dihrran tidak pernah menyokong dia untuk berniaga sendiri, dia tetap teguh untuk menggapai cita. Sifat dan tertib kelakuan Johanna kepada ibu bapa Dihrran juga merupakan contoh yang perlu dititikberatkan untuk mengelak tanggapan buruk terhadap penganut agama Islam.

Syukur akhirnya Graham mendapat sinar cahaya agama yang selama ini dia tidak pernah percaya kepada agama dan Tuhan. Cuma mungkin cara dan bagaimana Graham mendapat cahaya keimanan itu tidak begitu diserlahkan dalam karya ini.

Sesuatu yang perlu dihayati ialah jangan sesekali pergolakan atau masalah rumahtangga ibu bapa menjadi penyebab kepada kemurungan dan derita jiwa anak. Dan dalam karya ini, Aiman diwatakkan anak yang tidak banyak karenah kerana dia bagaikan mengerti ketiadaan papanya. Jadi dia sudah mampu menerima perkara-perkara yang terjadi di sekelilinya apatah lagi pengganti papanya lelaki yang lebih mengerti.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

Aimie:Cabaran 50 Buku: (64) CHINTA

Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
ISBN978-967-5229-02-2
Harga: RM24.90 / RM27.90
M/S: 728
Cetakan 1 - Disember 2008
Cetakan 2 – Februari 2009


Rahsia itu dipendamnya sehingga menyakitkan dirinya sendiri

Blurb:

Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.

Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya… hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya…

Kak Chik menukil:

Chinta anak yang lahir dari pernikahan yang tidak direstui keluarga. Tragisnya hidup Chinta kerana dia ditinggalkan pula pada orang yang menghalang pernikahan ibu bapanya. Namun Chinta tidak pernah tahu bahawa yang menjaga dan merawatnya sedari kecil bukan orang tuanya. Chinta sering tertanya-tanya mengapa lelaki yang bernama Kamal yang dipanggil ayah itu tidak pernah senang dengannya, tidak pernah bermanis mulut dan muka dengannya malah dia dilayan dengan zalim sekali sehingga si ayah sanggup memukulnya sehingga dia hampir putus nyawa. Tetapi kenapa dia diberi nama CHINTA sedangkan dia tidak pernah mendapat pengiktirafan itu dari ayah dan abangnya, Rodin selain Makcik Molek yang terus-terusan membela dan menyokongnya. Apakah rahsia yang disembunyi dari Chinta sehingga si ayah sanggup membuat pengakuan yang si ayah tidak akan pernah memaafkan Rodin, anak kesayangannya?

Raja Akid ada segalanya, ada rupa dan ada harta. Dia lelaki metrosexual yang tampan dan mampu memiliki segalanya. Pada zahirnya dia tampak gagah dan lengkap untuk menawan sesiapa sahaj yang mahi dimiliki. Tetapi tiada sesiapa yang tahu selama ini, sejak bertahun-tahun lalu dia sudah terlalu parah dengan dendam terhadap emak sendiri. Raja Akid hilang kepercayaan terhadap cinta dan hilang hormat serta benci pada wanita yang melahirkannya sekaligus memerangkapnya dalam mimpi ngeri yang sukar dibuang. Dia membenci wanita kerana perbuatan si emak dan dia hilang daya sebagai lelaki kerana jijik perlakuan si emak. Mampukah Raja Akid bangkit melawan igauan ngeri tersebut saat melayari bahtera cinta yang dibina?

Sudut pandang Kak Chik:

Dah bertahun rasanya Kak Chik tak membaca karya NB. Ternyata karya NB sudah terlalu matang dengan bahasa yang cantik dan jalan cerita yang tersusun elok. Namun tetap mempunyai tarikan yang tersendiri kerana NB menggunakan sedikit unsur-unsur teka teki yang buat kita tertanya-tanya dan teruja untuk mengetahui penamat jalan ceritanya.

Pada Kak Chik karya penulis yang berpengalaman seperti NB lebih realistik dalam menghasilkan karya dengan isu-isu semasa yang terjadi dalam masyarakat yang diolah dan direncanakan dengan teratur dan mudah difahami oleh pembaca.

Kisah Chinta, anak yang terpaksa menerima hukuman daripada perbuatan ibu bapanya yang bernikah tanpa izin keluarga juga memang sering terjadi dalam masyarakat kita. Ditambah pula dengan sikap Pakcik Kamal yang terlalu keras melayan Chinta tetapi terlalu berlembut dan memanjakan Rodin sehingga sanggup menggadai tanah untuk menghantar Rodin belajar ke luar negara sedangkan secara tidak langsung dia sudah mendidik Rodin menjadi bongkak dan tidak bersyukur. Rodin, si anak yang disanjung-sanjung sanggup bernikah senyap-senyap ketika di luar negara dan apabila sudah bekerja masih lagi meminta duit daripada Pakck Kamal malah Rodin tidak pernah pun menghulur duit untuk orang tuanya apatah lagi bertanya khabar.

Berlainan pula dengan Chinta, anak yang dikeji dan dipukul hingga hampir putus nyawa itu tidak pernah melupakan keluarga. Chinta sentiasa berlembut dengan Pakcik Kamal walaupun dia tidak pernah lupa perbuatan si ayah terhadapnya. Chinta sentiasa berfikiran positif malah sentiasa mahu memberi yang terbaik buat mereka.

Dilema Raja Akid pula, diolah dengan dimensi yang baru. Kita sepatutnya bersyukur kerana Raja Akid diberi kesengsaraan dengan berasa jijik kepada perbuatan si emak kerana kalaulah dia terpesong arah dengan mengikut jejak si emak, pasti lagi parah permasalahan ini. Namun begitu, dari sisi lain kita juga perlu berfikir kenapa si emak sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu (kerana dalam karya ini NB tidak membuka ruang untuk si emak untuk melorek rasanya), adakah kerana kesibukan si suami dalam menguruskan perniagaan atau kerana sudah buta dalam menilai hukum halal haram perbuatan. Walau apa pun alasannya perbuatan tersebut tetap berdosa besar dan dilaknat Allah.

