Tajuk buku : Kebaya Tales
Penulis : Lee Su Kim
Keluaran : Marshall Cavendish
Halaman : 178 m/s
Ulasan Ain Sabrina :
Kebaya Tales adalah kombinasi kisah-kisah yang berlaku di dalam masyarat Baba & Nyonya.
Di awal muka surat buku ini, penulis menceritakan tentang keturunan baba nyonya nya di mana bapa penulis adalah baba dari Melaka dan ibunya adalah nyonya dari Pulau Pinang. Kombinasi dari 2 negeri menjadikan penulis rapat dengan kisah-kisah juga warisan baba&nyonya.
Kemudian, penulis ada membuat beberapa pendahuluan dengan mengenalkan kepada pembaca apa itu baba & nyonya sebenarnya. Juga diceritakan budaya dan warisan baba&nyonya yang berlainan dengan kaum cina mahupun kaum melayu. Ini kerana baba&nyonya ini adalah kombinasi 2 kaum itu yang membawa kepada satu budaya yang unik.
Selepas itu, penulis mengarapkan 13 kisah pendek yang memperihalkan kisah-kisah fiksyen yang bersangkut-paut dengan masyarakat baba&nyonya. Ada kisah perkahwinan baba & nyonya yang juga seperti kisah perkahwinan melayu zaman dahulu dimana setiap perkahwinan diatur keluarga. Juga ada kisah perebutan harta juga kisah cinta. Semua kisah seakan menceritakan tentang budaya masyarakat baba&nyonya dalam cerita yang pendek dengan ayat yang mudah. Ini membuatkan pembaca seakan ‘duduk’ sekali dalam masyarakat baba&nyonya.