Showing posts with label Samsiah Mohd Noor. Show all posts
Showing posts with label Samsiah Mohd Noor. Show all posts

Nov 23, 2011

R: Cabaran 50 Buku (77) Sangkar by Samsiah Mohd Nor


Sangkar
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Terbitan Karisma Publications Sdn Bhd
293 muka surat
9830500713
Cetakan Pertama 1995


"Batinnya meronta digelusang sengsara..."


Persahabatan Jazma - Mek Diah mengingatkan aku kepada kisah "Sejernih Lazuardi" karangan Samsiah Mohd Nor juga :)


Jazma terpinggir dalam keluarga sendiri. Kakaknya sendiri membenci dirinya malah berjaya menikahi lelaki yg dikasihi Jazma. Dia terasa seperti ibunya sengaja menghantarnya jauh ke rumah Mak Long sedangkan dia yang banyak membantu membawa sumber kewangan ke dalam keluarga mereka yang miskin.


Catatan rahsia kisah tigasegi Maklong - Pateh - Andak membuka hijab yang diselindung dalam keluarga itu. Barulah jelas mengapa Maklong jadi begitu. Maklong yang berdiam diri dipandang serong manakala Andak pula dipandang tinggi.


Jazma mula menimbang siapa lebih malang? Dia atau Maklong. Dari kisah itu dia menyelami penderitaan Maklong yang tersisih dalam keluarga sendiri. Semasa awal cerita kita akan mengangkat Jazma sebagai isi cerita, tapi rupa-rupanya kisah Jazma hanyalah bingkai cerita dan isi cerita berlegar dalam kisah hidup Maklong yang sangat-sangat menyentuh perasaan. Malah tagline "Batinnya meronta digelusang sengsara" itu lebih kena dengan penderitaan Mak Long selama hayatnya.


Patutlah seserius mana pun Andak memujuk, Mak long buat tak peduli dan sentiasa mendiamkan diri. Rasa sakit hati yang membuat dia menjadi bisu dan memendam perasaan. Andak mengambil alih segala-galanya yang penting dlm hidup Mak Long. Suami dan anaknya semuanya dibolot Andak, adiknya sendiri. Panggilan 'mak' terlucut dari mulut anak kandungnya sendiri dan Andaklah yang dipanggil emak. Aduh sedih nya. Dia hanya dipandang sebagai 'Maklong' yang duduk di suatu bilik kecil dalam rumah itu.


Kehadiran Jazma dalam rumah Mak Long telah meleburkan hati tua yang sudah lama membeku itu. Lembut hatinya sehingga sanggup seikhlasnya memaafkan Andak yang sudah berdosa besar.


Kalau korang terer, cubalah tahan air mata semasa baca kisah ni... *sob sob ;_;


kisah dia sedikit sebanyak cenggini...


Mak Long ni berkahwin dengan Pateh atas aturan keluarga tetapi mereka sangat bahagia malah dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Andak adalah adik kandung Mak Long yang tinggal bersama mereka membantunya menjaga anak dan membuat kerja-kerja rumah. Ketika keguguran anak kedua, Mak Long mendapatkan rawatan selama sebulan di hospital. Setelah sekian lama kembali, pecah lah rahsia yang tersimpan antara Pateh dan Andak. Andak mengandung anak luar nikah. Mak Long terpaksa diceraikan demi menutup malu. Sejak itu Mak Long terasing dan membisu. Berbagai spekulasi buruk timbul berkaitan Mak long, Andak dan Pateh. Mak Long membisu manakala Pateh dan Andak buat-buat tak tahu untuk menutup ketelanjuran mereka. Hati Maklong lebih luluh apabila anaknya Herman memanggil andak 'mak'. Semuanya diragut sekelip mata darinya. Sehingga dewasa dan menjadi doktor, malah sudah beristeri dan beranak tiga, Herman percaya ibunya adalah Andak dan Mak Long adalah hanya sekadar Mak Long menumpang tinggal dalam rumah mereka. Mak Long tidak pernah membuka cerita, terus membisu di suatu sudut rumah itu. Andak pula terus berlagak biasa walaupun dosanya yang menggunung memburu rasa bersalahnya terhadap Mak Long. Mak Long tahu andak berjasa membesarkan anaknya dengan baik sekali tetapi luka hatinya terlalu dalam.