Dari sudut pemikiran Kak Chik, Raja Akid terperangkap dengan penyakit tersebut kerana dia tidak pernah berkongsi adegan jijik yang dilihat dengan orang lain waima dengan Jessi teman sepermainan sejak kecil. Dia beranggapan Jessi juga tidak tahu apa-apa mengenai perbuatan jijik si emak sedangkan dia tidak pernah tahu Jessi juga pernah menjadi saksi. Selain itu, watak Raja Akid yang culas dalam menunaikan tanggungjawab sebagai umat juga mungkin menjadi sebab kenapa dia diduga sebegitu.

NB dengan cara yang halus dan teratur sudah mengjatuhkan hukuman pada watak-watak jahat dalam karya ini seperti Saiful yang curang terhadap Chinta kerana tamak harta dunia sudah ditipu oleh perempuan yang digilainya, Rodin mati kena bunuh sebab hutang bekas isterinya dengan ceti haram dan emak Raja Akid menghidap kanser.

Walaupun begitu Kak Chik masih tidak begitu jelas mengapa Suha sanggup meninggalkan Chinta sedangkan dia berkahwin dengan lelaki kaya walaupun lelaki itu juga dibuang keluarga. Ditambah lagi dia sanggup membiarkan anaknya tanpa ditanya khabar hanya semata-mata takutkan emak dan abangnya.

Karya NB masih lagi mampu menambat hati Kak Chik.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

Jul 15, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (26) Ranting Cinta Si Plato

Ranting Cinta Si Plato
Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
terbitan 2010

Ranting cinta si Plato adalah hasil garapan yang cukup indah dari Norhayati Berahim. Mengisahkan kehidupan seorang doktor muda yang mencari rezeki di rantauan. Doktor muda tersebut bernama Muaz.

Kisah ini juga terselit juga tentang peluang kedua dalam percintaan. Pertemuan Muaz dengan Sofea membenihkan rasa cinta di hati masing-masing. Ketika pertemuan tersebut, Sofea masih bergelar seorang pelajar manakala Muaz sudah bekerja di sebuah hospital dimana tempat Sofea menjalankan latihan praktikalnya. Pertemuan Muaz dengan Sofea, telah menyebabkan perasaan dan jiwa Muaz mengalami satu perubahan yang sukar digambarkan oleh mata kasar.

Muaz berasa sangat teruja setiap kali dapat meluangkan masa bersama Sofea. Mereka selalu berkongsi cerita tentang kerenah pesakit, masalah-masalah pembelajaran yang di hadapi oleh Sofea dan mereka sering makan tengahari bersama. Kehadiran Sofea dalam hidup Muaz membuatkan Muaz berasa sangat terhibur kerana Muaz sendiri sudah lama menetap di negara orang. Muaz terlalu merinduinya adiknya, Dian.

Setelah tamat belajar, Sofea kembali ke tanah air. Setibanya di Malaysia, Sofea yang sememangnya telah mempunyai teman lelaki yang bernmama Alfian. Alfian menagih janji, iaitu mengambil Sofea sebagai isteri. Sofea dan Alfian telah lama menyulam kasih. Setelah perkahwinan terlaksana, barulah Sofea sedar, antaranya dengan Alfian, terdapat terlalu banyak ketidakserasian. Sentiasa saja berlaku perkara-perkara yang menyakitkan hati masing-masing. Sofea banyak menyimpan syak wasangka terhadap Alfian kerana Alfian lebih mementingkan kerjayanya daripada kebajikan Sofea sebagai isterinya. Setiap hari hujung minggu pun, Alfian selalu keluar bekerja. Bermacam-macam perkara yang bukan-bukan telah bermain di fikiran Sofea. Sofea mengesyaki Alfian berlaku tidak jujur di belakangnya, namun, Sofea hanya pendamkan seorang diri masalah yang di hadapinya.

Kerana kesibukan kerja yang melampau, Alfian jarang meluangkan masa bersama Sofea. Akhirnya, kecekalan hati Sofea diuji dengan ujian yang cukup berat. Ketika Sofea masih mengharapkan belaian dan layanan yang sewajarnya dari seorang lelaki yang bergelar suami, Sofea ditinggalkan oleh lelaki tersebut untuk selama-lamanya. Alfian terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di luar daerah.

Sofea terlalu kecewa dengan kehilangan Alfian. Sofea belum mengecapi kebahagian bergelar seorang isteri. Sofea betul-betul rasa kehilangan. Setiap saat, Sofea akan meratapi kemergian Alfian. Sofea seperti tidak dapat menerima takdir yang telah ditentukan padanya. Sofea terasa kehilangan yang teramat sangat, sememangnya Sofea tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah kehilangan Alfian buat selama-lamanya. Setiap petang, Sofia akan menziarahi kubur Alfian. Menangis dan meratap di sisi batu nisan milik Alfian.

Muaz juga telah kembali ke Malaysia setelah lama menetap di luar negara. Kerinduannya pada adik kesayangan tidak dapat dibendung lagi. Selain merindui adiknya, Dian, Muaz juga bertekad untuk mencari satu nama yang sentiasa terlintas di fikirannya. Tapi, bagaimana untuk menemui tuan empunya nama tersebut kerana Muaz tidak mempunyai apa-apa info tentangnya.

Dian, telah memilih untuk berumahtangga dalam usia yang muda. Muaz menentang keras kehendak adiknya itu. Dian mahu berkahwin dengan Kyrel, iaitu salah seorang pensyarah di tempat dia belajar. Walaupun mendapat tentangan hebat dari Muaz, Dian tetap bertekad mahu berkahwin dengan Kyrel. Pelbagai cara Dian lakukan untuk menyakinkan Muaz tentang perkahwinan yang bakal dilangsungkan bersama Kyrel. Melihat pada kesungguh yang ditunjukkan oleh Dian, akhirnya Muaz terpaksa mengalah kerana turut mendapat sokongan persetujuan perkahwinan Dian oleh Mak Uda nya. Setelah Dian selamat menjadi isteri kepada Kyrel, Mak Udanya sibuk menyuruh Muaz berumahtangga juga. Bermacam-macam helah Muaz berikan pada Mak Uda kerana Muaz masih mengharapkan kehadiran Sofea untuk menyinari hidupnya.

Kesian Dian, rupanya harapan untuk mengecapi rumahtangga yang bahagia bersama kekasih hati tidak kesampaian kerana suami Dian telah berubah laku setelah beberapa bulan memasuki alam perkahwinan. Terlalu banyak keperitan yang dihadiahkan oleh Kyrel kepada Dian. Hidup Dian tidak pernah kenal erti bahagia setelah bergelas isteri Kyrel. Kyrel hidup dengan penuh kepuraan. Kyrel berlaku curang dibelakang Dian. Disebabkan kesengsaraan hidup yang di tanggung, Dian menemui ajal pada usia yang terlalu muda. Muaz menerima dengan redha kemergian adik tersayangnya.

Sofea pula, setiap petang akan menziarahi pusara Alfian. Mungkin takdir telah tertulis, menemukan kembali Sofea dan Muaz. Sofea menyedari, ada insan lain yang baru menzirahi pusara berhampiran pusara Alfian. Muaz juga sedang menyedekahkan ayat-ayat suci di pusara adiknya. Apabila Muaz terpandangkan Sofea yang berada tidak jauh dari tempatnya, Muaz seperti mengenali wanita tersebut.

Pertemuan kedua yang tidak disengajakan antara Muaz dan Sofea umpama satu anugerah yang paling berharga dalam hidup Muaz. Muaz terlalu mengharapkan kehadiran Sofea untuk menyinari kehidupan yang dan Muaz terlalu merindui setiap celoteh Sofea.

Akhirnya Muaz telah kembali menjadi pendengar setia untuk semua masalah yang melanda hidup Sofea. Hampir 5 tahun mereka terpisah. Jangka masa yang agak lama itu, tidak sedikit pun melunturkan perasan yang telah lama bercambah di hati Muaz untuk Sofea. Rupa-rupanya, terlalu banyak peristiwa tragis yang telah Alfian tinggalkan untuk Sofea. Setelah pemergiannya, satu persatu kebenaran yang cukup mengguris hati wanita Sofea muncul di hadapan Sofea. Nasib baik, dengan kehadiran Muaz, Sofia berjaya menempuhi segala-galanya dengan tenang. Akhirnya, Muaz berjaya menyunting Sofea untuk menjadi suri di hatinya buat selama-lamanya.

Akhirnya, Muaz berjaya menemui ranting cintanya yang telah lama di cari. Pada awalnya Sofea tidak memberi respon yang positif pada Muaz. Bermacam-macam cara yang Muaz lakukan untuk memikat hati Sofea. Kebahagian berjaya menjadi milik Muaz dan Sofea.

Ranting Cinta si Plato adalah satu falsafah tentang cinta. Falsafah itu dihuraikan dengan begitu teliti. Jalan penceritaan yang menarik. Watak utama yang terlalu baik. terdapat beberapa watak yang terlalu kejam. Saya harap dengan sedikit ulasan tentang Ranting Cinta Si Plato ini dapat menarik minat pembaca-pembaca novel.

---
Noor Hekmat

May 18, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (23) Chinta

Chinta
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
Terbitan : Disember 2008
Chinta adalah hasil buah tangan Norhayati Berahim. Bertemakan kekeluargaan dan terselit juga kisah percintaan watak utamanya iaitu Chinta.

Chinta dibesarkan dan hidup dalam keluarga yang agak sederhana disebuah kampung. Chinta tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya daripada seorang ayah. Chinta hanya mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari ibu, adik-adiknya dan ibu saudaranya. Tanpa pengetahuan Chinta, dia merupakan anak angkat kepada keluarga tersebut. Chinta hanyalah anak saudara kepada Pakcik Kamal dan Makcik Molek.

Chinta selalu kehairanan kenapa, dari kecil lagi Pakcik Kamal iaitu ayahnya selalu mencari salahnya. Sedangkan ayahnya selalu melelebihkan abangnya iaitu Rodin dalam segala hal. Kesalahan kecil yang Chinta lakukan akan mendapat habuan penampar dan dibelasah teruk. Sedangkan, Rodin yang pemalas ditatang bagai mintak yang penuh. Chinta juga pernah dipijak dan dibelasah separuh mati oleh ayahnya kerana hanya meminta kebenaran untuk memasuki sekolah berasrama.

Walaupun hanya bersekolah biasa di kampung, Chinta berjaya menjejak kaki ke menara gading dan berjaya menamatkan pengajiannya dengan sempurna. Semasa belajar Chinta berkenalan dengan Saiful dan menjalin hubungan cinta. Tetapi, Saiful tidak begitu ikhlas dengan perhubungan antaranya dengan Chinta. Saiful mempunyai niat yang susah untuk diduga. Saiful juga tidak pernah bersungguh-sungguh untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Chinta. Hal tersebut membuatkan Chinta tidak begitu menaruh harapan yang tinggi terhadap Saiful untuk meneruskan kehidupan berumahtangga. Saiful juga mempunyai mak dan ayah yang buta. Chinta juga selalu melawat mak ayah Siaful dan selalu menolong mereka.

Selepas Chinta tamat belajar, Chinta mendapat tawaran kerja di sebuat kilang makanan milik ayah Raja Akid. Bermula di sinilah, perkenalan antara Chinta dan Raja Akid.

Raja Akid juga mempunyai cerita kehidupan yang tersendiri. Dia dibesarkan dalam keluarga yang kaya dengan harta. Tetapi, kurang dengan kasih sayang. Raja Akid juga tidak menyukai perempuan kerana semasa dia kecil, dia pernah melihat kecurangan yang dilakukan oleh ibunya. Raja Akid memendam kemarahan dan kebencian terhadap ibunya sendiri. Raja Akid tidak mencerita kepada ayahnya apa yang telah ibunya lakukan, dia juga tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun apa yang pernah dilihat dan kecurangan ibumya. Di sebabkan memendam perasaan tersebut, Raja Akid menjadi fobia dengan perempuan. Tetapi, kehadiran Chinta sebagai kakitangan dan juga rakan barunya, Raja Akid semakin berani untuk mengenali hati budi seorang perempuan. Raja Akid hanya mempunyai seorang sahabat perempuan yang dikenali dari kecil lagi iaitu Jessi. Jessi juga bekerja di kilang milik ayahnya. Dengan kehadiran Chinta di kilang tersebut, membuatkan Raja Akid berani untuk menjadi sahabat Chinta. Jessi dan Chinta menjadi sabahat perempuan Raja Akid.