Hanya kehadiran Jazma membuat Mak Long (sebelum ini disangka bisu) membuka cerita dan rahsia besar itu terbuka, tetapi hanya untuk pengetahuan Jazma sahaja. Jazma hanya dibenarkan mendedahkan kisah sebenar kepada Herman setelah dia meninggal dunia.


Saat itu tiba akhirnya. Mak Long pergi untuk selama-lamanya dengan hati yang lebih tenang. Mak long bukan sahaja mewasiatkan Jazma menyampaikan buku catatan kisah silam malah Mak Long juga berharap Jazma menggantikan tempat Mastura sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak Herman yang sememangnya sudah rapat benar dengan Jazma. Perkara pertama itu memang tidak susah untuk disampaikan tetapi pesanan kedua tu buat Jazma tak senang duduk. Hmmmmm ok la tu Jazma. Nak harapkan 'boyfriend' di kampung? Sudah dirampas kakak sendiri. Rugilah kalau menolak lelaki sebaik Dr. Herman dan anak-anaknya yang manis :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Lelayang nasibnya luruh ke mahligai kaca dan di situlah terbina sangkar rahsia dari percikan bunga-bunga api.


Saban waktu dia merangkai sukma dengan temali kasih yang terpintal di perdu budi...

May 7, 2011

AZAH : Cabaran 50 Buku : (2) Bulan Berbisik

Tajuk: Bulan Berbisik
Pengarang: Samsiah Mohd Nor
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad
ISBN 978-983-124-316-9
Harga : RM 19.90
Cetakan : 2007
Muka surat: 493 muka


Bulan berbisik mengisahkan dua orang wanita yang luhur bernama Khadijah dan Wong Ai Len. Khadijah dan WOng Ai Leen merupakan dua watak yang berbeza dan dibesarkan ditempat dan suasana yang berbeza sehinggalah mereka ditemukan dalam situasi konflik kerana cinta pada seorang lelaki yang sama.

Khadijah dibesarkan dalam suasana kampung dan ditatang penuh dengan kasih sayang oleh ibu dan ayahnya. Khadijah membesar sebagai gadis yang penuh ciri ketimuran dan didikan agama yang sempurna sehinggakan dia tidak pernah membantah setiap apa yang dikatakan oleh ibu. Sehinggalah apabila ibu dan ayahnya menjodohkan khadijah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya iaitu Khaled Irfan

Wong Ai Leen adalah seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga cina. Walau bagaimanapun Wong Ai Leen telah berminat dengan islam sejak berumur 9 tahun dan beliau telah banyak belajar mengenai Islam dari Andak Rabiah. Keinginan WOng Ai Leen untuk memeluk Islam ditentang oleh ibunya dan ibunya bertindak melarikan Wong Ai Leen jauh dari Andak Rabiah. Walau bagaimanapun niat untuk WOng Ai Leen memeluk Islam tetap utuh sehingga apabila umurnya genap 21 tahun dia telah dengan rasminya memeluk Islam dan mendaftar nama sebagai Aima Adawiyah.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama dengan lelaki pilihan keluarga, Khadijah telah menghambakan dirinya untuk suami yang dicintai sepenuh hati. Segala hidup dan matinya adalah untuk suaminya walaupun keluarga mertua tidak menerimanya kerana dia tidak berpelajaran tinggi. Khadijah diuji apabila suami yang dicintainya berubah dingin sehinggalah Khadijah mendapat tahu bahawa suaminya sedang bercinta dengan wanita lain iaitu Aima Adawiyah.

Aima seorang gadis muallaf mendambakan seseorang untuk membimbingnya dalam Islam seperti mana yang telah dilakukan oleh Andak Rabiah. Dalam pencariannya, Aima telah bertemu dengan seorang pensyarahnya iaitu Khaled Irfan yang menghulurkan tangan untuk membimbing dan membentuknya menjadi seorang wanita Solehah. Perhubungan yang dilangsungkan antara Aima dan Khaled akhirnya menimbulkan bibit cinta, rindu dan sayang.

Khadijah pula semakin kecewa dengan rumahtangga dan akhirnya membawa di ke Mekah bagi mengubati duka lara hatinya. Di Mekah dia mendapat kembali segala kekuatan dan ketabahan yang dicarinya. Kini cintanya hanya pada Allah yang satu. Rindu dan Kasihnya hanya untuk Allah yang satu. Hidupnya didambakan hanya untuk Allah yang satu.