Setelah Chinta mendapat gaji pertama hasil titik peluhnya, Chinta telah menghulurkan sedikit gajinya kepada ayah dan emaknya di kampung. Sememangnya, setiap bulan Chinta akan mengirimkan duit buat orang tuanya di kampung. Ayahnya begitu tersentuh dengan ingatan yang Chinta hulurkan. Akhirnya hati yang keras seperti batu yang sentiasa membenci kewujudan Chinta, cair seperti air batu. Kebencian ayahnya dibalas dengan sejuta kasih sayang. Kasih sayang yang Chinta berikan, mencairkan segala kebencian dan amarah ayahnya walaupun mengambil masa yang terlalu lama. Chinta sangat bersabar dengan karenah ayahnya, tidak pernah menyimpan sedikit dendam pun di hati atas segala kelakuan ayahnya terhadap dirinya.

Akhirnya, Saiful menyingkirkan Chinta dari hidupnya kerana mengejar harta dunia. Saiful telah berkenalan dengan seorang perempuan yang kaya raya. Chinta redha dengan ketentuan hidupnya. Peristiwa dikecewakan Saiful menyebabkan Chinta semakin rapat dengan Raja Akid.

Rodin iaitu abang Chinta telah membuat angkara dengan menyebabkan rumah dan tanah yang diduduki oleh mak ayahnya tergadai setelah kematian ayahnya. Raja Akid muncul untuk memberi pertolongan kepada masalah yang dihadapi oleh Chinta. Namun, pertolongan yang dihulurkan bersyarat. Syaratnya adalah, Chinta perlu menjadi isterinya. Kerana ingin menyelamatkan harta keluarganya, Chinta belajar untuk menerima Raja Akid sebagai seorang suami.

Rupa-rupanya, kesan yang dihadapi oleh Raja Akid kerana memendam rasa marah dan benci terhadap ibunya terlalu teruk. Raja Akid mempunyai gangguan emosi yang teruk dan tidak dapat di kawal. Rasa benci, marah dan jijik terhadap ibunya yang telah terpahat kukuh dihati menyebabkan Raja Akid sukar untuk memesrai Chinta. Bayangan perlakuan curang ibunya selalu menghantuinya apabila Raja Akid cuba untuk mendekati Chinta isterinya.

Chinta terlalu risau dengan keadaan Raja Akid dan cuba untuk mengubati dengan bantuan pakar kaunseling dan doktor. Raja Akid akan menjadi seorang yang amat pemarah apabila mendengar nama ibunya di sebut. Nasib baiklah, Chinta seorang yang penyabar dan pandai mengahdapi setiap situasi yang mencemaskan apabila Raja Akid dalam keadaan marah dan tertekan.

Di pengakhiran cerita, Raja Akid telah sembuh dari gangguan emosi dan segala rahsia kelahiran Chinta terbongkar. Kehadiran semula ibubapa kandung Chinta membuatkan Raja Akid terkejut kerana, Chinta adalah anak kepada bapa saudaranya yang menetap di luar negara.

Chinta membuatkan saya tidak sabar untuk terus menhabiskan pembacaan. Terlalu banyak moral didalam pencerita Norhayati Berahim. Kita boleh belajar menjadi seorang yang betul-betul penyabar seperti watak Chinta. Juga boleh menjadi orang yang mempunyai kasih sayang yang terlalu tebal sesama ahli keluarga dan sabahat.

---
Noor Hekmat

Mar 24, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (23) Dari Kerana Mata


Dari Kerana Mata
Penulis: Norhayati Berahim
Editor: Suraya Yacob
Cetakan 1 - Januari 2011
Terbitan NB Kara
870 Mukasurat
RM28.00
RM31.00 (sabah/Sarawak)


"Cinta itu tidak pernah berubah walau musim berganti"


Jaliha selalu dipukul ibunya (Ramona) sedangkan anak-anaknya yg lain, Johari dan juriah tak kena pulak. Nasib baik ada Nek Senah yg sentiasa menyokong dan membantu Jaliha mematahkan ayat2 pedas menyakitkan yg dilontarkan Ramona kepada Jaliha.


Berpindah ke tempat baru menemukan Jaliha dan Johari dengan Atan. Seorg budak yg menjual lastik utk membantu neneknya mencari wang. Walaupun masih budak-budak, dia sering membantu Tok Daud mengajar anak-anak di kampung itu mengaji. Atan memang seorg anak yg rajin. Ketulusan hati Jaliha dalam melayannya sebagai sahabat membuat Atan mengganggap Jaliha sangat baik dan bercita-cita mengahwini Jaliha bila dewasa nanti. Johan pun baik juga dgnnya. Jaliha tak pernah lokek meminjamkan basikal kpdnya.


Nenek Atan meninggal dunia dan Atan dibawa pergi tinggal bersama sebuah keluarga yg kaya raya. Sejak itu dia terputus hubungan dengan Jaliha.


Di sana Atan membesar sebagai Nik Azri yang masih menanti detik pertemuan semula dengan Jalihanya. Selepas Jaliha, tidak pernah muncul sesiapa yg setanding Jaliha. Kalau anak2 orang kaya yg lain gemar mengumpul kereta, Nik Azri gemar mengumpul basikal dari bermacam-macam negara sbg koleksi peribadi.


Hidup Jaliha bertambah baik setelah ibunya berkahwin lain. Ingat ka bapak tiri dia tu nanti garang dan jahat, tapi rupa2nya lelaki itu sangat bertimbang rasa dan jauh lebih baik dari ibunya yg gemar memukulnya.


Jaliha membantu sahabatnya, Zaitun menjaga anaknya Akim setelah suami Zaitun hilang tanpa berita. Kalau tengok cara Zaitun melayan Akim, hampir2 sama seperti Ramona (ibu Jaliha) melayan Jaliha semasa kecil dulu. itu yg membuat Jaliha sangat protektif terhadap Akim.


Jaliha tu buka butik pengantin. Keputusan ibu bapa Nik Azri utk mengahwinkan Nik Azri dengan Diana telah menemukan Nik Azri dengan Jaliha di butiknya.


Nik Azri ambil masa jugak utk siasat sikit2 sebelum betul2 confirmkan sama ada itulah Jaliha yang dicari-carinya. Takut nanti silap orang pulak. Ternyata itulah yg dicari-carinya :) tapi Jaliha kenal lagi ke Atan tu?


Buku ni sangat tebal. Mungkin sebab NB tak banyak menggunakan teknik flashback. Beliau lebih banyak bercerita dari mula sampai habis. Dari kecil sampai dewasa, so kisahnya menjadi sangat tebal. NB banyak menyelitkan kisah2 dan ayat2 pengajaran utk renungan kita bersama.


sure fine whatever
alongside




blurb/novelcinta @ multiply/ sinopsis:


Bolehkah dipercayai cinta seorg kanak2 yg tidak punya apa2? Bolehkah dipegang segala janji dan kata2? Bagi ramai org, cinta seorg kanak2 hanya cinta monyet, cinta yg cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yg akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok ke pokok dan pergi tanpa apa2 rasa?


Tetapi bagi seorg anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yg datang dari mata turun ke hati. Cinta yg memicu dia terus berdiri dan berlari.


Cinta bagi seorg kanak2, ianya terlalu jujur utk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

Feb 9, 2011

DN - Cabaran 50 Novel : (3) Dari Kerana Mata - Norhayati Berahim

` Mula baca Dari Kerana Mata (DKM) kat blog Jom Baca Novel NB Kara (bab 1 - 7)..masa tu dah teruja, tak sabar nak dapatkan novel ni versi cetak.. *sentiasa teruja bila tau Kak Yati ada novel baru* dan bila tau buku dah keluar ‘panas-panas dari oven’ terus ajak adik ipar untuk pergi ke stor NB Kara kat Saujana Impian..jumpa kak su..rasa macam orang pertama yang beli DKM tu hehehe *credit to my BIL sbb sudi bawa gi SI untuk ambil DKM .dua kali pusing baru jumpa stor NB Kara hehehe*

` DKM ni cerita pasal apa? DKM ni cerita pasal macam-macam la hehehe *jangan marah ye…nak cari ayat ni bukan senang hehehe* Jaliha (gadis kecil bermata bundar,anak pensyarah maktab) bersama abangnya Johari dan kakaknya Juriah terpaksa mengikut maknya berpindah ke Melaka bila maknya ditukarkan ke sana…Jaliha tak suka situasi tu sebab dia akan kehilangan teman dan sahabat bila bertukar tempat tinggal dan sekolah…Pn. Ramona (mak Jaliha) bencikan Jaliha sampaikan apa je yang Jaliha buat semua salah, naik basikal pun salah siap kena pukul (menangis jugaklah aku dibuatnya..napa la seorg ibu sanggup buat kat anak gitu..bukan salah besar, naik basikal je..) tapi Jaliha bernasib baik sebab nenek dia selalu bela dia dan abangnya, Johari pun selalu mempertahankan Jaliha bila mak mereka marah-marah pada Jaliha..kiranya Johari ni abang dan best-friend forever Jaliha la….masa kat Melaka ni la Jaliha dan Johari kenal dengan Atan, seorang anak yatim yang tinggal dengan nenek yang miskin. Walaupun miskin tapi Atan ni budak baik..tolong nenek dia jual kuih, buat lastik dan apa-apa je la untuk dapatkan duit..Jalihan dan Johari memang suka la berkawan dengan Atan dan Atan pun suka berkawan dengan diaorang berdua sebab pada Atan, dua beradik tu tak sombong walaupun anak orang berduit..yang jadi pengikat kepada persahabatan mereka adalah basikal…namun kegembiraan mereka tak lama…Atan diambil oleh sebuah keluarga angkat bila nenek yang dia saying meninggal dunia…sedih memang sedih tapi apa boleh buat…Atan tak ada waris lain jadi dia terpaksa ikut keluarga angkat dia…so, macam mana kesudahannya? Dapat ke Jaliha dan Johari bertemu semula dengan Atan? Kalau nak tau ‘ending’ sila dapatkan DKM di kedai berhampiran anda *hehehe sempat wat iklan promosi ;) *

` Aku suka sangat dengan DKM…jalan cerita dia detail..mula dari kecil (umur Jaliha 8 tahun) sehinggalah mereka dewas (30++ rasanya)..dalam DKM juga bukan setakat cerita tentang Jaliha (yang dibenci oleh emak sendiri dan selalu kena marah) dan Johari serta Atan tapi juga ada cerita tentang Zaitun (best friend forever Jaliha juga), Nik Azri (yang bercita-cita nak jadi businessman yang berjaya), Deraman (lelaki, suami & ayah yang tak bertanggungjawab ni), Pn. Salmah (menderita sebab hidup bermadu tapi bukan sebab tak redha sebab kena…*baca sendiri hehe*) dan ramai lagi la…pendek kata *pendek yang kata* ada ‘ramai orang’ kat dalam DKM dan macam-macam kisah yang boleh dijadikan teladan...banyak juga kisah-kisah para Nabi dan para sahabat yang diceritakan dalam DKM..secara tak langsung kita tau tentang sirah Nabi dan sahabat…juga sedikit pedoman dari Al-Quran hadis…secara keseluruhan memang cite dia best cuma tak best sebab tebal sangat,870 mukasurat (standard la untuk novel kak yati) penat nak pegang..nasib la aku jenis membaca sambil duduk, kalau yang membaca sambil baring harus ‘terpeleot’ tangan hehehe *jangan marah kak yati*

` Beberapa ayat yang buat aku ‘sentap’ dan menusuk jiwa, beri ilmu serta boleh dijadikan pengajaran:

~ m/s 2 : “Kata orang, rahsia seseorang itu dapat kita lihat daripada matanya.”

~ m/s 6 : “Semua manusia hidup di muka bumi ni, perlu berkayuh. Berkayuh dengan cara mereka. Siapa mahu hidup yang lebih pantas, akan kayuh dengan lebih laju. Siapa yang mahu hidup sambil lewa dan seperti orang bersiar, kayuhlah dengan perlahan macam orang makan angin.”