Khadijah kembali ke tanahair dengan hati yang redha dengan segala ketentuan Ilahi. Dia mengaturkan satu pertemuan ringkas antara dia, Khaled Irfan dan Aima. Dengan seikhlas hati, di depan Khaled Irfan, Khadijah melamar Aima untuk dijadikan isteri kedua Khaled Irfan. Aima bagaikan tersedar dari mimpi dan menolak lamaran tersebut.

Khadijah…
Jangan kau menangis perempuan… kerana lara itu
Menangislah kerana DIA yang telah menciptamu

Aima…
Aku menangis ke lanjurku
Yang kucari cinta bermata.. tetapi sayangnya bertemu cinta nan buta


---
Azah

May 26, 2010

Terbaharu daripada Alaf 21 - June 2010

Tajuk: SANGKAR
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Harga: RM13
Halaman: 248


JAZMA... tiada apa yang istimewa pada dirinya. Dia memang serba kekurangan. Dari segi paras rupa mahupun harta benda.

Seorang anak nelayan yang tidak punya apa-apa dan tiada sesiapa pun yang ambil peduli. Malah, tiada seorang pun yang ambil tahu dari mana asal usulnya.
Dia tercampak jauh dari kampung halaman sendiri, seakan-akan terbuang tidak dipedulikan. Terpisah daripada ibu dan adik-beradiknya. Dunia Jazma hanyalah di rumah besar itu.

Di situlah dia meniti hari hari sepinya. Ibarat burung di dalam sangkar, tiada siapa yang mengerti kemahuannya. Kalau ada pun cuma seorang... mak long.
Hanya mak long yang mengambil berat akan dirinya. Mak long yang misteri dan keseorangan seperti dirinya. Mak long yang rajin bertanya kisah hidupnya yang sepi.

Tidak seperti andak yang jarang mempedulikan dirinya. Apatah lagi Herman yang hanya mementingkan kerja dan anak-anaknya sedangkan dia... terkapar-kapar sendiri mencari ruang untuk terus bernafas di bumi ini. Oh TUHAN! Lepaskan aku dari penjara hidup ini...


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tajuk: BILA SENA KEMBALI BERBUNGA 2
Penulis: Amaruszati Noor Rahim
Harga: RM19.90
Halaman: 528


CINTA kepada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi. Cinta kepada manusia pula merupakan satu ibadah.

Begitu fikir Afikah sepanjang menyulam cinta bersama Zek sehingga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Mereka mendandan rumah tangga dengan iman, toleransi dan saling mengasihi. Namun, rupa-rupanya ada duri semalu yang cuba merobek kebahagiaan
mereka dalam kesepian hati Afikah menanti kehadiran seorang cahaya mata. Zek cuba menyedarkan Afikah bahawa manusia perlu terus berdoa dalam rayu dan meminta, bukan mengeluh atau menyesali ketentuan ILAHI hanya kerana dia belum hamil. Tapi Afikah ragu, apakah Zek juga benar-benar ikhlas menerima takdir seperti dirinya atau sekadar menyedapkan bicara? Cinta mereka terus diuji bertubi-tubi. Hati Afikah hancur apabila akhirnya terpaksa berkongsi kasih suami dengan wanita lain.

Dia tidak pernah menduga kesetiaannya terhadap Zek memaksa dia memijak bara api angkara godaan dan perangkap Julia. Luluh hatinya membayangkan malam pertama suaminya dengan isteri baru.

Namun, dia redha dan dalam waktu yang sama kasihnya terhadap Zek semakin teguh. Mampukah perkongsian kasih ini bertahan dengan pengertian dan tolak ansur sebelah pihak? Afikah hanya mampu berdoa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tajuk: CINTA YANG TERPILIH
Penulis: Sri Diah
Harga: RM19.90
Halaman: 512

WARDA ­ Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain!

Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam.

ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.

Bukan putus, tapi aku mohon tangguhkan nikah. Keputusan itu dibuat di atas katil hospital sahaja. Siapa boleh percaya? Emak menentang. Bapa juga tidak setuju.

Kemudian aku bayangkan, kalau tak jadi bersanding atau kalau dia lari tinggalkan pelamin... Adakah dia... Cinta yang terpilih.