~ m/s 6 & 7 : “Kayuh dengan sederhana……..Kayuh yang tak cepat dan tak perlahan. Kamu sampai dengan cara yang cukup selamat.”

~ m/s 77 : “Bawaklah Jaliha tinggal dengan nenek. Jaliha tahu mak bencikan Jaliha.” *menitik air mata masa ni*

~ m/s 136 : “….Bahasa Arab adalah bahasa yang paling istimewa daripada semua sisinya. Baik daripada jumlah kosa katanya, sampai kepada nahunya.”

~ m/s 207 : “Berdoa” *ayah tiri Jaliha suruh berdoa kalau nak jumpa Atan lagi…*

~ m/s 233 : “….Namun cintailah seseorang seperti sungai. Sungai yang tidak pernah berhenti mengalir. Sungai yang tidak pernah menghiraukan batu-batu dan kayu yang terbawa ketika ianya sedang mengalir. Walau kadangkala terpedaya dengan tarikan gravity dan sungai jarang mengalir lurus, tetapi sungai tetap juga bergerak maju.”

~ m/s 307 : Bab 67 – berkaitan muflis *panjang sgt so leh baca nanti ye..*

~ m/s 341 : “Rindu itu tidak pernah surut. Bahkan rindu itu yang sering menyentap hati dan seluruh perasaannya.”

~ m/s 454 : Bab 97 – pasal MLM *baca nanti..*

~ m/s 760 : Surah Al-Baqarah ayat 1hingga 5, 255 hingga 257 dan 284 hingga 286 *untuk hindarkan gangguan syaitan atau ilmu hitam - kalau tak silap*

` Moral of the story..

. Tak elok benci-membenci terutamanya ahli keluarga sendiri…apa pun kesalahan/kesilapan/keburukan dia, kita terima seadanya.

2. 2. Jadilah seorang yang bertanggungjawab dalam apa juga keadaan.

3. 3. Jadilah sahabat yang baik..sahabat di kala susah dan senang…bukan ketika senang je bila susah kita hilang..

4. 4. Berkawan atau bersahabat lah dengan sesiapa tanpa mementingkan darjat..miskin atau kaya sama je, yang membezakannya hati budi kita…

5. 5. Jangan sesekali kita bermain dengan ilmu hitam..boleh makan diri…

6. 6. Kalau dia ditakdirkan untuk kita, walau sejauh mana kita pergi pun, dia tetap untuk kita…

Tahniah untuk Kak Norhayati Berahim..maaf kalau ada ayat-ayat di atas menyinggung hati dan perasaan akak..ops lupa pulak…pencuk tu macam mana? Tak pernah dengar…pertama kali tau bila baca DKM…

Kategori : Tak boleh letak *tapi letak juga bila tangan tak larat nak tampung buku hehhee*

Sumber : dunia novel

WA : Cabaran 50 Novel : (4) Dari Kerana Mata ~ Norhayati Berahim

Pengarang: Norhayati Berahim
Halaman : 870
Tahun : Januari 2011
Terbitan : NB Kara
Harga : RM28.00

Blurb:

Cinta itu tidak pernah berubah walau musim berganti

Bolehkah dipercayai cinta seorang kanak-kanak yang tidak punya apa-apa? Bolehkah dipegang segala janji dan kata-kata? Bagi ramai orang, cinta seorang kanak-kanak hanya cinta monyet, cinta yang cepat pudar dan hilang dalam sekelip mata. Cinta yang akan melompat dari satu dahan ke satu dahan, dari pokok pokok dan pergi tanpa apa-apa rasa?

Tetapi bagi seorang anak kecil seperti Atan, cintanya terlalu tulus buat Jaliha. Cinta yang datang dari mata turun ke hati. Cinta yang memicu dia terus berdiri dan berlari.

Cinta bagi seorang kanak-kanak, ianya terlalu jujur untuk dikhianati dan walau musim berganti. Cinta itu tidak pernah berubah walau seinci.

* * * * *

Membaca tajuk novel terbaharu karya penulis tersohor, Norhayati Berahim ini minda saya terngiang-ngiang lagu dendangan R. Azmi dan secara automatik bibir mula menyanyikan bait-bait lagu ~Dari Kerana Mata yang mempunyai kuasa... Oh aku tergoda... aku tergoda terkecewa.. jeng jeng... hahahaha

Dari Kerana Mata (DKM), kisah tentang Jaliha anak pensyarah maktab yang sering berpindah randah mengikut ibunya. Dari Seremban ke Melaka mereka berpindah membuatkan Jaliha tidak sukakan keadaan itu kerana dia sering kehilangan sahabat tatkala berpindah rumah dan sekolah. Jaliha, si anak yang dibenci ibu sendiri, sering di bela oleh si nenek. Dan hanya Johari, si abang yang menjadi sahabat baiknya, yang sering mempertahankan dirinya tatkala dipukul oleh si ibu.

Atan anak yatim yang kehilangan bapa dan ditinggalkan oleh ibunya kepada si nenek untuk di bela. Nenek Boyah yang miskin, yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun Atan anak yang baik pekerti, yang insaf akan keadaan diri, berusaha membantu meringankan beban si nenek. Sanggup bersusah payah dengan si nenek.

Perkenalan mereka, membuatkan zaman kanak-kanak Jaliha kembali ceria. Persahabatan mereka membuatkan Atan punya sahabat yang sanggup susah senang bersama. Memberi peluang pada Atan berkongsi ‘abang’ (Johari) dengan Jaliha untuk dia menumpang kasih. Pada Jaliha dan Johari, kaya-miskin bukan syarat untuk bersahabat dengan mereka. Dan sebuah basikal yang menjadi pengikat hati mereka.

Namun takdir memisahkan mereka apabila nenek kesayangan Atan kembali kerahmatullah. Atan yang sebatang kara hilang tempat bergantung. Pada hari Atan di bawa pergi dari hidup Jaliha & Johari tanpa rela, mereka kehilangan sahabat yang dikasihi. Hanya kenangan yang tinggal sebagai azimat dan doa moga dengan ihsan-Nya mereka bisa ketemu di suatu masa nanti.

Hidup dijalani sebagaimana yang diaturkan takdir. Jaliha yang telah tamat pengajian dengan gelar Doktor Jaliha, membuka butik pengantin dan menjadi perancang perkahwinan. Johari yang cemerlang dengan gelar Doktor membuka klinik sendiri. Namun ‘Atan’ mereka masih belum mendapat khabar berita apatah lagi untuk ketemu.

Bagaimanakah nasib si Atan apabila dia dibawa pergi oleh mereka yang bergelar ibu & ayah angkat? Masihkah takdir menyebelahi mereka, memberi peluang untuk mereka bertemu? Jawapannya ada di dalam naskhah setebal 870 mukasurat ini.

Rasa Saya:

Dari Kerana Mata (DKM) ini bukan sekadar berkisah tentang Jaliha – Atan – Johari semata. Ada Zaitun yang menjadi sahabat Jaliha sedari kecil. Ada Nik Azri yang membuka madrasah di Pattani, yang bercita-cita ingin menjadi peniaga berjaya. Ada Akim, anak Zaitun yang menjadi penghibur Jaliha, Johari dan Haji Arshad (bapa tiri Jaliha). Ada Dr. Ramona si ibu yang bencikan anak kandung sendiri. Ada Deraman si lelaki yang tidak bertanggung-jawab. Pendek kata ada ’ramai’ lagi watak yang menghidupkan jalan cerita ini.

DKM bergerak mengikut kronologi. Berkisah seawal mereka di usia kanak-kanak (8 tahun) hinggalah ke usia mereka yang meningkat dewasa (lebih 30 tahun). Berkisar tentang erti persabahatan. Tentang pengorbanan seorang sahabat terhadap sahabatnya tanpa mengharapkan balasan. Tentang pentingnya ikatan kekeluargaan walau seburuk mana sekalipun layanan mereka. Pendek kata DKM yang mengangkat tema kekeluargaan dan persahabatan ini sarat dengan kisah yang memberi pengajaran, teladan dan iktibar buat kita.

Saya rasa naskhah ini boleh dipendekkan andainya teknik imbas kembali (flashback) digunapakai. Namun saya sedar mungkin ini adalah trademark penulis yang lebih gemar bercerita sedari awal cerita (A) hingga ke noktah akhir (Z) mengikut turutannya. Sebagai pembaca, anda tidak perlu risau akan hilang punca. Tapi apa yang tidak syoknya, naskhah yang setebal 870 halaman ini membuatkan tangan saya lenguh bila harus memegangnya dalam jangkamasa yang agak lama. Lagi satu, tabiat saya yang gemar membaca ala-ala Cleopatra (sambil baring) agak menyakitkan apabila buku ini terjatuh ke atas dada... tak percaya? Cuba lah baca sambil baring! Hehehehe

Selamat membaca!

Sumber: wanAmalyn

Feb 4, 2011

R: Cabaran 50 Novel: (3) ...Hujan Pun Menari...




...Hujan Pun Menari...
Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Editor: Anida Daud
mukasurat: 893
RM29.50
Sabah/Sarawak: RM32.50


"Keikhlasan lelaki itu menghambat jiwanya"

mata berpinar bila tengok ketebalan novel ni yg lebih dari 800 mukasurat, dekat2 900 lah jugak! tapi bila tengok nama kat cover rasa macam dah telan ubat yg mujarab utk masalah mata berpinar tadi :)


Hujan pun menari membawa kisah Muna sekeluarga. Kita menyusuri perjalanan hidupnya sejak kecil sehinggalah dewasa. bapanya seorg ustaz yg aktif memberi ceramah dari masjid ke masjid. Keputusan bapanya utk beristeri baru membuatkan Muna kecewa tapi ibunya pasrah dgn keputusan itu. ayah dan ibunya adalah insan yg tidak berprasangka, selalu bersangka baik dan pasrah menempuh hidup. Mungkin itu menjadikan mereka insan yg tidak berhasad dengki. Walaupun Muna kelihatan memberontak dgn perubahan dalam keluarganya, tetapi sebenarnya dia pun ada sikap berbaik sangka. Tak kira berapa kali org warning dia tentang sikap sahabatnya Tuminah yg sering menyebarkan cerita2 buruk tentang dirinya, Muna tak pernah termakan cakap orang. Baginya, Tuminah tetap sahabat. Tuminah tu stat bencikan Muna bila jejaka idamannya, Dol Azim jatuh hati dgn Muna.


Bagi aku kisah Ustaz Jalil - Cikgu Ara - Ustazah Aminah lebih menarik berbanding kisah Muna yg kelihatan agak stereotype dgn kisah2 sahabat jadi kekasih yg pernah kita baca sebelum ini.


Ustaz Jalil ni memang macam tiada beban batu digalas seteleh berkahwin dgn Ustazah Aminah. Walaupun Ustazah Aminah tu graduan timur tengah yg tinggi ilmu agama, dia bukanlah seorg isteri yg baik. Dia tidak pernah menghormati Ustaz Jalil yg baik tu. Cikgu Ara adalah seorg isteri dan ibu yg sangat baik. Rasa cemburu yg mekar di hati ustazah Aminah menjadikan dia seorg yg tamakkan perhatian dan harta benda ustaz Jalil, sedangkan rumah yg dia duduk tu pun adalah hasil bayaran ansuran yg dikongsi antara ustaz jalil dan cikgu Ara utk masa depan anak2 mereka yg 5 org tu. Sibukla ustazah tu nak rebut harta ustaz jalil yg tak seberapa. Cikgu Ara memang sangat cool dan penyabar orgnya. Dia tidak mudah melatah dan memberontak seperti ustazah Aminah yg sangat tidak percayakan suaminya sendiri.


Kematian Ustaz Jalil menunjukkan cara yg berbeza kedua2 isterinya meratapi pemergiannya. Walaupun berteman air mata siang malam, cikgu Ara pasrah dgn ketentuan Ilahi tetapi sebaliknya ustazah Aminah meraung-raung menyalahkan orang tu orang ni. Yg geram tu, dia nekad tak nak pindah dari rumah yg bukan miliknya.


Kisah ini kemudian tertumpu pada Muna yg semakin meningkat dewasa. Sahabat datang dan pergi tetapi Qurban adalah sahabat yg sentiasa mengikuti perkembangannya dan mereka kembali akrab bila dah bekerja. Muna masih lagi berkawan dgn Tuminah dan Dol Azim. Tuminah masih lagi dgn sikapnya yg suka buat2 baik dgn Muna sdgkan dia pada masa yg sama sentiasa memburuk-burukkan Muna depan org lain. Keputusan Dol Azim berkahwin dgn Tuminah sedikit sebanyak membuat Muna kecewa, mungkin kerana sepanjang persahabatan, Dol Azim sentiasa mempamerkan rasa cintanya kepada Muna. Keputusan Dol Azim akan buat sapa2 saja rasa heran. Macam ada yg tak kena.


Masalah Muna dgn Tuminah sedikit berkurang selepas perkahwinan itu. Kepulangan anak angkat Pak Lang dan Mak Langnya yg berstatus Datuk dan Datin membuat Muna tak senang duduk di rumah besar itu. Dia sering disindir dan dikutuk Danial yg merasakan Muna dan adik beradiknya sedang mengambil alih harta2 bapanya sedangkan dia yg lebih layak (dia tak tau dia tu anak angkat, eksyen lebih). Bila mengetahui status dirinya, Danial membuat perancangan utk berlakon jadi baik dan meminta ibunya meminang Muna utk dijadikan isteri. Dia tidak mahu terkeluar dari senarai penerima harta. Muna mulanya menurut tetapi kemudian menolak setelah berbincang dgn ibunya Cikgu Ara yg sangat berdiplomasi. Membuat Muna sedar di mana letaknya rasa cinta yg sebenar.


Qurban pulak menyangka dia lebih tertarik kepada Siti yg manja semacam tu. Tapi pengaruh Siti membawa dia ke arah yg tak baik. Pertunangan Muna membuatkan dia rasa semacam. Tanpa sedar dia membandingkan kelebihan dan kekurangan antara Siti dan Muna. Dari segi rupa mungkin Muna ketinggalan tapi dari sisi lain Muna jauh lebih indah dari Siti.

Jan 8, 2010

Ranting Cinta Si Plato

Buku baru dari Norhayati Berahim


Penerbit : NB Kara
Harga : RM 25.90
Sinopsis : belum ada buat masa ini...

p/s : maklumat lajut klik --> Norhayati Berahim <--

Oct 30, 2008

Akan Datang - CHINTA karya Norhayati Berahim

Tajuk : CHINTA
Penulis : NORHAYATI BERAHIM
Terbitan : NB KARA
Di pasaran : DISEMBER

Sedikit sedutan tentang Chinta diambil dari blog http://norhayatiberahim.blogspot.com/

“Kenapa kau tak datang kerja?”

“Aku dah berhenti kerja. Masakan Jessi tak beritahu. HR tak sampaikan surat pada kau?” Chinta berkata perlahan sambil menolak tangan Raja Akid yang sudah memegang tangannya.

“Kau marah aku?”

“Tidak, kau yang suruh aku berhambus. Aku berhambuslah..” Chinta berkata perlahan. Dia merenung Candy yang tersengeh-sengeh di hadapan mereka berdua. Tidak selesa Chinta dibuatnya.

“Aku minta maaf..”

“Tak mengapa…” balas Chinta perlahan. Di hati benar-benar tidak menyangka yang lelaki itu akan mencarinya sampai ke rumah.

“Aku nak kau balik kerja semula..” Mudahnya Raja Akid, selepas menjerit dekat aku. Menyuruh aku berhambus, sekarang datang memujuk dan menyuruh aku bekerja semula.

Tidak..tidak! Ego Chinta menolak permintaan lelaki itu.

“Kau dah suruh aku berhambus, kau dah tak suka aku. Buat apa aku datang bekerja..” Perlahan Chinta menjawab. Sudah menjauhkan dirinya daripada Raja Akid. Candy sudah ke dapur mungkin mahu membuat air untuk Raja Akid atau memberi ruang kepada ke dua-duanya bermuzakarah.

“Masa tu aku tengah marah. Kau tengking aku…” Akui Raja Akid tanpa berselindung. Sepanjang dia bekerja dengan Chinta, Chinta tidak pernah menengking dia. Begitu juga dengan dirinya. Sebab itu dia rasa terperanjat dan membalas balik kata-kata Chinta dengan jawapan yang kurang wajar dan agak kurang ajar di telinga Chinta.

“Aku tak bermaksud tengking kau. Aku minta maaf..” kali ini Chinta pula memohon maaf daripada Raja Akid. Dia sedar sepanjang dia bekerja dengan Raja Akid memang dia tidak pernah menengking lelaki itu.

“Tak mengapa..” jawapan Raja Akid itu mengundang senyum dari Chinta.

“Esok kau kena datang kerja semula. Kalau tidak aku pun tidak akan bekerja lagi di kilang itu..” Sambung Raja Akid apabila dia melihat Chinta tidak menunjukkan apa-apa reaksi.Chinta hanya tersenyum tawar. Dia tahu Raja Akid hanya bergurau.

“Tak perlu. Aku rasa kau kena cari pekerja yang lebih baik dari aku. Tidak akan mempersoalkan apa sahaja arahan kau dan tidak akan menengking kau.”

“Kau adalah pekerja aku yang paling sabar yang pernah aku ada….”

Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulut Chinta. Raja Akid merapati Chinta dan duduk rapat dengan Chinta.

“Aku minta maaf. Aku akan naikkan gaji kau..” Raja Akid sudah memegang tangan Chinta. Perlahan Chinta menolaknya. Namun Raja Akid mengenggam terus jari jemari Chinta.

“Esok kau datang kerja semula. Selagi kau tidak mengiakan. Aku akan duduk di sini, di sebelah engkau. Memegang tangan kau, meminta pada kau. Sehingga kau mengatakan ya..kepada aku..”

Nak tahu..kisah selanjutnya. Tunggulah Disember ini ...sabar...

p/s tapi anim memang tak sabar :p